Sunday, May 29, 2011

ILMU BEDIL MELAYU





SaLaM. PaDa PoSt YaNg LePaS aKu kOnGsiKaN mEngEnAi SeNjAtA aPi yAnG tELaH DiGuNaKaN oLeH mAsYaRaKaT Melayu DaHuLuKaLa. So PaDa HaRi iNi aKu iNgiN KoNgSiKaN sEdiKiT MaKLuMaT MeNgEnAi iLmU BeDiL oRaNg Melayu.

Sememangnya kehidupan masyarakat Melayu dahulukala tidak dapat dipisahkan dengan amalan spiritual. Boleh dikatakan setiap perkara yang dilakukan oleh mereka ada pantang larang, amalan dan petuanya. Begitu juga dengan penggunaan senjata api dalam kehidupan mereka. Masyarakat Melayu dahulukala telah mempunyai beberapa amalan dan petua dalam menggunakan senjata api. Antara amalan yang telah digunakan oleh masyarakat Melayu dahulukala adalah ilmu Petunang. Pernahkah kalian mendengar mengenai ilmu ini. Ilmu ini adalah amalan yang digunakan oleh masyarakat Melayu dahulukala sewaktu mengendalikan senjata seperti panah dan juga senjata api. Perkataan petunang membawa maksud sesuatu senjata yang dibedil, dipanah atau dilontarkan akan menepati sasaran yang dihajati. Antara contoh yang berkaitan dengan ilmu petunang ini dapat dilihat di dalam buku yang bertajuk Sulalatus Salatin karya Tun Sri Lanang.

Dalam buku tersebut ada menceritakan mengenai peristiwa serangan Siam ke atas Melaka. Selepas gagal dalam serangan pertama, Cau Panden yang merupakan anak kepada Paduka Bubunya (Raja Siam) bercadang ingin mengetuai angkatan Siam untuk menyerang Melaka. Pada masa yang sama, berita mengenai Cau Panden akan menyerang Melaka telah sampai Ke Melaka. Buku tersebut ada menyatakan di Melaka pada masa itu terdapat seorang yang berketurunan Arab yang dipanggil Tuan Saidi Arab oleh orang Melaka. Dikatakan Saidi Arab merupakan seorang yang sentiasa bermain panah laskar dan panah itu sentiasa dibawanya walau ke mana sahaja. Setelah mendengar mengenai berita Siam akan menyerang ke Melaka maka beliau telah menghadap Sultan Muzaffar Syah (Sultan Melaka pada waktu itu). Apabila mengetahui Cau Panden akan mengetuai serangan tersebut maka Tuan Saidi Arab telah berdiri dihadapan Sultan Muzaffar Syah dan menghalakan panahnya ke arah Benua Siam. Selepas itu beliau telah menarik panahnya dan mengatakan "Mati Cau Panden". Sultan Muzaffar Syah yang melihat perkara tersebut kemudian mengatakan "Jikalau sungguh mati Cau Panden. Sungguhlah tuan keramat". Pada waktu itu, Cau Panden yang berada di Benua Siam mengalami kesakitan seperti terkena panah pada bahagian dadanya. Diceritakan dalam buku tersebut, Cau Panden telah sakit sehingga termuntahkan darah dan akhirnya menemui ajal.

Begitulah kisahnya yang berkaitan dengan ilmu petunang. Mungkin masyarakat hari ini menggelarkan ilmu tersebut sebagai ilmu tuju. Walau bagaimanapun, ilmu yang digunakan dalam buku tersebut adalah hampir sama dan berkait rapat dengan ilmu petunang ini. Inilah dikatakan ilmu petunang yang telah diamalkan oleh masyarakat Melayu dahulukala. Dalam ilmu petunang terdapat beberapa syarat, petua, kifiat dan amalan yang perlu diamalkan bagi menjadikan tembakan itu tepat pada sasarannya. Segala perkara tersebut adalah berkaitan dengan ilmu kerohanian yang berkaitan dengan ilmu tasawuf. Ianya perlu diamalkan secara terus menerus dengan penuh keyakinan sambil memohon keredaan daripada Allah S.W.T.

Selain daripada ilmu yang berkaitan kerohanian, terdapat juga petua bagi menentukan jarak tembakan, petua sewaktu menembak pada waktu hujan dan malam, petua menembak binatang dan sebagainya. Di samping itu, terdapat juga isim-isim yang perlu diamalkan dan dibaca sewaktu ingin mengisi peluru, melepaskan tembakan dan sebagainya. Antara contoh isim yang dibaca bagi menentukan ketepatan atau petunang peluru ialah:

Petunang Allah, tuju Muhammad, Sir Ali, Tilik Jibrail,
Tiba ke kulit lalu ke daging,
Patahlah Tulang makan ke hati, lantas ke jantung,
Sidi guruku, sidilah aku,
Sidiku daripada guruku,
Berkat kata Lailaha ilallah, Muhammadar Rasulullah.

Begitulah contoh isim yang perlu dibaca oleh pengamal ilmu petunang ini. Walau bagaimanapun, ayat yang dinyatakan di atas harap jangan diamalkan kerana dibimbangi akan mendatangkan mudarat atau menyesatkan akidah kalian. Hal ini kerana ilmu tersebut mempunyai pelbagai amalan dan pantang larang yang perlu dipatuhi oleh pengamalnya. Selain itu, setiap ilmu yang ingin kita pelajari haruslah mempunyai guru agar ianya tidak memesongkan akidah kita.

SaMpAi DiSiNi SaJaLaH PoSt AkU HaRi iNi. AkU hArAp KaLiAn TeRhiBuR dEnGaN pOsT KaLi iNi. SeKiaN.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...