TENTERA SELENDANG MERAH??? Rasanya tak perlu di war-warkan lagi tentang gerakan ini. Sebelum ini, blog ini telah beberapa kali memaparkan tentang gerakan ini. Walau bagaimanapun, entry kali ini kalian akan di dedahkan pula dengan gambaran Tentera Selendang Merah sewaktu peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada tanggal 13 Mei 1969. Gambaran-gambaran mengenai tentera Selendang Merah ini diperolehi daripada wawancara yang dijalankan terhadap saksi-saksi mata yang menyaksikan peristiwa berdarah tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, Peristiwa 13 Mei menyaksikan pergaduhan antara dua kaum majoriti di Malaysia iaitu Melayu dan Cina. Sewaktu peristiwa rusuhan berlaku, orang-orang Melayu telah menggunakan pelbagai jenis senjata termasuk parang panjang, buluh runcing, besi dan sebagainya. Khabar mengenai rusuhan kaum yang mula tercetus di Kuala Lumpur pada waktu itu telah menjadi khabar angin yang hangat disebarkan ke seluruh negara. Khabar angin yang tersebar dengan cepat telah membangkitkan semangat perkauman di seluruh negara. Justeru, atas dasar jihad untuk mempertahankan agama dan bangsa, maka tentera Selendang Merah yang terkenal di Muar dan Batu Pahat telah turut serta dalam rusuhan tersebut. Kehandalan Tentera Selendang Merah pada waktu itu jelas dilihat apabila kemunculan parang-parang terbang yang memancung kepala kaum Cina yang terlibat dalam rusuhan tersebut. Walau bagaimanapun, entry kali ini penulis tidak berniat untuk mengulas panjang berkenaan perkara tersebut. Isu utama dalam entry kali ini ialah gambaran tentera-tentera Selendang Merah sewaktu peristiwa tersebut. Adakah mereka memakai selempang atau selendang berwarna merah???
Berdasarkan gambaran yang dibuat oleh beberapa saksi mata, tentera selendang merah digambarkan dalam banyak versi. Antara gambaran yang jelas dilihat ialah berdasarkan keterangan catatan yang diberikan oleh Aishah Haji Abdul Ghani (Tan Sri) yang menyaksikan sendiri peristiwa rusuhan tersebut. Menurut Tan Sri Aishah, ketika beliau memandu kereta yang bernombor BJ 863 iaitu dalam perjalanan pulang dari Gombak ke Kampung Baharu, beliau telah menyaksikan beratus-ratus pemuda Melayu membawa parang, lembing dan kapak berarak menuju ke sebuah kilang di Setapak sambil melaungkan kata-kata "ORANG MELAYU SUDAH CUKUP SABAR, MEREKA INI PERLU DIAJAR". Berdasarkan keterangan Tan Sri Aishah, rumah beliau telah dijadikan tempat orang ramai mendapatkan perlindungan ekoran tersekat di tengah jalan akibat peristiwa tersebut. Selain itu, Tan Sri Aishah turut mnceritakan tentang pengalamannya melihat seorang pemuda Cina yang lari lintang pukang dengan hanya berkaki ayam masuk ke rumahnya demi mendapatkan perlindungan. Kedatangan pemuda Cina ke rumahnya telah membawa kepada kemunculan beberapa orang yang tidak dikenali yang bersenjatakan parang panjang. Pemuda-pemuda ini digambarkan bersenjatakan parang panjang, berseluar hitam dan tidak berbaju. Adakah ini tentera Selendang Merah??? Selain itu, pada jam 11 malam 13 Mei 1969, Tan Sri Aishah turut menggambarkan tentang sekumpulan pemuda Melayu di kawasan Masjid Kampung Baharu. Para pemuda Melayu tersebut digambarkan dalam keadaan tidak berbaju dan hanya memakai seluar serta kain lilin kepala berwarna hitam. Pemuda-pemuda Melayu ini membawa parang panjang dan badan mereka berkilat seolah-olah disapu minyak. Adakah ini tentera Selendang Merah???
Gambaran mengenai tentera Selendang Merah juga jelas ditonjolkan oleh Datuk Radzi Sheikh Ahmad (Setiausaha Agung UMNO). Sewaktu peristiwa 13 Mei, Datuk Radzi dan isteri serta anaknya telah menyaksikan sendiri peristiwa tersebut di panggung Federal. Disebabkan peristiwa pembunuhan di panggung tersebut beliau telah terkandas perjalanan untuk pulang ke rumah. Justeru beliau telah berlindung di kelab malam dan menyewa hotel yang berhampiran dengan lokasi pergaduhan tersebut. Sewaktu berjalan dari kelab malam ke hotel, Datuk Radzi telah melihat puluhan lelaki berlilit kepala dengan kain berwarna merah sedang berkawal di sepanjang kaki lima bangunan kedai di kawasan tersebut. Adakah ini tentera Selendang Merah???
Pakaian Perang Selendang Merah???
