Sunday, March 25, 2012

BERANI BIAR KENA PADA TEMPATNYA




.

"BERANI" satu perkataan yang agak subjektif untuk dibicarakan. Semua orang boleh mengatakan bahawa dirinya adalah seorang yang BERANI. Tetapi benarkah dirinya BERANI??? Benarkah kita seorang yang BERANI??? BERANI jika hanya pada perkataan, semua orang mampu mengatakan bahawa dirinya seorang yang berani. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa sememangnya ramai orang yang BERANI. Tetapi BERANI bagaimana??? CONTOH!!!

  • SITUASI 1: BERANI BERGADUH DENGAN ORANG LEBIH BESAR DARIPADA DIRINYA (TAPI ILMU DI DADA KOSONG)
  • SITUASI 2: BERANI BERGADUH (TAPI PANGGIL GENG RAMAI2 UTK PUKUL SEORANG MUSUH)
  • SITUASI 3: BERANI BERPERANG (TAPI MENYERANG DENGAN MEMBABI BUTA KEMUDIAN MENINGGALKAN DUNIA)
  • SITUASI 4: BERCAKAP DALAM TELEFON MELETUP2 (TAPI BILA HENDAK BERGADUH MENYOROK BELAKANG PASU BUNGA)
  • SITUASI 5: PANTANG DI CABAR (TAPI TAK UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI)
Ini contoh BERANI yang tidak kena pada tempatnya. Konon ikut pantang orang MELAYU dahulu iaitu "PANTANG ANAK MELAYU DICABAR". Tapi bila bergaduh, teruk kena pukul. Lebih sadis lagi, lebam biji mata. Orang MELAYU dahulukala pantang dicabar bila kena pada tempatnya. Berfikir dahulu baru bertindak. Ilmu penuh di dada dan sesuai pada kemampuannya baru di sahut cabaran tersebut. Itu baru dikatakan BERANI PADA TEMPATNYA. Kalau kalian tidak percaya, cuba lihat dalam buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin atau Hikayat Hang Tuah. Bagaimana orang MELAYU dahulu menggunakan akal untuk menumpaskan musuhnya yang jauh lebih besar dan kuat.

Tidak semestinya yang bertubuh besar itu kuat dan berbadan kecil itu lemah. Sekuat mana pon seseorang itu sudah tentu ada kelemahannya. Jadi walau sekuat mana pon kita, sebesar mana pon kita janganlah meninggi diri. Amalkan resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Jangan jadi Anjing menyalak bukit atau Ayam jantan berkokok di reban sendiri. Jadi fikir dahulu sebelum bertindak. Berani jangan membabi buta. Itulah baru BERANI PADA TEMPATNYA. Tidak semestinya yang berundur itu PENAKUT, BACUL serta PENGECUT dan tidak semestinya yang menyerang secara membabi buta itu BERANI. Itu BACUL namanya. BACUL kerana takut diperlekehkan tetapi kalah dalam pertempuran. Berundur bukan untuk mengalah tapi berundur untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada lawan kita. Barulah itu dinamakan BERANI.

CONTOHI IMAM SYAFIEE!!!

"Berkatalah sesuka hatimu untuk menghinaku. Maka diamku dari orang yang menghina adalah suatu jawapan. Bukanlah ertinya aku tidak memiliki jawapan, tetapi tidak pantas bagi seekor singa melayani karenah anjing-anjng".

INGATLAH BANGSAKU: BERANI BIAR KENA PADA TEMPATNYA.




Saturday, March 24, 2012

CARA MENGUKUR MATA KERIS





.

