Tuesday, May 10, 2011

aSaL uSuL PeRkAtAaN 'MeLaYu' (BaH 2)



SaLaM. ArY NiE aK Nk SmBg KuPaSaN aK MeNgeNai aSaL uSuL & MkSuD P'kAtaAn MELAYU iTu. pD PoSt yG LpAs aK jUz KuPaS SdIkit SaJe, sO aRy nIe aKaN kU KuPaS dGn LbEy LaNjUt iSu iNi. SbEnArNyA aSaL uSuL & mKsUd p'KaTaAn MELAYU iNi mAsiH bEluM dPt di SaHkAn oLeH pArA sEjArAwAN. HaL iNi KeRaNa wUjUdNyA PeLbAgAi pEnDaPaT AtAu PaNdAnGaN MgEnAi PeRkArA iNi yG tElAh mEnjAdI PoLeMiK dLm KaLaNgAn SeJaRaWaN ArY InI.

Perkataan Melayu dilihat sangat sinonim dan sering digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu, malahan perkataan ini seringkali menimbulkan polemik apabila kajian berkaitan Melayu ini dilakukan. Pelbagai pendapat diberikan berkaitan dengan erti Melayu dalam kalangan para sarjana. Menurut Werndly, perkataan Melayu berasal daripada kata dasar laju iaitu “melaju” yang bermaksud cepat, deras dan tangkas. Daripada perkataan ini dapat disimpulkan bahawa orang Melayu dari segi pandangan Werndly ialah seorang yang bersifat tangkas dan cerdas iaitu segala perbuatan mereka cepat dan deras.

Istilah awal perkataan Melayu telah digunakan oleh M. Ptolemy didalam karyanya yang berjudul ‘Geographike Sintaxis’. Dalam karya tersebut beliau telah menggunakan istilah ‘moleu-kulon’. Beliau berpendapat bahawa istilah ini diambil daripada perkataan Sanskrit ‘Malayakolam’ atau ‘Malaikurram’ iaitu merujuk kepada suatu tempat di utara pantai Semenanjung Malaysia. Permulaan kepada penggunaan perkataan Melayu juga turut dapat dikesan dalam sebuah kitab Hindu purba yang berjudul Purana yang telah menggunakan perkataan malaya-dvipa.

Selain itu, perkataan Mo-lo-yu atau Mo-lo-you turut disebut oleh I-Tsing iaitu dalam tulisannya sejak abad ke ketujuh masihi lagi yang menceritakan tentang dua buah kerajaan yang telah dilawati olehnya sekitar tahun 675 Masihi iaitu kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Srivijaya di Palembang. Selain itu, catatan China turut menyatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan yang bernama Mo-lo-yeu telah mengirimkan utusan ke negara China bagi mempersembahkan hasil bumi kepada maharaja China pada sekitar abad ke 644 hingga 645 Masihi.

Di samping itu, perkataan Melayu menurut Harun Aminurrasid ialah berasal daripada istilah bahasa Sanskrit iaitu “Malaya” atau daripada perkataan Tamil iaitu “Malai” yang bermaksud bukit atau tanah tinggi. Manakala orang Portugis pula menyebut Melayu sebagai “Malayo”. Menurut Omar Amir Husin perkataan Melayu adalah berasal daripada satu daerah di negeri Persia yang bernama Mahaluyah. Penduduk Mahaluyah dikatakan telah mengembara ke sebelah Asia Tenggara dan menetap di Sumatera dan juga di kepulauan-kepulauan sekitar Asia Tenggara. Selain itu, suku Mahaluyah juga dikatakan membawa pengaruh kepada kebudayaan Persia yang turut mempengaruhi kesusasteraan Melayu. Seterusnya beliau juga berpendapat bahawa perkataan Melayu mungkin juga berasal daripada nama guru-guru yang bergelar “Mulaya” iaitu guru yang memainkan peranan untuk menyuburkan kebudayaan Melayu. Menurut Darus Ahmad perkataan Melayu diambli bersempena nama sejenis pokok yang harum baunya iaitu pokok gaharu. Hal ini kerana pernah juga orang India pada masa silam yang memanggil Semenanjung Tanah Melayu sebagai negara gaharu.

Pada pandangan Van der Tuuk pula, perkataan Melayu bermaksud penyerang. Orang melayu dikatakan bertindak menyerang atau menukar agama asal mereka iaitu Hindu-Buddha kepada agama Islam. Seterusnya, sarjana yang bernama Hollander pula berpendapat bahawa makna Melayu bererti sebagai pengembara kerana beliau menegaskan bahawa orang Melayu suka mengembara atau menjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sumber Sejarah Melayu yang lebih dikenali sebagai ‘Sulalatus Salatin’ turut mengaitkan asal usul perkataan Melayu dengan nama sebatang sungai yang mempunyai aliran air yang deras iaitu Sungai Melayu. Ini dapat dibuktikan berdasarkan petikan daripada karya sejarah tersebut iaitu:
“....adapun Negeri Palembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya..."


oK r, aK rSe SaMpAi cNi Sje r KuPaSaN Ak MgEnAi aSaL uSuL & MkSd P'kAtAaN MELAYU nIe. aK hArAp bDaSaRkAn SeCebIs MaKlUmAt yG aK KoNgsIkAn iNi dPt M'bAnTu KoRg mNaMbAhKaN pGetAhUaN MgEnAi BaNgSa KiTa iAitU MELAYU. kLw dE KeKuRaNgAn aK MoHon MaAf & HaRaP Di TaMbAh.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...