Thursday, June 2, 2011

TAHUKAH ANDA???


  • Tahukah anda? Pulau Jawa memiliki jumlah penduduk yang paling ramai dan terpadat di dunia. Jumlah penduduknya melebihi 127 juta orang dan kepadatan penduduknya ialah seramai 962 orang bagi setiap kilometer persegi.
  • Tahukah anda? Indonesia merupakan negara yang memiliki ragam bahasa daerah yang paling banyak di dunia iaitu sebanyak 365 bahasa daerah.
  • Tahukah anda? Sungai terpendek di dunia ialah Sungai Tamborasi yang terletak di Sulawesi Tenggara, Indonesia. Panjang sungai ini hanyalah sekitar 8 meter.
  • Tahukah anda? Negara Bosnia Herzegovina merupakan salah sebuah negara yang mempunyai lebih daripada seorang pemimpin negara iaitu seramai 3 orang presiden.
  • Tahukah anda? Sistem pembayaran menggunakan cek telah wujud sejak tahun 352 Sebelum Masihi lagi di Rom.
  • Tahukah anda? Adolf Hitler mempunyai seorang adik beradik tiri yang bernama Alois Hitler.
  • Tahukah anda? Dua ekor anjing berjaya diselamatkan sewaktu kapal Titanic hendak tenggelam.
  • Tahukah anda? Napoleon Bonaparte bukanlah orang Perancis yang tulen. Beliau telah dilahirkan di Pulau Corcisa (Pulau jajahan Perancis yang berdekatan dengan Itali), dan nenek moyangnya adalah berketurunan Itali.
  • Tahukah anda? Adolf Hitler bukanlah orang Jerman yang asli. Beliau sebenarnya adalah orang Austria dan mempunyai darah keturunan Yahudi yang diwarisi daripada ibunya.
  • Tahukah anda? San Marino merupakan negara republik yang tertua di dunia yang merdeka dan wujud sejak tahun 301 Masihi. Negara ini dikatakan telah berumur lebih dari 1700 tahun.
  • Tahukah anda? Vatican City merupakan negara terkecil di dunia yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan 175 negara di dunia.
  • Tahukah anda? Rowan Atkinson (Mr. Bean) mempunyai kelulusan Sarjana (M.Sc.) daripada Universiti Oxford.
  • Tahukah anda? Buku pertama yang telah dicetak oleh mesin cetak yang pertama di dunia ialah The Bible.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...