Keris adalah senjata orang MELAYU yang telah digunakan sejak ratusan tahun dahulu. Keris bukan sahaja berfungsi sebagai senjata malah turut melambangkan identiti MELAYU itu sendiri. Bentuknya yang berluk-luk dan permukaan yang tidak rata menunjukkan bahawa ianya berbeza daripada senjata-senjata yang lain. Walaupun direka dalam saiz yang tidak terlalu panjang dan agak pendek, namun keris mampu menjadi salah satu senjata yang amat berbahaya suatu ketika dahulu. Racun yang terkandung pada mata keris mampu melumpuhkan dan membunuh musuh dengan hanya sedikit torehan sahaja. Begitulah bahayanya keris. Oleh itu tidak mustahil ianya dijadikan pakaian oleh masyarakat MELAYU zaman dahulukala. Ke mana sahaja mereka pergi sudah tentu ada keris tersisip dipinggangnya. Malahan keris juga turut dijadikan perlambangan bagi diri si pemakainya. Contoh ini jelas dilihat berdasarkan peristiwa kegagalan Hang Tuah meminang Puteri Gunung Ledang lantas beliau telah menyerahkan keris Taming Sari beliau kepada Tun Mamat untuk dibawa menghadap Sultan Mahmud Syah (KOSMO 5 JUN 2011). Di samping itu, keris juga melambangkan keperibadian dan simbol kuasa kepada pemakainya. Atas sebab inilah keris begitu dimuliakan oleh orang MELAYU sejak dahulu sehingga ke hari ini. Jadi, pemilihan keris yang baik bagi masyarakat MELAYU dahulukala begitu penting sehinggakan wujud anggapan-anggapan bahawa keris tersebut membawa tuah ataupun tidak.

KERIS MEMBAWA TUAH ATAU BALA KEPADA SI PEMAKAINYA???

Sememangnya banyak cara dan petua yang digunakan oleh masyarakat MELAYU dahulukala bagi mengetahui sama ada keris tersebut membawa tuah kepada si pemakainya ataupun tidak. Antara cara yang biasa digunakan ialah dengan mengukur atau menyukat mata keris. Dalam menyukat mata keris, terdapat dua cara yang utama iaitu dengan menggunakan ibu jari dan menggunakan daun seperti daun pandan. daun kelapa ataupun daun palas. Walau bagaimanapun, pada entry kali ini, aku hanya akan berkongsikan dengan kalian tentang cara mengukur keris dengan menggunakan ibu jari sahaja. Sebelum aku mengupas dengan lebih lanjut, ingin aku ingatkan bahawa ianya bukan untuk memesongkan akidah kalian dengan perkara-perkara yang dianggap khurafat. AMARAN!!! Entry kali ini adalah untuk berkongsi dengan kalian tentang pusaka nenek moyang kita agar ianya tidak luput ditelan zaman.

TEKNIK PERTAMA

  • Pegang mata keris dengan bahagian hulunya menghadap ke arah perut.
  • Letakkan ibu jari kiri melintang pada pangkal mata keris.
  • Kemudian susun ibu jari kanan di sebelah ibu jari kiri dan pindahkan ibu jari kiri ke sebelah ibu jari kanan.
  • Lakukan langkah tersebut sehingga sampai ke penghujung keris.
  • Sekarang cara menentukan sama ada keris tersebut bertuah atau sebaliknya.
  • Apabila di dapati sukatan akhir berakhir pada ibu jari kiri dan tangan kanan bebas daripada mata keris maka keris itu dianggap bertuah kepada tuannya.
  • Tetapi apabila sukatan akhir berakhir pada ibu jari kanan pula dan tangan kiri bebas daripada mata keris maka keris tersebut dikatakan membawa sial atau dalam erti kata yang lain akan membawa bahaya kepada tuannya atau nyawa tuannya akan berakhir dimata keris tersebut.
  • Walau bagaimanapun, teknik yang diterangkan tadi adalah bagi mereka yang menggunakan tangan kanan sepenuhnya.
  • Bagi yang kidal atau biasa menggunakan tangan kiri maka sukatannya haruslah bermula dengan ibu jari kanan.

TEKNIK KEDUA

  • Pegang keris sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.
  • Letakkan ibu jari kanan secara melintang pada mata keris.
  • Kemudian susun ibu jari kiri disebelah ibu jari kanan secara berganti-ganti sehingga sampai ke penghujungnya.
  • Sekiranya sukatan terakhir dihujung mata keris kurang daripada sukatan ibu jari, maka ianya dikira sebagai satu sukatan yang penuh.
  • Ketika menyusun jari sewaktu menyukat dengan menggunakan teknik ini maka si penyukat haruslah menyebut perkataan-perkataan in mengikut turutan: 1) RAJA 2) PAHLAWAN 3) PEREMPUAN 4) BUDAK ORANG (HAMBA)
  • Apabila sukatan akhir jatuh pada perkataan RAJA maka keris tersebut dianggap bertuah dan si pemiliknya akan menjadi terkenal dan berkuasa.
  • PAHLAWAN: Si pemilik keris kemungkinan akan menjadi seorang pembesar dan berpengaruh di kalangan masyarakat atau menjadi pahlawan yang terbilang.
  • PEREMPUAN: Bermakna keris tersebut akan membawa alamat baik di dalam perniagaan.
  • BUDAK ORANG: Keris tersebut tidak baik disimpan kerana ianya dianggap membawa bencana atau kecelakaan kepada tuannya.

