Wednesday, May 11, 2011

PaNgLiMa AwAnG: pAhLaWaN MELAYU & mAnUsiA PeRtAmA yAnG MeNgELiLinGi DuNiA


SaLaM. SeDaNg aK dOk TeRmEnUnG Di KaTiL TiBe2 aK tErFiKiR sAtU iDeA yG SeSuAi uTk Di KoNgSi dLm BlOg NiE. KoRg TaW tAk SiApE MaNuSiA pErTaMa yG mEnGeLiLiNgi DuNiA? SuDaH tEnTu KoRg aKaN TeRfiKiR mEnGeNai Ferdinand Magellan yG tElaH Di AnGkAt oLeH bArAt sEbAgAi oRaNg pErtAmA yG mEngELiLinGi dUniA. MaNaKaLa Sepanyol PuLa tELaH mEnyAnJuNg Sebastian Del Cano kErAnA bERJaYa mELeNgKaPkAn EkSpEdiSi tErSeBuT. WaLaU BaGaiMaNaPun, SeLaiN dPd kEdUa2 oRg tOkOh bArAt NiE tErDaPaT sEoRaNg ToKoH MELAYU yG tUrUt SeRtA dLm EkSpEdiSi iNi. ToKoH tErsEbUt tIdAk LaiN & TiDaK bUkAn aDaLaH Panglima Awang aTaU Enrique (nama panggilannya yg diberikan oleh orang Sepanyol).

Menurut novel sejarah yang ditulis oleh Harun Aminurrashid yang bertajuk Panglima Awang (1958), Panglima Awang merupakan seorang pahlawan Melayu Melaka yang telah berjuang mempertahankan Melaka sewaktu Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511. Dalam novel tersebut Panglima Awang digambarkan sebagai seorang remaja lelaki yeng berusia sekitar 12-15 tahun.

Dalam novel ini menceritakan bahawa, sewaktu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 10 Julai 1511, Sultan Mahmud telah berundur ke Pagoh (Muar,Johor). Sewaktu kejatuhan Melaka, Panglima Awang dikatakan telah berjuang bagi mendapatkan kembali Melaka dengan menyerang kapal Portugis. Walau bagaimanapun, Panglima Awang telah ditawan oleh Portugis dan telah diserahkan kepada Magellan. Penangkapan Panglima Awang ini tidak berjaya meredakan keadaan kerana serangan terus berlaku sehingga mencemaskan Portugis yang ketika itu diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Bagi membunuh semangat juang orang Melayu Melaka ketika itu, Portugis telah mengambil keputusan untuk menghantar Panglima Awang ke Portugal dengan tujuan bagi mengurangkan pengaruhnya.

Penghantaran Panglima Awang ke Portugal telah menjadi titik permulaan bermulanya pengembaraan tokoh ini mengelilingi dunia. Sewaktu dalam perjalanan tersebut, Ferdinand Magellan telah mengangkat Panglima Awang daripada seorang tahanan kepada seorang hamba. Selain itu, nama Panglima Awang juga telah ditukarkan sebagai Enrique. Oleh kerana ketaatan dan tingkah lakunya yang sopan, Panglima Awang atau Enrique telah menjadi sahabat dan kelasi yang paling dipercayai oleh Magellan.

Setelah sampai di Portugal, Ferdinand Magellan telah difitnah oleh musuh-musuhnya dengan menyatakan bahawa Magellan berbaik-baik dengan musuh Kristian iaitu Islam sewaktu mereka berada di Afrika termasuk juga Panglima Awang. Hal ini menyebabkan Panglima Awang terpaksa mengikuti Magellan ke Sepanyol bagi menyelamatkan diri. Setibanya di Sepanyol, Magellan telah ditawarkan oleh Raja Sepanyol bagi mencari laluan baru ke Kepulauan Rempah dibawah tajaan Raja tersebut. Tawaran yang ditawarkan ini telah diterima oleh Magellan dan ianya telah menjadi titik tolak kepada pengembaraan pahlawan Melayu ini untuk mengelilingi dunia. Hal ini kerana, Panglima Awang atau Enrique secara tidak sengaja telah menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Magellan itu.

Menurut Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Shaiful Bahri Md. Radzi, Khazin Mohd. Tamrin dan Yahaya Abu Bakar, ekspedisi tersebut telah menggunakan laluan yang bertentangan menghala ke barat merentasi Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik dengan mengelilingi benua Amerikan Selatan. Hal ini kerana ekspedisi tersebut dijalankan di bawah kibaran bendera Sepanyol dan bukannya Portugis yang pada waktu itu telah menguasai laluan mengelilingi Tanjung Pengharapan. Setelah berbulan lamanya dan ramai dikalangan anak kapal mati akibat penyakit dan kebuluran akhirnya ekspedisi ini tiba di Pulau Cebu, Filipina. Sungguhpun demikian, Magellan telah terbunuh akibat dipancung oleh Si Lapu-Lapu sewaktu peperangan di Pulau Mactan bagi membantu Raja Hamabun mengalah Raja Mactan Si Lapu-Lapu. Kematian Magellan telah menyebabkan timbulnya konflik antara Panglima Awang dengan rakan pelayarnya yang lain. Hal ini telah menyebabkan Panglima Awang berpakat dengan Raja Cebu bagi menyerang dan menawan kapal-kapal Sepanyol (Rujuk Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Shaiful Bahri Md. Radzi, Khazin Mohd. Tamrin dan Yahaya Abu Bakar, 2009).

Kematian Magellan menyebabkannya tidak dapat melengkapkan laluan pelayaran antara Pulau Cebu dengan Melaka. Dari segi teknikalnya, Panglima Awang yang dibawa ke Eropah secara tidak langsung telah memulakan pelayarannya dari Melaka hingga ke Goa, India: Tanjung Pengharapan, Afrika dan terus ke Portugal. Dari Portugal, Panglima Awang kemudiannya ke Sepanyol mengikut Magellan yang belot dan dari situ belayar pula merentasi Lautan Atlantik dan Pasifik mengikuti ekspedisi ke Maluku sehingga sampai ke Filipina. Berdasarkan kepada novel Panglima Awang, jelas laluan yang tidak dilalui oleh Magellan ini telah dilalui oleh Panglima Awang untuk pulang ke Melaka melengkapkan pusingan 360 darjah menjadikannya manusia pertama mengelilingi dunia.

Ok r, SeTaKaT NiE SAjE r MaKLuMaT yG aK dPt KoNgsiKaN meNgeNai Panglima Awang yG mErUpAkAn SeOrAnG PaHLaWaN MELAYU Yg BeRaSaL dPd Melaka. NamUn DeMikiAn, TiMbuL sAtU pErsOaLaN Di BeNak FiKiRaN aK sAmA aDa wUjUdKaH sEoRaNg PaHLaWaN MeLaYu bErNaMa Panglima Awang aTaU Enrique yG tElAh bErJaYa mEnJaDi OrG pErtAmA mEnGeLiLiNgi DuNiA. So aK hArAp KoRg TgGu iSu yG AkAn aK HuRaiKaN mEngEnAi KeWuJuDaN PaHLaWaN Melayu iNi. KaLaU AdE KeKuRaNgaN hARaP Di TaMbAH.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...