Kalian pernah terdengar tentang kayu kokka? Sudah tentu bagi mereka yang minat mengumpul batu dan kayu untuk dijadikan cincin atau sebagainya cukup kenal dengan kayu ini. Menurut peniaga batu cincin atau peniaga tasbih kokka, kayu ini mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun terdapat penipuan dikalangan peniaga yang menjual kayu kokka yang palsu yang diperbuat daripada biji buah aren. Oleh itu, terdapat peniaga kayu kokka yang menyatakan bahawa untuk mengenalpasti keaslian kayu kokka ialah pada baunya yang agak harum berbanding kayu kokka palsu yang tiada bau. Tapi benarkah kayu tersebut mempunyai kelebihannya yang tersendiri??? JOM SAKSIKAN!!!
KELEBIHAN DAN KHASIAT KAYU KOKKA YANG SELALU DIPERKATAKAN
- Dikatakan kayu kokka merupakan kayu yang paling bermutu di muka bumi
- Telah digunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh a.s., tongkat Nabi Musa a.s. dan juga tongkat Nabi Syuaib a.s.
- Rumah yang ada menyimpan kayu kokka adalah aman dari gangguan dan ancaman dari pelbagai jenis makhluk.
- Jika anak kerap menangis dan tidak dapat tidur, letakkan dibawah bantal atau rendam di dalam air.
- Berupaya menyembuhkan pelbagai penyakit seperti sakit gigi, demam, sakit kuning, sakit kerongkong dan sebagainya jika direndamkan ke dalam air suam kemudian gunakan air tersebut untuk berkumur atau di minum.
- Jika sakit kepala, sakit urat atau otot. Ambil kayu kokka dan gosok-gosokkan ditempat yang sakit.
- Air rendamannya boleh digunakan untuk menjadi penawar santau dan racun serta boleh mengubati penyakit batuu karang.
- Mampu menghindarkan diri dari bintang buas dan berbisa jika dipakai pada anggota badan.
- Mampu meredakan gigitan haiwan berbisa jika diletakkan dibahagian yang terkena gigitan.
- Boleh menghindarkan pemakainya daripada sihir, gangguan makhluk halus atau kerasukan.
- Ular tedung akan patah tulangnya jika diletakkan berhampiran kayu kokka.
GAMBAR KAYU KOKKA DAN POKOKNYA
Inilah sebahagian daripada kelebihan dan khasiat kayu kokka yang biasa kita dengar. Tetapi benarkah dakwaan mereka tentang khasiat dan kelebihan kayu tersebut. Wallahu' alam. Pada pandangan aku pula, setiap benda yang diciptakan oleh Allah S.W.T pasti ada kegunaan dan manfaatnya. Contohnya, akar Tongkat Ali, kayu Tas, kacip Fatimah yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Oleh itu, aku tidak akan menyangkal dakwaan mengenai kelebihan dan khasiat yang dikatakan oleh sesetengah pihak terhadap kayu kokka ini. Walau bagaimanapun, seseorang individu sepatutnya tidak terlalu taksub akan kelebihan dan khasiat sesuatu benda seperti kayu kokka. Walaupun ia dikatakan mempunyai khasiat namun harus diingat bahawa ianya diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika ianya diizinkan olehNya sahaja barulah sesuatu benda itu mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri. Perkara yang paling aku musykil benarkah bahtera Nabi Nuh a.s. dan tongkat Nabi Musa a.s. serta Nabi Syuaib a.s. menggunakan kayu kokka. Adakah perkara ini telah dinyatakan di dalam al-Quran? Jika ada minta kerjasama untuk berkongsi pengetahuan. Kesimpulannya, jangan terlalu taksub dengan sesuatu benda walaupun telah disahihkan kebenarannya kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kerosakan akidah dan mensyirikkan Allah S.W.T. Salah dan silap harap dimaafkan dan diperbaiki. Sekian
bagus .... untuk menambah wawasan masyarakat kita
ReplyDeleteSaya dan keluarga memulangkan kepunyaan tuan yang ada pada kami
ReplyDeleteApe benda tu ye??
Delete