TEKNIK KETIGA

  • Ulangi langkah di atas iaitu dengan menyusun ibu jari secara berganti-ganti sehingga sampai ke penghujungnya.
  • Sewaktu ibu jari disusun maka sebutkan perkataan berikut dengan mengikut turutan: 1) ULAR BERANG 2) MENITI RIAK 3) RIAK DI TITI GELOMBANG TUJUH 4) KARAM DI LAUT 5) TIMBUL DI DARAT 6) HABIS HUTANG 7) BERGANTI HUTANG 8) HUTANG LAMA TIDAK BERBAYAR
  • Perhatikan perkataan mana yang berhenti di hujung keris. Sekiranya sukatan akhir kurang daripada sukatan lebar jari maka ianya dikira sebagai satu sukatan penuh.
  • ULAR BERANG/ MENITI RIAK/ HABIS HUTANG/ TIMBUL DI DARAT: Keris tersebut membawa alamat yang baik.
  • RIAK DI TITI GELOMBANG TUJUH: Keris tersebut dianggap membawa alamat yang sangat baik dan dianggap bertuah.
  • BERGANTI HUTANG: Keris tersebut dianggap sebagai membawa nasib yang tidak baik kepada tuannya.
  • KARAM DI LAUT/ HUTANG LAMA TIDAK BERBAYAR: Keris tersebut dikatakan membawa erti yang sangat buruk kepada tuannya. Keris seperti ini biasanya tidak akan di simpan.

Begitulah caranya masyarakat MELAYU dahulukala menyukat keris bagi memilih keris yang baik. Sebaiknya rujuklah kepada orang-orang tua untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang petua menyukat keris ini. Wallahu'alam.

RAGAM DUNIA: ISU ISRAEL & PALESTIN



.















SAMPAI SEKARANG AKU MERAGUI KE MANA SEMUA SUMBANGAN DERMA YANG KITA HULURKAN. ADAKAH SAMPAI KE PALESTIN??? SEDANGKAN PENGHANTARAN BANTUAN SECARA RASMI MENGGUNAKAN KAPAL PON TIDAK SAMPAI. KONFIUS SEBAB TERLALU BANYAK TABUNG DERMA TENTANG PALESTIN. WALAU PAPEPON DOAKAN SAUDARA KITA DI SANA AGAR TEGUH DAN SABAR DALAM PERJUANGAN MEREKA. ALLAH HU AKHBAR!

Friday, March 23, 2012

Tuesday, March 13, 2012

SYAIR PERANG MENGKASAR




.

Bismiâllah itu suatu firman
Fardulah kita kepadanya iman
Muttasil pula dengan rahman
Hasil maksudnya pada yang budiman

Rahman itu sifat
Tiada bercerai dengan kunhi zat
Nyatanya itu tiada bertempat
Barang yang bekal sukar mendapat

Rahim itu sifat yang sedia
Wajiblah kita kepadanya percaya
Barang siapa yang mendapat dia
Dunia akhirat tiada berbahaya

Al-hamduliâllah tahmid yang ajla
Nyatanya dalam kalam Allah ala
Madah terkhusus bagi hak taâ ala
Sebab itulah dikarang oleh wali Allah


Setelah sudah selesai pujinya
Salawat pula akan nabi-Nya
Di sanalah asal mula tajallinya
Kesudahan tempat turun wahyunya

Muhammad itu nabi yang khatam
Mengajak ke hadrat rabbi al-alam
Sesungguhnya dahulu nyatanya (kelam)
Dari pada pancarnya sekalian alam

Salawat itu masyhur lafaznya
Telah termazhur pada makhluknya
Allahumma salliâalaihi akan agamanya
Di sanalah nyata sifat jamalnya

Tuanku sultan yang amat sakti
Akan Allah dan rasul sangatlah bakti
Suci dan ikhlas di dalam hati
Seperti air ma’al-hayati.

