Monday, May 9, 2011

aSaL uSuL PeRkAtAaN 'MeLaYu' (BaH 1)



ArY NiE aK nK bErKoNgSi SkEt PenGetAhUaN & MkLuMaT yG aK dPt TnTg aSaL uSuL nAmA aTaU p'KaTaaN MELAYU iTu. aK rSe rAmAi OrG MELAYU SeNdIrI yG XtAw aTaU KuRaNg PaStI dGn aSaL UsUl PeRkAtAaN MeLayU iNi. So aK HaRaP dGn ScEbiS MkLuMaT dPd BloG aK nIe DpT MbAnTu MnAmBaHkAn PgEtAhUan KoRg.

Mengikut pendapat beberapa sejarawan seperti Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan 'Himalaya' yang telah disingkatkan kepada 'Malaya', dan kemudiannya berubah kepada 'Melayu'. Perkataan 'Himalaya' adalah berasal daripada perkataan 'hima' (salji atau salju) dan 'alaya' (tempat). Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa 'Himalaya' bermaksud 'tempat bersalji'.

Selain itu, terdapat juga sejarawan yang mengatakan bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada perkataan 'Malaiyur-pura' (beerti kota Malaiyur atau kota gunung) yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat. Daripada perkataan ini, maka timbullah perkataan Malaiyur= Malaiyu= Malayu= Melayu.

Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada perkataan 'pamalayu', iaitu sempena nama peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi yang terletak di sempadan Sumatera Barat. Selepas peristiwa tersebut, maka telah dibina sebuah prasasti iaitu prasasti Amoghapasa bagi mengenang peristiwa ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur yang telah menyerang daerah Melayu pada tahun 1286. Perkataan Pamalayu pula bermaksud 'ekspedisi Melayu' atau dalam erti kata lain boleh didefinisikan sebagai penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.

Namun begitu, terdapat juga pengkaji yang berpendapat bahawa perkataan Melayu itu berasal daripada perkataan Jawa Kuno dan juga Jawa Baru iaitu mlaya dan mlayu yang bermaksud 'lari'.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada perkataan perkataan 'Malayu', iaitu sebuah kerajaan yang berpusat di Muara Jambi. Kerajaan Malayu ini dikatakan telah wujud pada abad ke-7 (644M) dan pernah dilawati oleh I Tsing pada tahun 671M. Dikatakan bahawa nama 'Malayu' bagi kerajaan Malayu ini berasal daripada nama sebatang sungai yang terdapat di kawasan tersebut, iaitu Sungai Malayu. Sungai ini diberi nama sebagai Sungai Malayu disebabkan kerana airnya yang mengalir terlalu deras selaju orang berlari. Oleh kerana airnya yang terlalu deras maka sungai ini telah diberi nama sebagai sungai Malayu atau Melayu yang bermaksud lari dalam bahasa Jawa.

oK LaH, SeTaKaT iNi SaJaLaH yG aK dPt KoNgSi dGn KoRg MgEnAi aSaL uSuL BeRmUlAnYa nAmA aTaU P'KaTaAn MELAYU iNi. SbEnArNyE T'dApat ByK Lg pEnDaPat DpD SeJaRaWaN2 TnTg HaL nIe. So aK hRaP KoRg TgGu KuPaSaN aK yG aKn DtG. HeHeHe kLw dE KeKurAnGaN MoHon dI TmBah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...