Wednesday, February 1, 2012

MITOS ANGKA 13 PEMBAWA SIAL





ANGKA 13 PEMBAWA SIAL???




Pernahkah kalian mendengar tentang ungkapan yang menyatakan bahawa angka 13 pembawa sial atau berpuaka??? Sudah tentu terdapat ramai daripada kalian acap kali didendangkan dengan ungkapan sebegitu. Tapi benarkah angka 13 tersebut pembawa sial??? Kenapa angka 13 dilabelkan sebegitu???

BUKTI KEPERCAYAAN BAHAWA ANGKA 13 PEMBAWA SIAL

Bangunan tinggi di Amerika Syarikat atau Perancis tidak mempunyai tingkat 13

Lif di Amerika Syarikat tiada nombor 13

Tiada hotel di Amerika Syarikat mempunyai bilik bernombor 13

Tiada jalan di Amerika Syarikat yang menggunakan nama 13th street

Kapal terbang di Amerika Syarikat juga dikatakan tidak mempunyai tempat duduk nombor 13

Sesetengah restoran besar akan meletakkan kucing sebagai orang ke 14 sekiranya pelanggan mereka hanya 13 orang

Di Chin
a sememangnya menolak nombor 13 & 14. Kebiasaannya pemaju akan mengelak untuk menggunakan kedua-dua nombor ini. Hal ini kerana mereka percaya kedua-dua nombor ini membawa sial

Bagaimana kepercayaan ini timbul???

Mitos ini dipercayai berpunca dari peganga
n Dewan Tertinggi Sihir Firaun yang kemudiannya diteruskan oleh tukang sihir, penyamun, peramal, paranormal dan kemudiannya digunapakai oleh zionis atau yahudi sehingga digunapakai dalam gerakan politik seperti pertubuhan Freemason. Kepercayaan kepada angka 13 ini adalah dikenali sebagai Kabbalah.

Orang Yahudi sangat berpegang kuat kepada ajaran Kabbalah dan di Perancis ianya telah dibukukan. Golongan Kabbalis amat percaya bahawa angka
11, 13 dan 666 merupakan satu angka suci yang mempunyai kekuatan mistik. Ketaksuban golongan Kabbalis terhadap angka 13 dapat dilihat dalam pelbagai simbol yang mempunyai pengaruh Kabbalah.

CONTOH SIMBOL KABBALAH YANG DISISIPKAN ANGKA 13


SETIAP SIMBOL DAUN TERUP MEMPUNYAI 13 KEPING


ANGKA 13 DALAM BENDERA AMERIKA SYARIKAT (THE SEAL OF UNITED STATES OF AMERICA)

13 BINTANG DI ATAS KEPALA BURUNG HELANG YANG MEMBENTUK BINTANG DAVID

13 GARISAN PADA PERISAI

13 DAUN ZAITUN PADA KAKI HELANG

13 BIJI BUAH ZAITUN DI CELAH DAUNNYA

13 ANAK PANAH


13 HURUF YANG MEMBENTUK E PLURIBUS UNMUM



LOGO McDONALD SEAKAN ANGKA 13 JIKA DITEGAKKAN


LOGO SYARIKAT ARBYSS YANG SEAKAN ANGKA 13

Walau bagaimanapun, angka 13 dianggap pembawa sial apabila ia digunakan dalam pelbagai ritual mistik. Selain itu simbol Baphomet atau kepala kambing yang biasa digunakan oleh penganut Satanisme juga turut dihiasi angka 13. Inilah sebabnya angka 13 dianggap pembawa sial kerana ianya menjadi komponen utama ilmu hitam.

CONTOH SIMBOL BAPHOMET

Di samping itu, kepercayaan angka 13 sebagai pembawa sial sebenarnya turut timbul dari kepercayaan orang Kristian kerana Judas Iskariot yang merupakan anak murid yang mengkhianati Jesus/Isa a.s. menduduki tangga 13 dan angka ini melebihi kekuatan puncak iaitu nombor 12.

SEBAB ORANG KRISTIAN MENGANGGAP ANGKA 12 ADALAH KEKUATAN PUNCAK/TERTINGGI

Murid Jesus/Isa a.s. ialah 12 orang

Suku bangsa Israel adalah sebanyak 12 puak

Siang dan malam adalah 12 jam

Putaran bulan dalam setahun ialah 12

Dewa Olympus juga seramai 12 orang


PEMBUNUH SADIS DALAM SEJARAH JUGA MEMPUNYAI 13 HURUF PADA NAMANYA!!!

JACK THE RIPPER

CHARLES MANSON


ALBERTO DE SALVO


Jadi jelaslah disini bahawa angka 13 telah menjadi suatu kepercayaan kepada sebilangan besar umat manusia di dunia khususnya di Barat. Oleh itu, kita sebagai umat Islam janganlah terpesong dengan kepercayaan sebegini yang sudah semestinya mampu merosakkan akidah. INGAT!!! DALAM ISLAM TIADA YANG LEBIH BERKUASA MELAINKAN ALLAH S.W.T. Salah & silap harap diperbaiki. Sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...