Daulatnya bukan barang-barang
Seperti manikam yang sudah di karang
Jikalau dihadap sengala hulubalang
Cahaya durjanya gilang gemilang .

Raja berani sangatlah bertuah
Hukumannya ‘adil kalbunya murah
Segenap tahun zakat dan fitrah
Fakir dan miskin sekalian limpah .

Sultan di Goa raja yang sabar
Berbuat ‘ibadat terlalu gemar
Menjauhi nahi mendekatkan amar
Kepada pendeta baginda belajar.

Baginda raja yang amat elok
Serasi dengan adinda di telo’
Seperti embun yang sangat sejuk
Cahayanya limpah pada segala makhluk.

Tiadalah habis gharib kata
Sempurnalah baginda menjadi sultan
Dengan saudaranya yang sangat berpatutan
Seperti emas mengikat intan.

Bijaksana sekali berkata-kata
Sebab berkapit dengan pendeta
Jikalau mendengar khabar berita
Sadarlah baginda benar dan dusta.

Kekal ikrar apalah tuanku
Seperti air zamzam di dalam sangku
Barang kehendak sekalian berlaku
Tenteranya banyak bersuku-suku

Patik persembahkan suatu rencana
Mohon ampun dengan karunia
Aturnya janggal banyak ta’kena
Karena ‘akalnya belum sempurna

Mohonkan ampun gharib yang fakir
Memcatatkan asma di dalam sya’ir
Maka patik pun berbuat sindir
Kepada negeri asing supaya lahir

Tuanku ampun fakir yang hina
Sindirnya tidak betapa bena
Menyatakan asma raja yang ghana
Supaya tentu pada segala yang bijaksana.

Maka patik berani berdatang sembah
Harapkan ampun karunia yang limpah
Tuanku ampuni hamba Allah
Karena aurnya banyak yang salah.

Tamatlah sudah memuji sultan
Tersebutlah perkataan Welanda syaitan
Kornilis Sipalman penghulu kapitan.
Raja Palakka jadi panglima.

Demikian asal mula pertama
Welanda dan Bugis bersama-sama
Kornilis Sipalman ternama
Raja Palakka menjadi panglima.

Berkampunglah Welanda sekalian jenis
Berkatalah Jendral Kapitan yang bengis
Jikalau alah Mengkasar nin habis
Tunderu’ kelak raja di Bugis.

Setelah didengar oleh si Tunderu’
Kata jenderal Welanda yang mabuk
Berbangkitlah ia yang duduk
Betalah kelak di medan mengamuk.

Akan cakap Bugis yang dusta
Sehari kubedil robohlah kota
Habis kuambil segala harta
Perempuan yang baik bahagian beta.

Jika sudah kita alahkan
Segala hasil beta persembahkan
Perintah negeri kita serahkan
Kerajaan di bone’Tunderu’ pohonkan

Setelah didengar oleh jenderal
Cakap Tunderu’ orang yang bebel
Disuruhnya berlengkap segala kapal
Seorang kapitan dijadikan amiral.

Putuslah sudah segala musyawarat
Welanda dan bugis membawa alat
Beberapa senapang dengan bangat
Sekalian soldadu di dalam surat.

Tujuh ratus enam puluh soldadu yang muda-muda
Memakai kamsol cara Welanda
Rupanya sikap seperti Garuda
Bermuatlah ke kapal barang yang ada.

Delapan belas kapal yang besar
Semuanya habis menarik layer
Turunlah angin barat yang besar
Sampailah ia ke negeri Mengkasar.

Di laut Barombong kapal berlabuh
Kata si Bugis nati dibunuh
Jikalau raja yang datang menyuruh
Semuanya tangkap kita perteguh

Pada sangkanya Bugis dan Welanda
Dikatanya takut gerangan baginda
Tambahan Bugis orang yang bida’ah
Barang katanya mengada-ngada.

Segala ra’yat yang melihat
Ada yang suka ada yang dahsat
Sekalian rakyat berkampung musyawarat
Masuk mengadap duli hadrat.

