Friday, May 13, 2011

13 Mei 1969: SeJaRaH HiTaM NeGaRa & kAiTaNnYa dGn iLmU kEbATiNaN MELAYU













BuKu BeRkEnAaN 13 Mei 1969


PaRaNg & SeLeMpAnG MeRaH

PeNyaPu BeSaR yG Di BaWa oLeH PeNyOkOnG GERAKAN SeWaKtU PeRaRaKan KeMeNaNgAn

MaYaT BeRgELiMpAnGaN sEwAkTu 13 Mei 1969




SaLaM. HaRi iNi aK iNgiN mEnYiNgKaP kEmBaLi PeRisTiWa HiTaM yG bErLaKu dLm sEjArAh nEgArA KitA iAiTu RuSuHaN kAuM yG BeRLaKu pAdA 13 Mei 1969. sO SiLa LaH bAcA dGn aTy yG TeNaNg.


Peristiwa 13 Mei 1969 masih segar diingatan setiap rakyat Malaysia walaupun ianya telah berlaku lebih kurang 42 tahun yang lalu. Apakah peristiwa 13 Mei 1969? Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku di Malaysia dan telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di dalam negara. Ianya telah berlaku pada tanggal 13 Mei 1969 dan telah melibatkan dua kaum majoriti di negara ini iaitu kaum Melayu dan Cina. Peristiwa yang sungguh menyayat hati ini telah mengorbankan banyak nyawa serta melibatkan banyak kemusnahan harta benda. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, angka rasmi kematian dan kemusnahan harta benda ialah:


Angka rasmi ini adalah berdasarkan buku yang bertajuk 13 Mei: Sebelum dan Selepas (Penulis: Tunku Abdul Rahman):


  • Mati: 196 orang
  • Cedera: 439 orang
  • Hilang: 39 orang
  • Ditahan: 9143 orang
  • Kemusnahan harta benda: 211 kenderaan musnah


Statistik tidak rasmi pula ialah:


  • Melayu: 86 orang
  • Cina: 342 orang
  • Lain-lain: 3 orang


Berdasarkan tesis Ph.D daripada Universiti California menganggarkan:


  • Kematian: 20, 000 orang


Walau bagaimanapun, jumlah kematian dan kemusnahan sebenar dalam peristiwa berdarah ini masih tidak dapat dipastikan. Hal ini kerana terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa terdapat banyak lori yang membawa mayat-mayat yang tidak sempurna untuk dihantar ke Balai Polis Jalan Travers. Selain itu, banyak bilik mayat di hospital-hospital berdekatan dengan kawasan rusuhan tidak dapat menampung jumlah mayat mangsa yang terkorban.


Apakah faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969? Terdapat banyak faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei ini. Antara faktor-faktor yang mencetuskan peristiwa rusuhan kaum ini ialah:


  • Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun (Masyarakat Cina dilayan dengan teruk)
  • Dasar Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu (Masyarakat Melayu ditindas)
  • Dasar pecah dan perintah oleh Inggeris
  • Latar belakang pendidikan yang berbeza
  • Pertelingkahan parti politik
  • Perasaan tidak puas hati terhadap Hak Istimewa Orang Melayu
  • Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi negara


Walau bagaimanapun, faktor utama yang mencetuskan tragedi 13 Mei 1969 ini adalah berikutan kemenangan besar parti pembangkang dalam keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Hal ini telah menyebabkan Parti Perikatan gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen, meskipun berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Selepas daripada kemenangan pilihanraya tersebut, pihak pembangkang bercadang untuk membuat perarakan kemenangan bagi meraikan kejayaan tersebut. Hal ini telah menyebabkan penduduk Melayu di Kampung Baru, Kuala Lumpur berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang tersebut. Dalam perarakan kemenangan tersebut, kaum Cina telah menghina kaum Melayu dengan melaungkan pelbagai slogan yang menghina kaum Melayu. Selain itu, mereka juga turut membuat penyapu besar dan mengikat pada kenderaan dengan tujuan sebagai simbol untuk menghalau atau menyingkir orang Melayu. Hal ini telah menyebabkan orang Melayu merasa tercabar. Oleh itu, orang Melayu telah bercadang untuk mengadakan perarakan balas dan telah berkumpul dirumah Menteri Besar Selangor pada waktu itu iaitu Dato’ Harun Idris di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sewaktu berkumpul orang Melayu telah membawa senjata seperti parang panjang dan pedang untuk berkumpul. Selain itu, penduduk Melayu yang berkumpul turut terdengar khabar angin mengenai seorang wanita mengandung mati dibunuh dengan menggunakan besi penggantung babi. Hal ini telah menyebabkan tercetusnya peristiwa bersejarah ini.


