Monday, June 6, 2011

SCHWERER GUSTAV: MERIAM TERBESAR SEPANJANG ZAMAN





SaLaM. HaRi iNi aKu nAk BeRkOnGsi DeNgAN KaLiAn MeNgEnAi MeRiAm PaLiNg BeSaR PeRnAh DiCiPtA dALaM SeJaRaH TeKnOLoGi PeRsEnJaTaAn. MeRiAm TeRsEbUt iALaH SCWERER GUSTAV YaNg TeLaH DiGuNaKaN oLeH TeNteRa JERMAN sEwAkTu PERANG DUNIA II (WWII). MaKLuMaT mEnGeNai MeRiAm BeRsAiZ RaKsAsA iNi aKu PeRoLeHi DaRiPaDa LaMaN WeB PaNgKaLaN DaTa PERANG DUNIA II (WWII). So sAkSiKaN.


GAMBAR MERIAM SCHEWER GUSTAV

NAMA: 80cmK (E) RAILROAD CANNON "DORA" (HEAVY GUSTAV)
PANJANG KESELURUHAN: 42.97 METER
LEBAR: 7 METER
TINGGI: 11.6 METER
BERAT: 1, 350 TON
KALIBER: 800mm
PANJANG LARAS: 32.48 METER
BERAT LARAS: 400 TON
BERAT PELURU: 1.8-7.1 TON
KELAJUAN PELURU: 720-820 METER PER SAAT
JARAK TEMBAKAN: 28-47 KILOMETER
KOS PEMBINAAN: 10 JUTA MARK JERMAN

SEJARAH SCHEWERER GUSTAV!!!

SCHEWERER GUSTAV ialah nama meriam raksasa yang telah digunakan oleh pihak Jerman sewaktu Perang Dunia II. Sebenarnya idea pembuatan meriam ini adalah bertitik tolak daripada kajian WEHRMACHT pada tahun 1935. Kajian ini yang dilakukan oleh pihak Perancis adalah bertujuan untuk menghasilkan senjata yang mampu menembusi ketebalan konkrit. Idea daripada kajian ini telah berjaya menarik minat Hitler untuk menghasilkan senjata seperti itu. Maka pada Mac 1936, Hitler telah melawat kilang KRUPP AG (kilang baja terkemuka & pengeluar senjata di Jerman) dan telah mengutarakan idea mengenai pembuatan senjata tersebut.

Setelah mendengar cadangan daripada Hitler itu, Gustav Krupp Van Bohlen (1870-1950) yang merupakan pemilik kilang tersebut telah menyatakan persetujuan untuk membina senjata tersebut. Oleh itu, pada awal tahun 1937, Hitler telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak 10 juta mark (matawang Jerman) bagi membiayai projek pembinaan senjata tersebut. Akhirnya pada tahun 1940 senjata yang berbentuk meriam ini siap dibina dan telah di uji pada awal tahun 1941 di Hillersleben berhampiran Magdeburg. Meriam ini telah diberi nama 'Schwerer Gustav' sebagai penghormatan kepada Gustav Krupp Van Bohlen yang telah menciptanya.

Meriam raksasa ini telah digunakan oleh tentera Jerman secara rasminya pada bulan Julai 1942 di Sevastopol. Dikatakan meriam ini memerlukan tenaga seramai 1420 orang bagi mengendalikan dan menggerakkannya. Kejayaan meriam ini terbukti apabila mampu menembusi kubu bawah tanah sedalam 100 kaki yang menempatkan gudang peluru Soviet Union. Walau bagaimanapun, sehingga kini meriam gergasi ini tidak ditemui lagi setelah ianya digunakan kali terakhir pada tahun 1944. Namun demikian, terdapat laporan menyatakan bahawa ianya telah hancur musnah dan dijumpai oleh tentera Amerika Syarikat di Bavaria pada akhir Perang Dunia II.

GAMBAR-GAMBAR MERIAM SCHWERER GUSTAV!!!













GAMBAR PELURU SCHWERER GUSTAV!!!








Ok R, SaMpAi Di SiNi SaHaJa PoSt aKu HaRi iNi. AkU HaRaP KaLiAn TeRHiBuR dEnGaN pOsT aKu PaDa KaLi iNi. SeGaLa KeKuRaNgAn dAn KeSiLaPaN aKu MoHoN mAaF. SeKiAn

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...