BENARKAH WUJUD MANUSIA YANG KEBAL???
Saksikan berita yang aku perolehi daripada laman Youtube mengenai kekebalan yang dimiliki oleh seorang penjenayah yang bernama Tarzan. Peristiwa yang berlaku di Gorontalo, Indonesia ini menunjukkan bagaimana anggota polis cuba menumpaskan penjenayah tersebut yang kebal daripada tembakan peluru. Dikatakan anggota-anggota polis tersebut telah melepaskan tembakan sebanyak 107 kali ke atas Tarzan namun tidak berjaya menembusi tubuh badannya. Walau bagaimanapun, Tarzan berjaya ditumpaskan apabila anggota-anggota polis tersebut menembak cincin yang dipakainya. SO SAKSIKAN!!!
Pada pandangan aku, perkara ini tidak mustahil. Setiap yang berlaku adalah izin daripada Allah S.W.T dan bukan cincin yang dipakai oleh penjenayah tersebut menjadikannya kebal. Hal ini kerana hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu menentukan ajal maut seseorang dan bukannya cincin mahupun peluru.
Sebenarnya dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu, terdapat pelbagai ilmu, amalan dan azimat yang mampu menjadikan mereka kebal. Hal ini adalah berkaitan dengan ilmu kebatinan mereka yang amat berkait rapat dengan ilmu ketuhanan. Namun demikian, kita tidak sepatutnya mempercayai bahawa sesuatu azimat atau tangkal itu mampu menjadikan pemakainya kebal. Hal ini kerana perkara tersebut mampu memesongkan akidah seseorang.
Jika kita renungkan memang terdapat pelbagai ilmu dan azimat yang mampu menjadikan seseorang kebal antaranya kulit kerbau landau, pemakaian daun sepulut dan sebagainya. Sememangnya barang-barang seperti ini mempunyai khasiatnya yang tertentu namun harus kalian ingat bahawa ianya adalah datang daripada Allah S.W.T dan keberkesanannya juga adalah ditentukan olehNya.
Seterusnya, jika kita renungkan kembali kepada sejarah kependekaran seorang pahlawan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah yang dikatakan menjadi kebal adalah disebabkan keris Taming Sari yang dimilikinya. Tetapi harus kita ingat bukan keris tersebut yang menjadikan pahlawan Melayu ini kebal tetapi adalah disebabkan izin Allah S.W.T yang mengizinkan perkara tersebut berlaku.
KERIS TAMING SARI YANG MENJADI ALAT KEBESARAN KESULTANAN MELAYU PERAK. WALAU BAGAIMANAPUN, SEHINGGA KINI IANYA MENJADI PERDEBATAN SAMA ADA IANYA ADALAH KERIS TAMING SARI ASLI YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH LAKSAMANA HANG TUAH.
Kesimpulannya, sebagai umat Islam adalah dilarang sama sekali bagi kita untuk mempercayai bahawa sesuatu azimat atau mantera mampu menjadi pelindung atau pendinding kepada kita. Hal ini kerana perkara tersebut tergolong dalam perbuatan syirik atau menyekutukan Allah S.W.T dan ianya merupakan dosa yang terbesar.Hanya sekadar pendapat daripada aku, harap kalian terhibur dengan post aku pada kali ini. Segala kesilapan harap diperbaiki. Sekian.
No comments:
Post a Comment