Wednesday, June 22, 2011

MENGAPA BANGSA YAHUDI BIJAK???





SaLaM ArY NiE aKu iNgiN bErKoNgSi MaKLuMat yAnG aKu PeRoLeHi dAriPadA BuKu HaSiL KaRaNgaN CHAPPY HAKIM YaNg BeRtAjUk CAT RAMBUT ORANG YAHUDI. DaLaM BuKu TeRsEbUt aDa MeNyAtAkAn BeBeRaPa HuJaH yAnG aMaT MuNaSaBaH TeNtAnG KeBiJaKsAnAaN yAnG WuJuD pAdA BaNGsA YaHuDi iTu. HuJaH-HuJaH tErSeBuT tELaH DiPeRoLeHi DaRiPaDa HaSiL KaJiAn Dr. Stephen Carr Leon YaNg TeLaH mEnULiS TeSiS yAnG bErTaJuK "WHY THE JEWS SO SMART". DaLaM uSaHa BaGi MeNyiApKaN tEsiS tErSeBuT, Dr. Stephen Carr Leon TeLaH mEnGaMbiL mAsA LeBiH kUrAnG 8 TaHuN UnTuK MeNgUmPuLkAN MaKLuMaT BaGi MeRuNgKai JaWaPaN BeRkEnAaN MeNgApA BaNgsA YaHudi LeBiH BiJaK BerBaNdiNg BanGsA LaiN. BeRdAsArKaN HaSiL KaJiAnNya YaNg MeMaKaN MaSa SeLaMa 8 TaHuN, BeLiAu TeLaH MeMbUaT PeRbAnDiNgAn AnTaRa BanGsA YaHuDi DeNgAn BaNgSa-BaNgSa LaiN Di DuNiA MeLaLui PeLbAgAi AsPeK TeRmAsUkLaH CaRa PeRmAkAnAN, AdAt ReSaM , AgAmA, PeRsiApAn AwAL MeLaHiRKaN aNaK dAn SeBaGaiNyA. JaDi aKu iNgiN KoNgSiKaN dEnGaN KaLiAn TeNtAnG AmALaN dAn GaYa HiDuP yAnG DiAmALkAn oLeH BaNgSa YaHuDi iNi. So SaKsiKaN!!!