Daeng dank are masuk ke dalam
Mengadap duli mahkota ‘alam
Berkampunglah segala kaum Islam menantikan titah Syahi ‘alam.

Akan titah baginda sultan
Siapatah baik kita titahkan
Tanyakan kehendak Welanda syaitan
Hendak berkelahi kita lawan.

Menyahut baginda Karaeng Ketapang
Karaeng we jangan hatimu bimbang
Jikalau Welanda hendak berperang
Kita kampungkan sekalian orang.

Dititirlah nobat gendering pekanjar
Bunyinya gemuruh seperti tagar
Berhimpunlah ra’yat kecil dan besar
Adalah geger negeri Mengkasar.

Bercakaplah baginda Keraeng Popo
Mencabut sunderikyang amat elok
Barang di mana ketumbukan si Tunderu’
Daripada tertawan remaklah habi

Karaeng garasi’ raja yang tua
Barcakap di hadapan anakanda ke dua
Barang kerja akulah bawa
Karena badanku pun sudahlah tua.

Karaeng Bonto Majanang saudara Sultan
Sikapnya seperti harimau jantan
Barang ke mana patik dititahkan
Welanda dan Bugis saja kulaawan.

Bercakap pula Karaeng Jaranika
Merah padam warnanya muka
Welanda Bugis anjing celaka
Haramlah aku memalingkan muka.

Karaeng Panjalingang raja yang bijak
Melompat mencabut keris pandak
Jikalau undur patik nin kelak
kepada perempuan suruh tempelak.

Keraeng Bonto Sunggu raja elok
Bercakap di hadapan Raja Telo’
Biarlah patik menjadi cucuk
Welanda dan Bugis saja kuamuk.

Keraeng Balo’ raja yang muda
Bercakap di hadapan paduka kakanda
Jikalau sekadar Bugis dan Welanda
Barang dititahkan patiklah ada.

Akan cakap Keraeng Sanderabone
Mencabut sunderik baru dicanai
Jikalau sekadar Sopeng dan Bone
Tambah lagi Sula’ dengan Burne.

Jikalau ia mau kemari
Sekapur sirih ia kuberi
Jikalau Allah sudah memberi
Si la'nat Allah kita tampari.

Bercakap bage Keraeng Mandale
Ia berkanjar mencabut sunderik
Berdiri melompat seraya bertempik
Barang di mana dititahkan patik.

Keraeng Mamu berani sungguh
Bercakap dengan kata yang teguh
Jikalau patik bertemu musuh
Pada barang tempat hambah bertutuh.

TIDAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA



.

'Tidakkan Melayu Hilang di Dunia'
Kata semangat Hang Tuah Sang Laksamana
Taat dan setia kepada si Raja
Dikatakan Jebat yang menderhaka
Tamingsari ditikam ke dada durjana
Janganlah kita bertindak seumpama
Kepada saudaraku Pendawa berlima
Dengarlah keluhan kita yang tua
Bukan nasihat kata pujangga
Kerana ku anggap kita bersaudara
Janganlah ada yang terguris terluka
Hidup kita umpamakan berkelana
Tidak kekal sekadar sementara
Semua ini atas kehendakNya
Perjanjian kita dengan Yang Esa
Kehidupan sementara tidaklah lama
Jadilah padi yang masak kata orang tua
Bila berjalan ke bawah lihatnya
Mencapai langit tiada gunanya
Bermusuh dendam kesudahan tiada
Tertanggungkah kita kemurkaanNya?
Tiada yang tinggi atau yang kaya
atau yang miskin mahupun yang hina
Bukan itu menjadi ukuranNya
Hati yang ikhlas itu yang utama
Pesan kita mengakhiri kata
mohon maaf kesilapan yang ada
Tukang kayu datok-datok kita
Tukang besi kita jadinya
Tukang emas anak2 kita pula.

NASIHAT



.


Dikatakan Jawa bersemangat Bugis,
Berdarah Minang berilmukan Rawa,
Jadilah umpama air yang menitis,
Sekeras-keras batu, runtuh mendatangkan bala,
Pesan leluhur jangan dilupakan,
Mencari kawan bukannya lawan,
Berhati lembut persahabatan dihulurkan,
Maka kekeluargaan menjadi aman,
Alam Bagagar Shah sentiasa disisi,
Mahkota alam ditangan sendiri,
Kemegahan leluhur dijaga rapi,
Usahlah bersengketa sesama sendiri,
Percaturan yang bodoh memakan diri,
Tiada yang lebih dari Yang Illahi.

