Wednesday, June 1, 2011

BeNaRkAh MaNuSiA PeRnAh SaMpAi Ke BuLaN: KeBeNaRaN aTaU KoNsPiRaSi





SaLaM. HaRi iNi aKu iNgiN bErKoNgSi dEnGaN KaLiAn mEnGeNai iSu BeNaRkAh MaNuSiA pErNaH MeNjEjAkKaN KaKi kE BuLaN. JaDi, PaDa PoSt KaLi iNi aKaN Ku BoNgKaRkAn KeBeNaRaN DiSeBaLiK PeRiStiWa YaNg PeRnAh mEnGGeMpArKaN DuNiA iNi.

SIAPAKAH MANUSIA PERTAMA MENJEJAKKAN KAKI KE BULAN???

Seperti yang kita sedia maklum, manusia pertama yang menjejakkan kaki ke permukaan Bulan ialah Neil Armstrong manakala Edwin Eugene Aldrin atau Buzz Aldrin merupakan manusia yang kedua menjejakkan kaki ke Bulan. Kedua-dua angkasawan daripada Amerika Syarikat ini telah berjaya mendarat ke permukaan Bulan dengan menggunakan kapal angkasa Apollo 11 pada tanggal 20 Julai 1969. Tetapi benarkah mereka pernah menjejakkan kaki ke permukaan bulan?

NEIL ARMSTRONG

EDWIN EUGENE ALDRIN @ BUZZ ALDRIN

BENARKAH MANUSIA PERNAH MENJEJAKKAN KAKI KE PERMUKAAN BULAN??? SO SAKSIKAN!!!

Bulan merupakan satelit semulajadi kepada Bumi. Jarak antara Bulan dan Bumi ialah lebih kurang 239, 000 batu atau 384, 400 km. Berdasarkan jarak bulan yang begitu jauh daripada bumi ini, mampukah ianya dicapai oleh kapal angkasa Apollo 11 yang dinaiki oleh Amstrong dan Aldrin pada tahun 1969. Jika kita teliti kembali, selepas kedua-dua angkasawan ini berjaya menjejakkan kaki ke bulan, tiada lagi angkasawan lain yang berjaya menjejakkan kaki ke satelit semulajadi bumi ini. Sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana negara yang berjaya menghantar angkasawan mereka ke Bulan. Walhal teknologi pada hari ini adalah jauh lebih canggih daripada teknologi yang wujud pada tahun 1969. Jadi mengapa teknologi hari ini tidak mampu membawa manusia ke permukaan Bulan atau planet lain? Benarkah Neil Armstrong dan Buzz Aldrin pernah menjejakkan kaki ke permukaan Bulan? Di samping itu, mampukah sut angkasawan yang dicipta pada tahun tersebut melindungi mereka daripada radiasi sinar ultraungu?

KEBENARAN DISEBALIK GAMBAR ARMSTRONG DAN ALDRIN SEWAKTU DI BULAN!!!

PERHATIKAN PADA BAHAGIAN ATAS BENDERA AMERIKA SYARIKAT

PERHATIKAN PADA BAHAGIAN ATAS BENDERA AMERIKA SYARIKAT

Berdasarkan pada gambar di atas dapat kita lihat bahawa gambar bendera Amerika Syarikat berkibar di permukaan Bulan. Menurut M. Zamakh Syarifani adalah mustahil untuk bendera berkibar di permukaan Bulan kerana di Bulan tiada udara dan angin bertiup. Tetapi teori yang dinyatakan oleh beliau ini masih boleh disangkal kerana bendera seakan-akan berkibar di Bulan adalah disebabkan kuasa tarikan graviti bulan yang amat lemah berbanding graviti di Bumi.

Walau bagaimanapun, gambar diatas telah membuktikan bahawa wujudnya penipuan dalam kejayaan kedua-dua angkasawan daripada Amerika Syarikat ini menjejakkan kaki ke permukaan Bulan. Jika kalian perhatikan pada gambar di bahagian atas bendera Amerika Syarikat ini, kalian akan dapat melihat satu objek yang menyokong bendera tersebut agar nampak seakan-akan berkibar. Objek tersebut yang mungkin adalah spring atau batang besi sengaja disembunyikan pada bahagian atas bendera tersebut bagi menyakinkan masyarakat dunia bahawa sememangnya bendera tersebut nampak seakan-akan berkibar adalah disebabkan tarikan graviti bulan yang lemah.

PERHATIKAN KESAN TAPAK KAKI DI PERMUKAAN BULAN

PERHATIKAN KESAN TAPAK KAKI DI PERMUKAAN BULAN

KESAN TAPAK KAKI YANG DIKATAKAN MILIK NEIL ARMSTRONG

Secara umumnya, tarikan graviti di Bulan adalah jauh lebih lemah berbanding dengan tarikan graviti di Bumi. Graviti di Bulan adalah lebih kurang satu per enam daripada graviti yang terdapat di Bumi. Kelemahan tarikan graviti di Bulan ini akan menyebabkan setiap objek mengalami pengurangan berat sewaktu berada di permukaan Bulan. Jadi adalah mustahil bagi Neil Armstrong mahupun Aldrin untuk meninggalkan kesan tapak kaki mereka di permukaan Bulan. Berdasarkan gambar di atas, dapat kita lihat betapa dalamnya kesan tapak kaki yang ditinggalkan oleh kedua-dua angkasawan ini sewaktu di permukaan Bulan. Secara logiknya, kesan tapak kaki seperti ini hanya mampu dibuat diatas permukaan bumi sahaja. Tetapi bagaimanakah mereka mampu menghasilkan kesan tapak kaki yang sedalam itu? Mungkinkah berat badan mereka terlalu berat atau sut angkasawan yang dipakai oleh mereka terlalu berat? Wallahua'lam.

