Tuesday, May 10, 2011

SiApAkAh SeBeNaRnYa HaNg TuAh (BaH 1)




SaLaM. mLm nIe MruPaKaN mLm yG sGgUh MbOsAnKaN Ak. SdAnG aK tErMeNuNg Di kAtiL TeTiBe aK tErFiKiR SaTu IsU yG aK iNgiN KuPaSkAn dLm bLoG nIe. KoRg PeRnAh dEnGaR uNgKaPan "TIDAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA". SuDaH tEntU aCaP KaLi KiTe Di dEnGaRkAn dGn UnGkApAn KeRaMat iNi. TaPi KoRg TaW kE SaPe Yg MeNguNgkApKaN KaTa2 kErAmAt iNi. So PaDa SaPe2 yG TiDaK tAw, UnGkApAn NiE tLaH Di UnGkApKaN oLeH HANG TUAH iaitu SeOrAnG pAhLaWaN aGuNg MELAYU yG wUjUd sEmAsA ZaMaN kEaGuNgAn KeSuLtAnAn MELAYU MELAKA. aK RaSa hAmPiR KeSeluRuHaN RaKyAt MALAYSIA aRy NiE tAw MgEnAi KeHeBaTaN & KeWiBaWaAn pAhLaWaN aGuNg MELAYU nIe. NaMuN, KoRg TaW kE SiApAkAh SeBeNarNyA pAhLaWaN aGuNg MELAYU yG bErGeLaR HaNg TuAh nIe. So mLm NiE aKaN kU KuPaSkAn SeDiKiT mEnGeNai SiApAkAh SeBeNaRnYa HaNg TuAh.




Siapa tidak kenal dengan nama Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu Melaka yang terkenal dengan sifatnya yang ingin berbakti kepada Sultan Melaka dan terlalu menjunjung tinggi institusi kesultanan Raja Melaka. Riwayat hidup Hang Tuah banyak diceritakan di dalam hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang sekitar abad ke-15.

Hang Tuah ialah seorang pahlawan agung Melayu yang hidup pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka bermula pada tahun 1400-1511). Menurut B Simorangkir-Simandjuntak dalam bukunya yang bertajuk Kesusasteraan Indonesia Volume 2, Hang Tuah telah dilahirkan di Kampung Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula bernama Dang Merdu Wati. Bapa Hang Tuah juga dikatakan pernah menjadi hulubalang istana yang handal dan disegani suatu ketika dahulu. Manakala ibunya pula merupakan keturunan dayang di istana.

Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui buku yang bertajuk Sulalatus Salatin (terbitan DBP, yang telah diselenggarakan oleh A Samad Ahmad – cetakan keempat 1986) ada menyatakan mengenai asal usul Hang Tuah. Dalam buku ini menyatakan bahawa Hang Tuah merupakan seorang anak muda yang merupakan putera kepada Raja Bajung. Selain itu, buku tersebut turut menyatakan bahawa nama sebenar Hang Tuah adalah Daeng Mempawah. Daeng Mempawah dikatakan telah dipersembahkan oleh Raja Gowa kepada Sultan Melaka dan kemudiannya beliau telah diberi nama sebagai Hang Tuah. Oleh kerana memiliki ilmu kependekaran yang handal, Hang Tuah telah dilantik menjadi laksamana di Melaka. Kewibawaan Hang Tuah sebagai seorang hulubalang yang termasyur dapat dilihat sewaktu beliau mengiringi Sultan Melaka berangkat ke Majapahit (untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Sulalatus Salatin).

oK r, sEtAkAt NiE SaJe LaH kUpAsAn aK pAdA mLm nIe. SeBeNarNyA MaSiH bYk LaGi mAkLuMaT & pEnDaPat yG bEluM aK KuPaS & KoNgSiKaN kPd KoRg mEnGeNAi SiApAkAh pAhLaWaN aGuNg MeLaYu NiE. So aK HaRaP KoRg TgGu KuPaSaN Ak Yg AkAn DtG (INSYALLAH). kLw AdE KeKuRaNgAn aTaU kEsiLaPaN MoHoN diPeRbAiKi.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...