Wednesday, June 15, 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI





AYAT KURSI


  • Ayat Kursi digelar sebagai penghulu segala ayat.
  • Ayat Kursi menceritakan kehebatan Allah S.W.T dalam mentadbir sekalian alam serta makhlukNya.
  • Oleh kerana kebesaran dan kemuliaannya, ayat ini telah diiringi oleh tujuh puluh ribu malaikat sewaktu ianya diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
  • Sewaktu ianya diturunkan, iblis dan syaitan menjadi gempar kerana ayat ini bakal menjadi penghalang dalam usaha iblis dan syaitan menyesatkan manusia.
  • Sebaik sahaja ianya diturunkan, Nabi Muhammad S.A.W segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulisnya dan menyebarkannya kepada para sahabat.
  • Ayat Kursi mengandungi dasar-dasar Tauhid dan keagungan Allah S.W.T serta ketulusan ilmuNya.
  • Jika mengamalkannya, kita akan hidup dengan jiwa Tauhid, dibukakan hati dengan pelbagai hikmah dan dinaikkan martabat.
  • Jika diamalkan selalu, kita akan dilindungi daripada gangguan jin dan syaitan.
  • Jika dibaca, ianya mampu memberi perlindungan daripada bala bencana.
  • Pahala membacanya menyamai satu perempat Al-Quran.
  • Allah S.W.T mengutuskan malaikat untuk mencatat dan menghapuskan dosa orang yang membaca ayat ini, bermula daripada orang tersebut membacanya sehinggalah keesokan harinya.
  • Setiap hurufnya memberikan 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
  • Orang yang membacanya juga akan dikurniakan pahala al-Muttaqin dan pahala as-Siddiqin (balasan syurga).
  • Ianya mampu menjadi pendinding daripada kejahatan, jin, syaitan, manusia dan binatang. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur, dua malaikat akan menjaganya sehingga pagi.
  • Mengamalkan ayat Kursi mampu memelihara diri, keluarga, harta benda dan rumahnya daripada kecurian, kebakaran, karam di dalam air dan runtuh.
  • Jika dibaca sebanyak 170 kali, ianya mampu mengatasi kesukaran untuk mendapatkan rezeki.
  • Bagi memohon untuk mencapai sebarang hajat, baca ayat Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam.
  • Bagi mendapatkan terang hati dan kecerdasan luar biasa, baca ayat Kursi sebanyak 170 kali.
  • Membacanya memudahkan seseorang menghadapi sakaratul maut.
  • 70, 000 malaikat akan mendoakan keselamatan kita jika ianya dibaca sewaktu ingin keluar daripada rumah.
  • Ayat Kursi juga mampu menyejukkan hati orang yang pemarah dan menghindari daripada gangguan syaitan yang memanaskan hatinya.
  • Jika membacanya setiap kali selepas solat fardu, Allah S.W.T akan mengampuni dosa-dosanya.
  • Jika membacanya selepas solat subuh dan solat maghrib, ianya dapat memelihara diri daripada kejahatan dari pagi sehingga keesokan harinya.
  • Sekiranya dibacakan sebanyak 313 kali dalam keadaan suci dan khusyuk (sebaiknya pada waktu tengah malam), Allah S.W.T akan menghilangkan rasa susahnya.
  • Ianya juga berkesan jika dibacakan pada orang yang mengalami kerasukan jin dan syaitan dengan dihembuskan pada air dan diberi minum serta dipercikkan pada badan orang yang kerasukan tersebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...