Sewaktu berlakunya rusuhan kaum ini, terdapat ramai saksi yang menyatakan bahawa mereka melihat berpuluh-puluh parang terbang memenggal kepala orang Cina. Hal ini telah menyebabkan mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu berasa gerun dan gentar. Tahukah kalian bagaimana parang tersebut terbang? Jawapannya ada pada bangsa Melayu itu sendiri. Ia adalah merupakan salah satu daripada ilmu kebatinan Melayu. Parang-parang terbang pada waktu itu adalah merupakan ilmu kebatinan yang diamalkan oleh tentera Selendang Merah atau Selempang Merah yang datang dari Batu Pahat dan Muar (Tentera Selendang atau Selempang Merah ini adalah tentera dibawah pimpinan Kiai Salleh yang menentang kekejaman komunis di Muar dan Batu Pahat sewaktu PKM mengganas di Tanah Melayu selepas penjajahan Jepun). Sebenarnya tentera-tentera selendang merah ini mengamalkan Ayat Empat dan memakai selempang merah. Selempang merah tersebut akan didoakan supaya mudah-mudahan si pemakai selempang merah tersebut mendapat perlindungan daripada Allah S.W.T. Secara zahirnya mungkin selempang merah yang dipakai oleh para pejuang tersebut hanya untuk menaikkan semangat mereka. Namun demikian kita tidak pasti rahsia disebalik pemakaian selempang merah ini. Wallahua’lam.


Ok R, sAmPai SiNi sAjA r mAkLumAt yG dPt aK kOnGSiKaN dGn KoRg. Ak HaRaP rAkYaT NeGaRa KiTe dPt BeLaJar dPd SeJaRaH aGaR PeRiStiWa SePeRti iNi TiDaK aKaN bErULaNg LaGi. SeBeNaRnYa bYk LaGi mAkLuMaT yG xDpT aK KoNgSiKaN. HaL iNi KeRaNa 13 Mei 1969 MeRuPaKan iSu SeNsiTiF yG mELiBaTkAn SeNtiMeN pErKaUmAn. So JiKa AdA mAkLuMat yG KuRaNg aTau SiLaP aK MoHoN mAaF & MiNtA DiPeRbAiKi.


4 comments:

  1. Terima kasih atas info, Tuan.

    Sila Like page Tanda Putera di:
    www.facebook.com/TandaPutera

    Sebuah filem yang turut memaparkan peristiwa 13 Mei. Anak-anak muda harus tahu siapakah DAP.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Hidup selendeng merah!!ada orang yang tak percaya..yelah tak masuk akal kan..tapi harus je bagi Allah nak buat seseorang tu jadi kebal atau tak.Semua tu atas keyakinan dan tawakal kepada Allah,kalau dia yakin Allah tak izin peluru tak tembusi bdan dia,boleh jadi Allah izinkan diri dia jadi kebal.Pahlawan2 melayu yang terdahulu tawakalnya kepada Allah kuat kerana ketauhidannya kepada Allah tinggi.Yelah..dulu kan sultan2 bertaraf wali..nak tengok rakyat tengok pemimpinya..kan?

    ReplyDelete
  3. Membaca semula sejarah Tanah Melayu yang ketika ini dicabar oleh pemimpin Melayu yang menyokong cina komunis.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...