Thursday, May 19, 2011

FiRaUn: MeNgApAkAh JaSaDnYa KeKaL SeHiNgGa Ke HaRi iNi???






SaLaM. HaRi iNi aK NaK kOnGSiKaN sEcEbiS mAkLuMaT dGn KoRg mEnGeNai FiRaUn yG pErNaH mEmEriNtaH Mesir sUaTu kEtiKa dAhULu. PaDa pOsT KaLi iNi, iSu yG aKaN aK kUpAsKaN iALaH MeNgEnAi mEnGaPaKaH JaSaD FiRaUn KeKaL sEHiNgGa kE HaRi iNi. So SaKsiKaN.

Siapakah Firaun???

Firaun ialah nama atau gelaran yang diberikan kepada raja atau pemerintah Mesir yang hidup sewaktu zaman Mesir Purba. Menurut Nike Pamela, perkataan Firaun dari segi etimologinya adalah berasal daripada bahasa Mesir iaitu Per-Aa. Menurutnya lagi, istilah Per-Aa menurut pandangan para sarjana adalah merupakan gabungan dari perkataan pre (the) dan Ra (Dewa Matahari) yang membawa maksud Sang Dewa Matahari. Walau bagaimanapun, beliau berpendapat maksud yang paling tepat bagi perkataan Per-Aa ini ialah merujuk kepada 'Rumah yang Besar' (Great House). Pada awalnya istilah ini telah digunakan bagi merujuk kepada bangunan istana yang telah menjadi tempat tinggal raja. Namun demikian, lama kelamaan istilah ini telah digunakan oleh rakyat Mesir Purba sebagai gelaran untuk raja-raja yang memerintah Mesir pada waktu itu.

Bagaimanakah jasad Firaun kekal sehingga ke hari ini???

Masyarakat Mesir sememangnya mahir dalam teknik mengawet atau memumiakan mayat. Menurut para sejarawan, masyarakat Mesir telah mula mengawet mayat sejak tahun 3000 S.M. Hal ini kerana mereka percaya bahawa roh seseorang akan tetap wujud selagi jasadnya masih ada. Oleh itu, mereka telah mengawet atau memumiakan mayat-mayat Firaun dan menyemadikannya di dalam bangunan khas yang dikenali sebagai piramid. Disebabkan kemahiran masyarakat Mesir Purba dalam mengawet mayat, maka pada hari ini kita masih dapat melihat jasad atau mumia Firaun. Sebenarnya banyak lagi gambar mumia Firaun, tetapi saya hanya menayangkan tiga mumia Firaun yang terkenal. SO SAKSIKAN!!!


Mumia Hapshepsut (Firaun wanita)

Keranda Tutankhamun

Topeng muka mumia Firaun Tutankhamun

Mumia Tutankhamun


Mumia Ramses II

Al-Quran ada menyebut tentang Firaun???
  • Nama Firaun disebutkan sebanyak 74 kali di dalam Al-Quran
  • Nama Firaun disebutkan pada 27 surah di dalam Al-Quran
  • Al-Quran menceritakan kisah Nabi Musa a.s dengan Firaun
  • Firaun ditenggelamkan di tengah Laut Merah sewaktu mengejar Nabi Musa dan pengikutnya
  • Potongan ayat Al-Quran pada Surah Yunus ada menceritakan bahawa jasad Firaun yang mengejar Nabi Musa a.s akan dikekalkan sebagai pengajaran kepada umat selepasnya. Potongan ayat Al-Quran tersebut ialah:
"Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu (Firaun) supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami. ( Surah Yunus 92)"


SIAPAKAH NAMA FIRAUN YANG DISEBUTKAN DALAM AL-QURAN???

Sungguhpun dalam Al-Quran ada menyebut mengenai kisah Firaun yang mati di Laut Merah sewaktu hendak mengejar Nabi Musa a.s, tetapi Al-Quran tidak menyatakan nama Firaun tersebut. Jika pada Al-Quran ada menyebut mengenai jasad Firaun yang mengejar Nabi Musa a.s akan diselamatkan sebagai pelajaran pada generasi selepasnya, maka sudah tentu jasadnya wujud pada hari ini. Tetapi benarkah jasad Firaun tersebut kekal sehingga ke hari ini???

BUKTINYA!!!

Kebenaran kitab suci Al-Quran tidak perlu diragukan lagi. Hal ini kerana seorang pakar bedah Perancis yang bernama Dr. Maurice Bucaille telah menemui kebenaran yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran itu.

Apa yang ditemui oleh Dr. Maurice Bucaille???

Pada tahun 1981, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francois Mitterrand telah menawarkan bantuan kepada kerajaan Mesir untuk mengkaji dan menganalisis mumia Firaun Ramses II yang sangat terkenal. Mesir telah menyambut baik tawaran Perancis itu dan telah menerbangkan Mumia tersebut ke Paris. Kajian dan analisis ke atas mumia Firaun Ramses II itu telah diketuai oleh Dr. Maurice Bucaille.