PANTUN PERANG



.


PANTUN EMPAT KERAT!!!

Puting keris berikat benang,
Benang berikat khadam penunggu,
Jangan cuba bermandi di air tenang,
Entahkan buaya lapar sedia menunggu.

Keris berdarjat 13 lok,
Buat pakaian panglima berjanggut,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Harimau tidur jangan dikejut.

Keris disanding bersama tombak,
Diasap setanggi bunga teratai,
Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai.

Keris lok 3 amat bisa,
Keris lok 9 jangan dicabar,
Bila bicara sudah dikata,
Tidak berundur walau dibakar.

Gendang perang lantang kedengaran,
Burung di hutan sayup berterbangan,
Keris ku genggam pedang dilibaskan,
Membujur lalu melintang ku patahkan.

Syair perang sudah berdendang,
Semangat juang bergentayangan,
Biarlah dalam jihad jiwa melayang,
Hidup matimu dalam keimanan.

Dari Demak hingga ke Melaka,
Bertumpah darah kaum keluarga,
Usah menjadi manusia derhaka,
Bermuafakat dan damai dijaga.

PANTUN ENAM KERAT!!!

Panggilan perang lantang kedengaran,
Keris ku tusuk, pedang ku libaskan,
Kalaulah memang sudah suratan,
Rela ku mati dalam perjuangan,
Biar putih tulangku dalam peperangan,
Berputih mata sesekali jangan.

PANTUN 8 KERAT!!!

Sepukal cirebon keris pilihan,
Manakan sama sumyang pajajaran,
Kalau terawang buat sembarangan,
Melorong besi hinggap ke badan,
Nasihat diberi dibalas cacian,
Kerana wang menjadi tuhan,
Itulah akibat baju tak berukuran,
Dikata ukuran bidaah sesat jalan.

Tanah leluhur sentiasa di hati,
Membawa badan mengabdikan diri,
Demi illahi tidak mungkin ku bersendiri,
Hutan ku redah lautan luas ku seberangi,
Musuh sesekali tidak pernah ku cari,
Yang datang berhajat ku kotakan niat di hati,
Agar tidak berputih mata bila sampai ajalnya nanti,
Semangat leluhur ku pegang ku kotakan janji.


Thursday, March 1, 2012

SURAH AL IKHLAS TERTULIS DI SAYAP PARA MALAIKAT







Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Ketika baginda (Rasulullah SAW) mikraj ke langit, maka baginda telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat 12,000 padang sahara dan keluasan setiap satu padang sahara itu adalah seluas dari timur hingga barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Setelah mereka (malaikat) selesai membaca surah tersebut maka mereka berkata: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."

Apabila para sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah SAW maka mereka berasa sangat kagum.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?" Berkata para sahabat: "Ya, kami sungguh kagum Ya Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda lagi: "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya "Qul huwallahu ahadun" itu tertulis di sayap malaikat Jibril a.s., "Allahush Shamad" itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s., "Lamyalid walam yuulad" tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s., "Walam yakun lahu kufuwan ahadun" tertulis pada sayap Israfil a.s. Oleh itu, barangsiapa dari umatku yang membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberi pahala membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran yang agung."

Setelah Rasulullah SAW berkata sedemikian maka baginda bersabda lagi: "Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?" Maka berkata para sahabat: "Ya Rasulullah SAW, kami semua kagum."

Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sungguh "Qul huwallahu ahadun" itu tertulis di dahi Abu Bakar As-Siddiq, "Allahush shamad" itu tertulis di dahi Umar Al Faaruq, "Lam yalid walam yuulad" itu tertulis di dahi Ustman Dzan Nuuraini dan "Walam yakun lahu kufuwan ahadun" itu tertulis di dahi Ali Assakhiyyi. Oleh itu, barangsiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas maka dia diberi oleh Allah SWT pahala Abu Bakar, Umar, Ustman dan Ali r.a." (Hayatun Quluubi)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...