SURAH AL-FATIHAH
- Surah al-Fatihah merupakan Surah Pembuka atau Pendahuluan di dalam Al-Quran.
- Surah al-Fatihah menjadi surah yang dibaca sewaktu pembukaan sesuatu majlis, ucapan dan doa.
- Surah al-Fatihah menjadi bacaan wajib dalam solat.
- Membaca surah al-Fatihah akan memperolehi pahala seperti membaca sepertiga al-Quran.
- Membaca surah al-Fatihah sebelum tidur dan disusuli dengan surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas dapat menjauhkan daripada gangguan jin dan syaitan.
- Mengamalkan bacaan al-Fatihah sebanyak 41 kali antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh selama 40 hari, Allah S.W.T akan meluaskan rezeki kita dengan izinNya, meningkatkan darjat, anak menjadi soleh, menyembuhkan penyakit, menyelesaikan hutang dan pelbagai hajat lain.
- Mengamalkan al-Fatihah 2 kali selepas solat fardhu setiap hari, akan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, meninggikan darjat atau pangkat, keluarganya dilindungi Allah S.W.T dan mampu membentuk akhlak terpuji.
- Membaca al-Fatihah 40 kali selepas solat fardhu Maghrib, akan dimakbulkan hajatnya oleh Allah S.W.T.
- Mengamalkan bacaan al-Fatihah sebanyak 41 kali, Insya-Allah dapat mengubati pelbagai penyakit seperti sakit mata, sakit perut, sakit gigi dan sebagainya.
- Membaca al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk dan dihembuskan dalam sebekas air, seterusnya air tersebut diminum selama 7 hari. Dengan izin Allah S.W.T kita akan memperolehi ilmu pengetahuan serta dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara yang merosakkan.
- Kandungan yang terdapat dalam surah al-Fatihah juga mengandungi doa yang amat besar faedahnya bagi setiap umat Islam. Antaranya ialah doa memohon petunjuk ke jalan yang lurus dan diredhai.
No comments:
Post a Comment