Friday, May 27, 2011

KOTA A FAMOSA: LAMBANG PENENTANGAN PAHLAWAN MELAYU MELAKA





SaLaM. HaRi iNi aKu iNgiN BeRkOnGsi SeRbA sEdiKit dEnGaN KaLiAn MeNgEnAi SiMbOliKnYa KOTA A FAMOSA yG TeLaH DiBiNa OLeH PORTUGIS SeLePaS BeRjAyA MeNaWaN kOtA MELAKA pAdA TaHuN 1511.



TINGGALAN PINTU GERBANG A FAMOSA DI BANDAR HILIR MELAKA

Tahun ini genap 500 tahun peristiwa Portugis menakluk empayar Kesultanan Melayu Melaka. Suatu peristiwa yang harus dikenang dan jangan sekali dilupakan oleh rakyat Malaysia. Malahan peristiwa ini wajar dikaji dan direnung bagi menanamkan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia kini. Keruntuhan empayar Melayu yang begitu gah di mata dunia ini turut menyimpan 1001 cerita dan pengajaran.

Catatan sejarah menyatakan bahawa Portugis dibawah pimpinan Alfonso de Albuquerque telah menyerang Melaka pada bulan Julai 1511 dan berjaya menawannya pada bulan Ogos 1511. Bayangkan bagaimana empayar yang begitu gah dan besar ini dapat ditumpaskan oleh Portugis dalam masa yang begitu singkat sekali iaitu tidak sampai satu bulan. Namun demikian, kekalahan yang singkat kerajaan Melayu Melaka ini tidak perlu dihairankan lagi. Kekalahan empayar agung di Alam Melayu ini bukanlah disebabkan oleh kekuatan ketenteraan Portugis, tetapi disebabkan pembelotan dan kelalaian penduduk Melaka itu sendiri. Beginilah resmi dunia, setiap makhluk yang berada dikemuncak hidupnya lama kelamaan akan jatuh juga. Begitulah juga dengan nasib empayar Melayu Melaka yang telah mencapai kemuncak kegemilangannya dan akhirnya jatuh rebah di tangan kuasa asing.

Walau bagaimanapun, kekalahan dan pengunduran Sultan dan pahlawan Melaka pada waktu itu bukan melambangkan nenek moyang kita lemah atau penakut. Tetapi harus kita ingat di sini, berundur bukan beerti takut dan mara bukan beerti berani. Begitu juga dengan pahlawan Melayu Melaka pada waktu itu. Mereka berundur bukan kerana takut akan Portugis atau kematian, tetapi pengunduran tersebut adalah bertujuan untuk merangka strategi baru bagi mendapatkan kembali tanah air yang amat dicintai ini. Hal ini terbukti setelah tewasnya Melaka pada tahun 1511, pahlawan Melayu Melaka tetap bangkit bagi mendapatkan kembali bumi Melaka daripada tangan penjajah. Pahlawan Melaka pada waktu itu kerap melakukan serangan sehingga menjadikan mereka buruan tentera penjajah tersebut.

Penentangan yang begitu dasyat daripada pahlawan Melayu Melaka pada waktu itu telah memaksa Portugis membina kota pertahanan sejurus menawan bandar Melaka. Bayangkan betapa hebatnya penentangan yang dilakukan oleh pahlawan Melaka pada waktu itu sehingga memaksa Portugis membina kota pertahanan yang sangat kukuh. Hal ini terbukti apabila Alfonso de Albuqurque telah mengarahkan pembinaan kubu utama yang digelar A FAMOSA atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malacca). Kekuatan dan kekukuhan kota tersebut dapat dibuktikan apabila temboknya dibina setebal 2.4 meter sehingga 4.5 meter dan dilengkapi dengan 70 meriam di semua arah. Begitulah kukuhnya kota A FAMOSA yang dibina dengan tujuan untuk menghadapi tentangan daripada pahlawan Melayu Melaka. Harus direnungkan di sini, Melaka mungkin tewas tetapi pahlawan Melayu Melaka terus bangkit menentang penjajah. Dalam perkara ini dapat dilihat bahawa semangat dan ilmu kepahlawanan Melayu tidak pernah hilang sungguhpun tanah airnya telah ditakluk. Mungkin inilah maksud tersirat yang terdapat dalam kata-kata Laksamana Hang Tuah iaitu "TIDAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA".

SeKiAn. JiKa AdA KeKuRaNgAn HaRaP DiMaAfKaN & DiPeRbAiKi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...