PERHATIKAN LATAR BELAKANG GAMBAR

PERHATIKAN LATAR BELAKANG GAMBAR

Alam semesta ini diciptakan oleh Allah S.W.T dengan begitu luas sekali. Alam semesta ini diciptakan dengan pelbagai galaksi, planet, bintang dan sebagainya. Seperti yang kita sedia maklum, permandangan di ruang angkasa begitu indah dengan kilauan-kilauan cahaya bintang, planet dan matahari. Keindahan ruang angkasa seperti ini juga dapat dilihat jika kita berada di permukaan Bumi pada waktu malam.

Tetapi jika kalian meneliti latar belakang gambar di atas, kalian akan mendapati suasana di sekeliling Bulan pada waktu itu adalah gelap gelita. Dalam gambar tersebut lansung tidak menunjukkan kilauan cahaya daripada bintang-bintang atau planet. Di manakah semua planet dan bintang yang wujud dalam sistem suria kita? Mungkinkah bintang-bintang tersebut terkejut melihat Neil Armstrong dan Aldrin sampai ke permukaan Bulan sehingga tidak mampu mengeluarkan cahaya?

KESIMPULAN!!!

Berdasarkan bukti yang dipaparkan diatas, ternyatalah bahawa pendaratan kedua-dua angkasawan daripada Amerika Syarikat ini merupakan satu konspirasi oleh Amerika Syarikat bagi memperdayakan seluruh masyarakat dunia. Selain daripada itu, tujuan Amerika Syarikat melakukan penipuan ini adalah bertujuan bagi menyaingi teknologi angkasa lepas Kesatuan Soviet. Hal ini kerana sewaktu Perang Dingin atau Cold War (1947-1991), Amerika Syarikat (Blok Kapitalis) dan Kesatuan Soviet (Blok Komunis) saling bersaing bagi menunjukkan kehebatan masing-masing. Antara persaingan yang ditunjukkan oleh kedua pihak termasuklah perlumbaan senjata nuklear dan persaingan teknologi angkasa lepas. Antara kejayaan yang diperolehi oleh Kesatuan Soviet sewaktu Perang Dingin ini ialah berjaya menghantar angkasawannya iaitu Yuri Gagarin mengelilingi orbit bumi pada tanggal 12 April 1961. Oleh kerana berasa tercabar dengan pencapaian Kesatuan Soviet itu, Amerika telah menghantar dua angkasawannya ke Bulan pada tahun 1969. Walau bagaimanapun, terdapat pihak yang menyatakan bahawa kedua-dua angkasawan ini sebenarnya tidak pernah sampai ke permukaan Bulan, sebaliknya gambar-gambar bukti ketika mereka berada di Bulan hanyalah ciptaan semata-mata. Gambar-gambar pendaratan mereka dikatakan telah dibuat di Area 51 (kawasan rahsia milik tentera Amerika Syarikat).

SaMpAi DiSiNi SaHaJa PoSt aKu PaDa HaRi iNi. SeBeNaRnYa aPa yAnG aKu HuJaHkAn PaDa HaRi iNi MeRuPaKaN pAndAnGaN aKu SaHaJa. JaDi KaLiAn NiLaiLaH sEnDiRi PeRkArA TeRsEbUt SaMa AdA BeNaR aTaU hAnYaLaH sEkAdAr PeNiPuAn DaN KoNsPiRaSi. SeLaiN iTu, GaMbAr-GaMbAr yAnG DiPaPaRkAn PaDa PoSt KaLi iNi aDaLaH DiPeRoLeHi DaRiPaDa iNtErNeT dAn TiDaK dApAt DiPaStiKaN KeSaHiHaNnYa. JaDi JiKa aDa KeSiLaPaN HaRaP DiMaAfKaN. SeKiAn.

6 comments:

  1. aku percaya teori yg latar belakang tu je . mana pegi bintang2 kat angkasa kan ? tapi bab bendera tu mungkin tak berkibar just terapung macam berkibar . and tapak kaki tu pulak mungkin sebab tanah kat bulan macam debu . yang pasti aku tak percaya tu gambar dekat bulan

    ReplyDelete
  2. btol tue bro..mybe r kn..sbb byk gak cte yg sal neil armstrong nie,,aku pon xpast yg gmbr nie tulen ke x..

    ReplyDelete
  3. Salam mullah qadammullah..saya menyokong tuan...sedangkan kita nak mencari kaki langit dan hujung dunia serta titik pusat bumi pun tak jumpa...ini kan pernah sampai ke bulan...

    ReplyDelete
  4. Salam mullah qadammullah..saya menyokong tuan...sedangkan kita nak mencari kaki langit dan hujung dunia serta titik pusat bumi pun tak jumpa...ini kan pernah sampai ke bulan...

    ReplyDelete
  5. Tak ada manusia yg boleh jejak smpai ke bulan.. dalam quran pon dh tulis

    ReplyDelete
  6. Xusah la berfikiran jauh satu je kauorg lihat sewaktu niel amstrong turun dari kapal angkasa siapa yang ambil gambar beliau sewaktu menuruni anak tangga..bukankah dikatakan beliau manusia pertama tetapi ada camera ambil dri mana cuba fikir disitu pun da kantoi menipu ....xyah g jauh fkir lain2 fahamkn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...