Sewaktu menjalankan pembedahan tersebut, Dr. Maurice telah menemui suatu penemuan yang mengejutkan. Beliau telah menemui sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut. Hal ini membuktikan bahawa Firaun tersebut telah mati akibat tenggelam di dalam laut. Hal ini bermakna, Firaun tersebut mungkin di selamatkan dan di awetkan segera sejurus mati lemas di tengah Laut Merah.

Ramses II: Firaun yang dikatakan dalam kisah Nabi Musa a.s

Bagaimanakah jasad Firaun tersebut di selamatkan???

Setelah berjaya menemukan perkara tersebut, Dr. Maurice Bucaille berasa yakin bahawa penemuannya itu adalah suatu penemuan yang baru. Oleh itu, beliau telah menyiapkan laporan akhir mengenai penemuan yang dijangkanya adalah sebuah penemuan baru. Laporan tersebut adalah mengenai proses menyelamatkan jasad Firaun tersebut dari laut dan kaedah pengawetannya. Laporan tersebut adalah bertajuk Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (Judul asal:Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Namun demikian, beliau menjadi bingung apabila seorang rakannya menyatakan penemuan tersebut bukan sesuatu yang baru. Hal ini kerana kitab suci Al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam telah membicarakan hal tersebut lebih dahulu. Keadaan ini telah menyebabkan timbulnya persoalan di dalam diri beliau bagaimana Al-Quran dapat membicarakan hal tersebut sedangkan pada masa Firaun mengejar Nabi Musa a.s, kitab suci Al-Quran masih belum diturunkan lagi. Oleh itu beliau telah mengkaji kitab Injil bagi mencari sama ada kitab tersebut ada menceritakan mengenai mayat Firaun yang mati di Laut Merah tersebut. Walau bagaimanapun, kitab tersebut tidak menyatakan langsung mengenai mayat Firaun tersebut.

Sewaktu mumia tersebut dipulangkan semula ke Mesir, beliau telah memutuskan untuk bertemu para ilmuwan Islam bagi mencari kebenaran kisah Nabi Musa a.s dan Firaun tersebut. Pada waktu itu, seorang ilmuwan Islam tersebut telah membacakan ayat ke 92 dari Surah Yunus bagi membuktikan tentang hal tersebut. Selepas mendengar potongan ayat tersebut, Dr. Maurice Bucaille terus mengakui kebenaran ayat Al-Quran tersebut. Sejurus selepas itu beliau bangun dan dengan suara yang lantang berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan Al-Quran ini." Selepas memeluk Islam, beliau telah berusaha menyelongkar segala isi yang terdapat di dalam Al-Quran dan berjaya menerbitkan buku. (Sumber Daripada artikel laman web: Quran & Science: Where Religion Meets Science)

Dr. Yahya Maurice Bucaille: Pakar bedah yang menemui sisa garam pada Firaun Ramses II

Buku-buku yang dihasilkan oleh Dr. Maurice Bucaille

Berdasarkan kisah Dr. Maurice Bucaille ini dapat dibuktikan bahawa Al-Quran merupakan sebuah kalam Allah yang tidak dapat di sangkal kebenarannya. Mungkin sedikit kemahiran dan pengetahuan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada masyarakat Mesir Purba dalam mengawet dan memumiakan adalah bertujuan untuk mengekalkan jasad Firaun agar menjadi pengajaran kepada masyarakat selepasnya. Tetapi bagaimana pula jika jasad-jasad Firaun tersebut dimusnahkan seperti yang berlaku sewaktu pergolakan di Mesir? Mampukah ianya dijadikan pengajaran kepada generasi yang akan datang? Wallahua'lam.

SaMpAi Di SiNi SaJaLaH PoSt aKu HaRi iNi. AkU HaRaP PoSt KaLi iNi dPt MeMbAnTu KoRg MeRuNgKai MiStEri MeNgEnAi JaSaD Firaun yG SuDaH BeRuSiA BeRiBu TaHuN TeTaPi MaSiH kEkAL SeHiNgGa kE HaRi iNi. KaLaU aDa KeSiLaPaN aTaU KeKuRaNgaN MaKLuMaT hArAp Di MaAfKaN & MoHoN DiPeRbAiKi.


6 comments:

  1. Assalam///... terima kasih di atas info yg saudara berikan ini... elok utk generasi anak2 melayu skrg... tahniah... terbaik

    ReplyDelete
  2. Dalam kitab bible jga ada dinyatakan (perjanjian lama)bahawa nabi musa dan pengikutnya d kejar oleh firaun dan bala tentranya..dalam alquran juga ada dinyatakan juga..kesimpuulanya..bible dn alquran sama sahaja cuma nabinya yang belainan tetapi..tujuanya adalah sama iaitu membuktikan kepada dunia ini bahawa allah itu tuhan yang maha esa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...