Friday, February 3, 2012

PLESIOSAUR @ NESSIE @ MONSTER LOCH NESS WUJUD ATAU TIDAK???





BENARKAH DINOSAUR HIDUP SEHINGGA KINI??? Kalian pernah dengar cerita misteri di tasik Loch Ness, Scotland. Dikatakan di tasik tersebut pernah muncul beberapa kali makhluk berleher panjang yang dikenali sebagai NESSIE atau nama saintifiknya PLESIOSAUR. Pelbagai gambar mengenai kemunculan makhluk ini di tasik Loch Ness namun sehingga kini tidak dapat disahkan tentang kebenaran dakwaan tersebut. Benarkah NESSIE wujud atau ianya adalah salah satu helah untuk menarik minat orang ramai agar berkunjung ke tasik tersebut. JOM SAKSIKAN!!! (KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN)


FOSIL PLESIOSAUR @ NESSIE


GAMBARAN PELUKIS MENGENAI RUPABENTUK PLESIOSAUR @ NESSIE


LAKARAN ANATOMI PLESIOSAUR @ NESSIE

GAMBAR PLESIOSAUR @ NESSIE DI TASIK LOCH NESS, SCOTLAND???



TASIK LOCH NESS, SCOTLAND


GAMBAR NESSIE PADA TAHUN 1934 YANG DI RAKAMKAN OLEH DR. ROBERT KENNETH WILSON. NAMUN PADA TAHUN 1994 IANYA DIKATAKAN SEBUAH PENIPUAN YANG MENGGUNAKAN KAPAL SELAM MAINAN.


GAMBAR TAHUN 1955 YANG DI RAKAMKAN OLEH SEORANG PENGURUS BANK BERNAMA MR McNABB MENUNJUKKAN SESUATU TIMBUL BERDEKATAN CASTLE URQUHART. NAMUN TIDAK DAPAT DIPASTIKAN SAMA IANYA NESSIE ATAU SEBALIKNYA.

GAMBAR PADA 7 OGOS 1972 YANG DI RAKAM OLEH AMERICAN ACADEMY OF APLLIED SCIENCE DI DALAM TASIK LOCH NESS. KAJIAN YANG DI JALANKAN OLEH DR. ROBERT RINES YANG MENGGUNAKAN GELOMBANG SONAR DAN KAMERA AUTOMATIK TELAH BERJAYA MERAKAM SIRIP SEEKOR MAKHLUK MISTERI. APA YANG MEMERANJATKAN, SIRIP TERSEBUT DIKATAKAN SEPANJANG 6 KAKI.


GAMBAR PADA TAHUN 1975 YANG TURUT BERJAYA DI RAKAM OLEH KAMERA GELOMBANG SONAR PIHAK DR. ROBERT RINES. GAMBAR KABUR YANG DIRAKAM DI DALAM TASIK LOCH NESS ADALAH SEAKAN-AKAN RUPA PLESIOSAUR @ NESSIE.

GAMBAR TAHUN 2009 YANG DIRAKAMKAN OLEH SEPASANG KEKASIH YANG SEDANG BERCUTI DI TASIK LOCH NESS. PASANGAN INI YANG DIKENALI SEBAGAI IAN MONCKTON DAN TRACEY BERJAYA MERAKAMKAN GAMBAR INI APABILA TERDENGAR BUNYI PERCIKAN AIR YANG KUAT DARI TASIK LOCH NESS. GAMBAR ANEH YANG DIRAKAMKAN INI ADALAH SEPERTI BADAN SEEKOR MAKHLUK YANG SEAKAN-AKAN NESSIE. WALAU BAGAIMANAPUN, KEADAAN GAMBAR YANG TIDAK CUKUP JELAS MUNGKIN BOLEH DITAFSIRKAN SEBAGAI SESUATU OBJEK SEPERTI PERMUKAAN KAYU, BATU DAN SEBAGAINYA.

GAMBAR YANG DIRAKAM OLEH SATELIT DI TASIK LOCH NESS YANG MENUNJUKKAN SUATU OBJEK SEDANG BERENANG DIPERMUKAAN TASIK TERSEBUT. NAMUN TIDAK DISAHKAN KESAHIHAN GAMBAR INI.


BANGKAI NESSIE DI PERAIRAN NEW ZEALAND???



GAMBAR YANG DIRAKAMKAN PADA 25 APRIL 1977 MENUNJUKKAN GAMBAR MAKHLUK ANEH YANG SANGAT BESAR SEBERAT 4000 PAUN. BANGKAI TERSEBUT TELAH TERSANGKUT DI DALAM PUKAT PADA KEDALAM 300 METER DI PERAIRAN CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND. BANGKAI YANG DITEMUI OLEH KAPAL NELAYAN ZUIYO-MARU COMPANY LTD TAIYO INI ADALAH SEAKAN SEEKOR PENYU GERGASI YANG TELAH TERCABUT BAHAGIAN CENGKERANGNYA. NAMUN TERDAPAT SESETENGAH PIHAK YANG MENDAKWANYA SEBAGAI NESSIE BERDASARKAN RUPABENTUKNYA. WALAU BAGAIMANAPUN, HASIL KAJIAN YANG DILAKUKAN MENDAPATI TISU BANGKAI TERSEBUT DIMILIKI OLEH JERUNG ATAU PAUS.



PLESIOSAUR @ NESSIE DI SAKHALIN RUSSIA!!!








Bangkai aneh yang besar ini telah ditemui oleh sekumpulan tentera Russia yang melakukan rutin rondaan harian mereka di sepanjang pesisir pantai Sakhalin, Russia. Penemuan bangkai tersebut telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan mengenai spesies yang memilikinya. Jika dilihat pada gigi dan tulangnya ia bukanlah seekor ikan dan jika dilihat pada tengkorak ia dikatakan seakan tengkorak paus beluga. Tetapi dibahagian ekor bangkai ini adalah seperti ekor buaya. Oleh itu, ramai pihak mengandaikan bangkai sepanjang hampir tujuh meter ini mungkin dari spesies PLESIOSAUR @ NESSIE atau mungkin ianya raksasa dari zaman prasejarah. Walau bagaimanapun, bangkai ini terus menjadi misteri setelah ianya diambil oleh pihak "Special Service" Russia untuk diujikaji. Keputusan ujikaji ini terus dirahsiakan oleh pihak berkuasa Russia sehingga hari ini. Benarkah ia adalah NESSIE??? Wallahu'alam.



PAUS BELUGA DAN TENGKORAKNYA

Sehingga kini kewujudan NESSIE di tasik Loch Ness terus menjadi misteri. Kesimpulannya, tidak mustahil untuk makhluk prasejarah seperti NESSIE muncul pada hari ini. Hal ini kerana ianya adalah kuasa dan ketentuan daripada Allah S.W.T. Walau bagaimanapun, jangan terlalu taksub dengan sesuatu perkara yang diragui agar tidak terpesong akidah. Salah dan silap harap perbaiki. Sekian.


No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...