  • Sewaktu mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano serta menyelesaikan masalah matematik bersama suami sehinggalah anak tersebut dilahirkan. Hal ini bertujuan untuk mengasuh dan melatih otak anak dalam kandungan agar ia menjadi genius apabila dewasa kelak.
  • Dalam tempoh tersebut, sang ibu akan memilih diet yang sihat dan seimbang serta mampu menjana perkembangan otak bayi yang berada di dalam kandungan. Antara jenis makanan yang di ambil oleh wanita yahudi sewaktu mengandung ialah pil minyak ikan, kurma, susu, roti, isi ikan (fillet), salad yang digaul dengan badam, badam dan pelbagai jenis kacang.
  • Elakkan daripada memakan ikan serta daging dalam satu masa. Hal ini kerana, menurut bangsa Yahudi campuran daging dan ikan tidak elok atau tidak sesuai untuk dimakan bersama. Selain itu, bangsa Yahudi turut mempercayai bahawa kepala ikan mengandungi bahan kimia yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak yang berada di dalam kandungan.
  • Bangsa Yahudi akan menikmati buah-buahan terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan utama yang mengandungi karbohidrat. Bagi mereka dengan memakan hidangan yang mengandungi karbohidrat (nasi atau roti) terlebih dahulu kemudian disusuli dengan memakan buah-buahan akan menyebabkan seseorang berasa mengantuk dan lemah serta sukar untuk memahami pelajaran di sekolah.
  • Walaupun Yahudi merupakan pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi bangsa mereka tidak merokok malahan tabiat merokok sangat dilarang dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kerana, menurut kajian yang dilakukan oleh saintis daripada Universiti Israel membuktikan bahawa nikotin yang terkandung di dalam rokok mampu merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan diwarisi melalui genetik. Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang mengalami masalah pada otak (bodoh, lembam dan lembab).
  • Manakala di tadika pula, permakanan kanak-kanak Yahudi akan dikawal dengan memberi kanak-kanak tersebut makanan yang dapat merangsang perkembangan otak. Antara makanan yang diberi kepada kanak-kanak tersebut adalah buah-buahan bersama kacang badam dan kemudian diikuti dengan memberi mereka makan pil minyak ikan kod (cod oil liver). Hasil pemberian makanan yang seimbang ini terbukti dapat menjana otak kanak-kanak Yahudi. Ini terbukti berdasarkan pemerhatian Dr. Stephen Carr Leon yang menyatakan bahawa kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan kebanyakan dari mereka mampu memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.
  • Di samping itu, sejak dari kecil lagi kanak-kanak Yahudi akan dilatih dan diwajibkan untuk bermain piano dan biola. Hal ini kerana, bangsa Yahudi berpendapat bahawa bermain alat muzik dan memahami nota-nota muzik tersebut akan dapat meningkatkan lagi tahap IQ kanak-kanak dan ianya sudah tentu bakal menjadikan kanak-kanak tersebut bijak. Ini terbukti apabila kajian yang dilakukan oleh saintis Yahudi menemui bahawa gegaran muzik dapat merangsang otak. Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai genius muzik adalah terdiri daripada kaum Yahudi.
  • Sewaktu di sekolah rendah pula (darjah 1 hingga 6), kanak-kanak Yahudi akan diajar dengan ilmu matematik yang berkonsepkan perniagaan dan matapelajaran sains amat diberi keutamaan pada waktu ini.
  • Selain dari mengutamakan pelajaran, sukan juga menjadi kewajiban bagi kanak-kanak Yahudi. Antara sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan lumba lari. Sukan-sukan seperti ini diberi keutamaan ianya mampu melatih otak untuk memfokuskan kepada sesuatu perkara (tumpuan) di samping untuk menguatkan badan sebagai persiapan untuk perkhidmatan negara.
  • Sewaktu di sekolah menengah pula, murid-murid ditekankan dengan matapelajaran sains dan murid-murid Yahudi digalakkan mencipta untuk mencipta apa sahaja produk. Walaupun kadangkala projek yang dihasilkan oleh murid-murid tersebut kelihatan lucu dan tidak masuk akal tetapi ianya akan diteliti dengan serius terutamanya produk yang berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Apa yang menariknya di sini ialah produk dan idea tersebut akan dibawa ke institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti.
  • Selain itu, bangsa Yahudi juga turut menitikberatkan bidang perniagaan. Ini terbukti apabila setiap mahasiswa di Israel yang berada pada tahun terakhir akan dikehendaki untuk untuk melakukan projek. Kebiasaannya, pada tahun terakhir di universiti, setiap mahasiswa dalam bidang perniagaan akan diwajibkan untuk melaksanakan projek dan akan lulus jika kumpulan projek tersebut berjaya memperolehi keuntungan sebanyak USD 1 Juta.
  • Dari segi agama pula, salah satu cara bangsa Yahudi melakukan ibadah ialah dengan menggoyangkan kepala mereka. Menurut bangsa Yahudi, menggoyangkan kepala sewaktu melakukan ibadah ini dapat mengaktifkan otak dan menambahkan oksigen di kepala.
TOKOH-TOKOH YAHUDI YANG TERKENAL!!!

KARL MARX

ALBERT EINSTEIN

SIGMUND FREUD

MARK ZUCKERBERG

Kesimpulannya, walaupun mempunyai bilangan yang amat jauh berbeza berbanding penganut agama Islam, bangsa Yahudi masih mampu menguasai separuh aktiviti dunia. Hal ini adalah disebabkan oleh kebijaksanaan yang wujud pada bangsa mereka. Tidak hairanlah jika dikatakan bangsa Yahudi memegang hampir separuh daripada ekonomi dunia. Ini terbukti apabila hampir semua jenama besar dunia seperti Starbucks, Dell, Coca Cola, DKNY, Levis, Dunkin Donut dan sebagainya adalah di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi yang bertapak di New York. Di samping itu, kebijakan Yahudi terserlah apabila menjadi pengeluar rokok yang utama di dunia tetapi tidak menghisap rokok-rokok tersebut, sebaliknya rokok-rokok itu menjadi senjata utama bagi mereka untuk merosakkan bangsa-bangsa lain di dunia.

Sebenarnya amalan dan gaya hidup yang diamalkan oleh bangsa Yahudi itu telah wujud pada agama dan bangsa kita sejak dahulu lagi. Amalan dan gaya hidup ini telah wujud dalam al-Quran dan sunnah lagi namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh penganut agama Islam sendiri. Sebagai contoh, amalan menikmati buah-buahan sebelum menikmati hidangan utama telah diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sejak dahulu lagi. Di samping itu, orang Melayu sendiri juga turut menegah kanak-kanak daripada memakan kepala ikan untuk mengelakkan mereka menjadi bodoh. Jadi tidak mustahil bagi umat Islam dan bangsa Melayu untuk melahirkan zuriat yang bijak seperti bangsa Yahudi tersebut kerana semua perkara tersebut telah termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah. Oleh itu, wajiblah bagi kita mengikuti dan mengamalkan sunnah dan menjadikan al-Quran sebagai penyuluh kehidupan.

SeKiAn. JiKa aDa KeSiLaPaN HaRaP DiMaAfKaN dAn MoHoN PeRbAiKi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...