Thursday, June 9, 2011

BeNaRkAh MELAKA JaTuH PaDa TaHuN 1511???





SaLaM. HaRi iNi aKu HaNyA iNgiN bErKoNgSi PaNdAnGaN dAn PeNdApAT aKu MeNgEnAi KeJaTuHaN KESULTANAN MELAYU MELAKA pAdA TaHuN 1511 Ke TaNgAn PORTUGIS. JaDi iSu yAnG iNgiN aKu BaNgKiTkAn HaRi iNi iALaH "BeNaRkAh MELAKA JaTuH pAdA TaHuN 1511". So SaKsiKaN!!!

Melaka merupakan salah sebuah empayar Melayu yang wujud sekitar awal abad ke 15 Masihi, iaitu antara 1400- 1402 Masihi. Nama empayar ini begitu gah sekali di Alam Melayu suatu ketika dahulu. Namanya yang dikatakan berasal daripada nama sejenis pohon ini begitu masyhur sehingga ianya dikenali hampir ke seluruh pelusuk dunia. Inilah Melaka, sebuah negeri Melayu yang dibangunkan oleh bangsa Melayu itu sendiri.

Sewaktu kewujudannya, Melaka telah mengecapi zaman kegemilangannya sendiri terutamanya dalam aktiviti perdagangan. Jika kalian telusuri sejarah kegemilangan empayar Melayu ini, sudah tentu kalian dapat membayangkan betapa hebatnya Melaka pada waktu itu. Sebagai contohnya, Tome Pires sendiri pernah menyatakan bahawa tiada pelabuhan lain di dunia yang mampu menandingi pelabuhan Melaka pada waktu itu. Bayangkanlah keadaan pelabuhan Melaka pada waktu itu yang begitu sesak dengan kapal-kapal dari segenap pelusuk dunia sehingga terdapat sejarawan yang menyatakan bahawa pelabuhan tersebut mampu menyaingi pelabuhan Venice yang terdapat di Itali.

Sungguhpun demikian, harus kita ingat bahawa setinggi mana pun kedudukan kita lama kelamaan akan jatuh juga. Begitulah nasib yang menimpa empayar Melayu Melaka pada waktu itu. Menurut sejarah, Melaka jatuh pada tahun 1511 setelah diserang oleh Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque. Tetapi benarkah Melaka mengalami kejatuhan pada tahun tersebut???

Jika kita teliti kembali sejarah empayar Melayu ini, Portugis hanya berjaya menawan kota Melaka sahaja. Sedangkan empayar Melaka pada waktu itu begitu besar sekali sehingga meliputi sebahagian besar Alam Melayu. Jadi, bolehkah dikatakan Melaka jatuh pada tahun 1511 sedangkan Portugis hanya dapat menawan kota Melaka yang kecil itu. Adakah logik penaklukan kota yang kecil ini mampu melenyapkan empayar Melaka yang begitu besar.

EMPAYAR KESULTANAN MELAYU MELAKA

Selain daripada itu, jika kita lihat pada konsep negeri Melayu itu sendiri sudah tentu ianya dapat menyangkal dakwaan bahawa kerajaan Melayu Melaka telah mengalami kejatuhan pada tahun 1511. Hal ini kerana konsep negeri Melayu itu sendiri amat berpegang kuat kepada kewujudan raja. Bagi masyarakat Melayu tradisional, wujudnya sesebuah kerajaan atau negeri adalah disebabkan kewujudan raja dan tanpa raja maka tidak wujudlah kerajaan atau negeri. Berdasarkan konsep negeri ini dapatlah dibuktikan bahawa Melaka tidak jatuh pada tahun 1511. Hal ini dapat dibuktikan sewaktu kota Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud Syah dan anaknya iaitu Sultan Ahmad Syah telah melarikan diri ke Johor, Pahang dan kemudiannya Bentan (riau). Sewaktu melarikan diri tersebut, Sultan Mahmud dikatakan telah membuka kerajaan di Kopak. Jadi bolehkah dikatakan Melaka jatuh pada tahun 1511 sedangkan pemimpinnya masih hidup dan masih mampu menubuhkan kerajaan.

Di samping itu, Sultan Mahmud, Sultan Ahmad dan pahlawan Melayu Melaka tidak pernah berhenti menyerang kota Melaka bagi mendapatkan semula kota tersebut. Hal ini sudah membuktikan bahawa kerajaan Melayu Melaka masih tidak jatuh pada tahun 1511. Ini dapat dibuktikan lagi apabila mereka telah menyerang kota Melaka pada tahun 1515, 1516, 1519, 1523 dan juga pada tahun 1524. Jadi setujukah kalian bahawa kerajaan Melayu Melaka jatuh pada tahun 1511 sedangkan pemimpinnya masih menubuhkan kerajaan dan berusaha mendapatkan kota pemerintahannya semula.

Pada pandangan aku pula, Melaka sebenarnya tidak jatuh pada tahun 1511, sebaliknya hanya kota Melaka sahaja yang jatuh pada tahun tersebut. Jika kita teliti secara terperinci, selepas tahun 1511 Kesultanan Melayu Melaka masih wujud dan mampu menubuhkan kerajaan tetapi cuma nama kerajaan tersebut tidak dinamakan sebagai Melaka. Jadi, kesimpulan aku ialah kerajaan Melayu Melaka sebenarnya tidak jatuh secara sepenuhnya pada tahun 1511, sebaliknya tahun tersebut menjadi titik tolak kepada kemerosotan dan kejatuhan empayar Melayu tersebut.

SeKaDaR ReNuNgAn DaN PeNdApAt DaRiPaDa aKu. SeKiAn.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...