Wednesday, June 1, 2011

HaRi SuSu SeDuNiA


SaLaM. HaRi iNi aKu iNgiN bErkOnGsi SeDiKiT mAkLuMaT MeNgEnAi SeJeNiS MiNuMaN yAnG BeRkHaSiAt iAiTu SuSu. KeNaPa pAdA PoSt KaLi iNi aKu MeMbiCaRaKaN mEnGeNai SuSu??? HaL iNi KeRaNa HaRi iNi MeRuPaKaN HaRi SuSu SeDuNiA YaNg JaTuH pADa TaRiKh 1 Jun 2011. So SaKsiKaN!!!

FAKTA MENARIK MENGENAI SUSU!!!
  • Tarikh 1 Jun terpilih sebagai Hari Susu Sedunia adalah disebabkan kebanyakan negara di dunia telah menyambut hari susu peringkat kebangsaan sekitar tarikh ini.
  • Negara Amerika Syarikat menyambut Hari Susu pada tarikh 11 Januari. Hal ini kerana pada tanggal 11 Januari 1878 telah bermulanya pengedaran susu segar dalam botol kaca yang pertama di negara tersebut.
  • Milkman ialah gelaran yang diberikan kepada lelaki penghantar susu.
  • Botol susu (kaca) yang paling berharga ialah botol susu yang terukir nama syarikat pembekalnya dan nilainya mampu mencecah jutaan ringgit.
  • Botol plastik untuk susu hanya mula diperkenalkan pada tahun 1967.
  • Susu lembu merupakan minuman yang mempunyai kandungan asid yang paling tinggi dengan kadar pH sekitar 6.4 hingga 6.8.
  • Setiap 100ml susu ibu (manusia) mampu membekalkan 72 kcal tenaga. Hal ini kerana susu tersebut mengandungi 1.1% protein dan 4.2% lemak.
  • Susu mengandungi kalsium yang tinggi dan vitamin D yang terdapat di dalamnya membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
  • 350 perahan diperlukan bagi mendapatkan 1 gelen susu lembu.
  • Susu keldai dan susu kuda mengandungi kadar lemak yang plaing rendah.
  • Susu anjing laut dan susu ikan paus pula mengandungi kadar lemak yang paling tinggi iaitu sebanyak 50%.
Selain daripada fakta-fakta di atas, Al-Quran dan Hadis juga turut menceritakan mengenai khasiat minuman yang dipanggil susu ini. Antara ayat Al-Quran yang menyatakan perkara tersebut ialah pada Surah An-Nahl ayat 66 iaitu:


"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya". (Surah An-Nahl ayat 66).

Berdasarkan ayat Al-Quran di atas ternyatalah bahawa susu adalah antara minuman yang paling berkhasiat. Oleh itu, seharusnya kita memanfaatkan khasiat yang terkandung di dalam minuman yang bernama susu ini.

DOA MINUM SUSU


"Ya Allah berkatilah kami pada minuman ini, dan tambahkanlah kami daripada ini". (Hadis Ibnu Abbas)

SaMpAi Di SiNi SaHaJa PoSt aKu PaDa HaRi iNi. JiKa aDa KeSiLaPaN HaRaP DiMaAfKaN & MoHoN DiPeRbAiKi. SeKiAn.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...