Tuesday, May 24, 2011

SENJATA API ORANG MELAYU






SaLaM. HaRi iNi aKu iNgiN KoNgSiKaN sEdiKiT MaKLuMaT DeNgAn KaLiAn MeNgEnAi SeNjaTa aPi yG tELaH DiGuNaKaN oLeH OrAnG MELAYU dAHuLuKaLa. AkU PaSti KaLiAn TeNtU tErTaNyA-TaNyA mEnGeNai KeBeNaRaN WuJuDnYa SeNjAtA aPi DaLaM SiStEm PeRtAhAnAn MaSyArAkAt MELAYU DaHuLuKaLa. So SaKsiKaN.

Apabila membicarakan tentang sistem pertahanan orang Melayu dahulukala, semestinya setiap individu akan mengatakan bahawa orang Melayu tidak mempunyai kecanggihan dalam teknologi persenjataan. Hal ini kerana masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan senjata tradisionalnya seperti keris, parang, lembing, tombak dan sebagainya. Tetapi tahukah kalian bahawa masyarakat Melayu sudah lama mempunyai teknologi dalam pembuatan dan penggunaan senjata api???

BENARKAH ORANG MELAYU DAHULUKALA SUDAH MAHIR MENGGUNAKAN DAN MENGHASILKAN SENJATA API???

Sebenarnya penggunaan senjata api bukanlah satu perkara yang asing dalam kehidupan masyarakat Melayu di zaman silam. Hal ini dibuktikan apabila masyarakat Melayu pada zaman silam sudah mempunyai petua dan amalan dalam bidang penggunaan senjata api. Petua dan amalan orang Melayu dalam bidang penggunaan senjata api ini sudah tentu membuktikan bahawa mereka sudah mahir dalam menggunakan dan mengendalikan senjata api tersebut

APAKAH NAMA DAN RUPA BENTUK SENJATA API ORANG MELAYU???

Segala jenis senjata api yang digunakan oleh masyarakat Melayu zaman dahulukala sudah tentulah dari jenis kuno dan tidak diketahui oleh masyarakat hari ini tentang rupa bentuknya. Walau bagaimanapun, kalian boleh melihat senjata api orang Melayu dahulukala ini di muzium-muzium dan simpanan orang perseorangan. Namun begitu, nama-nama senjata api yang digunakan oleh orang Melayu dahulukala ini boleh didapati pada buku-buku atau bahan bacaan yang berunsurkan Sejarah bangsa Melayu. Berdasarkan buku yang ditulis oleh A. Samad Ahmad, beliau telah menyatakan bahawa senjata api masyarakat Melayu terbahagi kepada dua bentuk iaitu senapang dan meriam. Namun demikian, setiap jenis senapang dan meriam ini mempunyai nama yang tersendiri. Antara nama senjata api tersebut ialah:


Senapang:
  • Istinggar
  • Pemuras
  • Tarkul
Rupa bentuk senapang-senapang tersebut ialah:




ISTINGGAR


PEMURAS


TARKUL

Meriam:
  • Lela Rentaka
  • Lela Rambang (Tidak diketahui rupa bentuk)
  • Tahan Turut (Tidak diketahui rupa bentuk)
Rupa bentuk meriam Lela Rentaka ialah:




LELA RENTAKA

BUKTI PENGGUNAAN SENJATA API OLEH ORANG MELAYU DAHULUKALA???

Penggunaan senjata api oleh orang Melayu telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi atau mungkin pada zaman sebelumnya. Hal ini dapat dibuktikan melalui catatan J.V. Mills yang telah menterjemahkan karya Godinha de Eredia (seorang sejarawan Portugis). Dalam karya yang telah diterjemahkan oleh beliau itu ada menyatakan mengenai senjata api atau meriam-meriam yang terdapat di Melaka sewaktu Portugis menyerang Melaka. Petikan tersebut menyatakan:

"Menurut Barros, 3000 pucuk meriam besar telah dijumpai di dalam kota itu (Melaka) manakala 5000 pucuk meriam lagi sudah pun dibawa lari. Albuquerque menyatakan, ada 2000 pucuk meriam dibuat daripada tembaga, dan yang lainnya daripada besi. Kesemua meriam itu serta alatannya dibuat dengan begitu baik, tidak dapat ditandingi, walaupun di Portugal"

Selain itu, buku yang bertajuk Asia Portugueza yang telah ditulis oleh Manuel de Faria Y Souza juga turut menyatakan mengenai jumpaan meriam di dalam kota tersebut. Buku tersebut menyatakan demikian:

Askar-askar telah dibenarkan untuk menjarah kota itu tiga hari lamanya. 3000 pucuk meriam besar telah dijumpai, dari sejumlah 8000 pucuk meriam yuang diharapkan oleh Sultan Mahmud untuk mempertahankan kota raya baginda itu.Bakinya telah dibawa lari ke Bintang (mungkin bertam atau bentan)

Di samping itu, dalam buku yang bertajuk Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak iaitu hasil karangan M.A Fawzi Basri turut menyatakan penggunaan senjata api ini dalam kalangan orang Melayu Perak. Dalam buku tersebut menyatakan bahawa Datuk Maharaja Lela atau Pandak Lam dan pengikutnya yang terdiri daripada orang Melayu telah menggunakan senjata api sewaktu menjalankan penentangan terhadap British. Antara senjata api yang telah digunakan oleh Datuk Maharaja Lela dan pengikutnya pada waktu tersebut ialah musket, pemuras dan meriam kecil lela rentaka. Berdasarkan bukti-bukti berikut, ternyatalah bahawa orang Melayu dahulukala sudah mempunyai kemahiran dan teknologi yang tinggi dalam menghasilkan dan menggunakan senjata api.

SaMpAi DiSiNi SaHaJa PoSt aKu HaRi iNi. MoHoN MaAF JiKa aDa KeSiLaPaN mAkLuMaT & hArAp DiPeRbAiKi sErTa DiTaMbAh.

3 comments:

  1. as salam en hafez saya syafiq dari layar concult sednag menghasilkan program tv kosmologi alam melayu berkenaan perang dan pensenjataan.. bagaimana saya boleh menghubungi en hafez untuk bertanyakan sesuatu.. ini no telefon saya 0193600518

    ReplyDelete
    Replies
    1. ENCIIK, BILAKAH SIARAN DOKUMENTARI ITU YA, DAH LAMA SAYA MENUNGGU

      Delete
  2. hebat melayu namun telah diputar belit sejarahnya oleh talibarut british di malaysia selama 60 tahun.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...