Selain daripada tokoh-tokoh di atas, Encik Mat Aini dan Tuan Haji Paris Saleh turut memberi gambaran tentang tentera Selendang Merah ini. Encik Mat Aini telah menceritakan pengalamannya sewaktu peristiwa 13 Mei di mana sebelum peristiwa tersebut, beliau telah bergegas ke pekan Sungai Besi untuk membeli barang keperluan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Di dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di Kampung Selamat, beliau telah menyaksikan penduduk kampungnya telah mula berkumpul di surau dan ada di kalangan mereka yang melilitkan kain berwarna merah di kepala. Adakah ini tentera Selendang Merah??? Manakala Tuan Haji Paris pada pukul 6.45 petang 13 Mei telah pergi ke sebuah kedai Cina di pekan Sungai Besi untuk membeli barangan dapur. Sewaktu beliau berada di pekan tersebut, suasana telah menjadi kelam-kabut setelah orang ramai mendengar bunyi semboyan dari kem tentera Sungai Besi. Menurut beliau, bunyi semboyan tersebut adalah menanda rusuhan telah berlaku dan pada waktu itu banyak kedai-kedai telah ditutup secara serta merta. Serentak dengan itu, beliau telah menyaksikan banyak kenderaan berat tentera bergerak meninggalkan kem menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, Tuan Haji Paris telah dinasihatkan oleh anggota tentera dan polis yang berkawal supaya pulang ke rumah. Semasa pulang ke rumahnya di Kampung Batu Tujuh, Tuan Haji Paris menyatakan bahawa suasana di kampung amat sunyi, tetapi kelihatan beberapa penduduk kampung berkawal di sekitar surau. Tambahnya lagi, terdapat beberapa orang yang memakai lilitan merah di kepala di dalam kumpulan penduduk kampung yang sedang berkawal itu. Tuan Haji Paris menyatakan bahawa lilitan merah tersebut merupakan suatu simbol terkenal yang digunakan oleh orang Melayu ketika tragedi 13 Mei. Adakah ini yang dikatakan sebagai tentera Selendang Merah???
Macam Jai KL Gangster???
Berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi mata tersebut, penulis berharap agar kalian menilai sendiri sama ada benar atau tidak gambaran mengenai tentera Selendang Merah ini. Sumber : Abdul Rahman Ibrahim, 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Sekian.
aku dah lahir mse ni..aku kenal pkcik mat aini tu
ReplyDeleteaku lahir kat kg selamat nih..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMelayu benci peperangan.... Tetapi klu dah kaduk Naik junjung... Bagi betis nak peha... Melayu akan Naik angin lah... Aku anak Kampung Baru tahu Dan dpt saksikan peristiwa 13 mei semasa usia remaja ku...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteImam al-Zahabi berkata: “Sumpah palsu (ghamus) adalah sumpah yang dilakukan oleh seseorang yang sengaja berdusta dalam sumpahnya. Disebut ghamus (menjerumuskan) kerana sumpah ini menjerumuskan orang yang bersumpah itu ke dalam dosa. Ada yang menyebut, menjerumuskannya ke dalam api neraka. (Lihat al-Kaba’ir, hlm. 102)
DeleteDi dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah disebut: Sumpah palsu adalah haram dan ia termasuk dalam dosa besar tanpa ada perselisihan ulama’. Ini kerana perbuatan tersebut merupakan tindakan yang sangat biadab terhadap Allah SWT. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 7/286)
Melayu benci peperangan.... Tetapi klu dah kaduk Naik junjung... Bagi betis nak peha... Melayu akan Naik angin lah... Aku anak Kampung Baru tahu Dan dpt saksikan peristiwa 13 mei semasa usia remaja ku...
ReplyDeleteMelayu benci peperangan.... Tetapi klu dah kaduk Naik junjung... Bagi betis nak peha... Melayu akan Naik angin lah... Aku anak Kampung Baru tahu Dan dpt saksikan peristiwa 13 mei semasa usia remaja ku...
ReplyDeleteCeritakan lah siapa yang hebat
DeleteAku lahir selepas T.Melayu merdeka.. Tapi aku pasti akan kehebatan kaum2 ku.. berdasarkan sejarah2 yang ku cari " ZAMAN SEKARANG ORANG KITA MEMPERLEKEHKAN SEJARAH BANGSANYA SENDIRI " di mana telinga aku yang memdengar. Sakit amat2 sangat hati ku bile memdengar sedemikian dari bangsa ku sendiri.. TECHNOLOGY telah melemahkan KEYAKINAN & KEPERCAYAAN pada warisan orang2 terdahulu.. tolong ingatkan KAMI tentang ORANG2 TERDAHULU kami..
ReplyDeleteAku lahir selepas T.Melayu merdeka.. Tapi aku pasti akan kehebatan kaum2 ku.. berdasarkan sejarah2 yang ku cari " ZAMAN SEKARANG ORANG KITA MEMPERLEKEHKAN SEJARAH BANGSANYA SENDIRI " di mana telinga aku yang memdengar. Sakit amat2 sangat hati ku bile memdengar sedemikian dari bangsa ku sendiri.. TECHNOLOGY telah melemahkan KEYAKINAN & KEPERCAYAAN pada warisan orang2 terdahulu.. tolong ingatkan KAMI tentang ORANG2 TERDAHULU kami..
ReplyDeleteTerbaik bro masih ada semangat perjuangan krn melayu skg sudah lemah..
Deleteta mim...takkan melayu hilang di dunia
ReplyDeletebani tamim
ReplyDeletebani tamim
ReplyDeleteSelendang merah Dan memakai lilitan kain merah dikepala adalah dua perkara yg berbedza.....
ReplyDeleteSaLaM...ok sume kite EnjoyNrelax. Kanton agy syok layan..DrgoonBall 4biji sume..forever for life..#Matju KuAt Salassaa !!
ReplyDeleteBabi!!
Delete