Thursday, March 1, 2012

SURAH AL IKHLAS TERTULIS DI SAYAP PARA MALAIKAT







Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika baginda (Rasulullah SAW) mikraj ke langit, maka baginda telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat 12,000 padang sahara dan keluasan setiap satu padang sahara itu adalah seluas dari timur hingga barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Setelah mereka (malaikat) selesai membaca surah tersebut maka mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."

Apabila para sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah SAW maka mereka berasa sangat kagum.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?" Berkata para sahabat: "Ya, kami sungguh kagum Ya Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya "Qul huwallahu ahadun" itu tertulis di sayap malaikat Jibril a.s., "Allahush Shamad" itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s., "Lamyalid walam yuulad" tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s., "Walam yakun lahu kufuwan ahadun" tertulis pada sayap Israfil a.s. Oleh itu, barangsiapa dari umatku yang membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberi pahala membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran yang agung."

Setelah Rasulullah SAW berkata sedemikian maka baginda bersabda lagi: "Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?" Maka berkata para sahabat: "Ya Rasulullah SAW, kami semua kagum."

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sungguh "Qul huwallahu ahadun" itu tertulis di dahi Abu Bakar As-Siddiq, "Allahush shamad" itu tertulis di dahi Umar Al Faaruq, "Lam yalid walam yuulad" itu tertulis di dahi Ustman Dzan Nuuraini dan "Walam yakun lahu kufuwan ahadun" itu tertulis di dahi Ali Assakhiyyi. Oleh itu, barangsiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas maka dia diberi oleh Allah SWT pahala Abu Bakar, Umar, Ustman dan Ali r.a." (Hayatun Quluubi)

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...