Wednesday, December 21, 2011

KAMBING HITAM (SEBELUM & SESEUDAH 13 MEI)







SEBELUM

Sepinggan nasi di stadium negara
Limabelas ringgit cuma
Sengeh para menteri goncang-goncang tangan
Senyum para diplomat luar negeri
ADA KOMENTAR DALAM HATI
Para taukeh gendut bibir berlemak
Bersama menyanyikan lagu Berjaya
Untuk mereka yang BERJAYA!

13 MEI

Secupak beras di ibu kota
Semangkuk darah harganya
Nilai pasaran jalan rajamuda
Tidak ada tukaran wang hari ini
Harga besi mengejut tinggi
Pembeli-penjual saling berebutan
Rumah jadi hitam langit hitam
Merah senja ibu kota
Merah warna jalanraya
Merah air sungai Kelang
Merah baju si anak malang
Menteri demi menteri di tv
-Demokrasi telah mangkat
Pemakamannya di mana saja, di mana saja pemabuk politik-ganja
-Taridra 13 Mei
Mahkamah sepi para hakim kehilangan palu
Kini dibentuk mahkamah dijalan-jalan raya
Masing-masing pendakwaraya menghujah tanpa bahasa
Para hakim menjelma dengan wig merah
Saling menjatuhkan hukuman
Sorak-sorai para juri tanpa kerusi

BERKURUNG

Para Penggubah dendang Berjaya ke mana hilangnya
Para taukeh bibir berlemak nyaman bermahjung
Poker jadi perlu mempertajam mata dan otak
Ada rindu pada kuda entah makan gerangan tidak
Orang kayangan makan-angin ke luar negeri
NEGARA KITA MAKMUR!
Rakyat si buruh si miskin menggadai nyawa percuma
Biskut sekeping rebutan anak-anak lapar
Beras segenggam seperiuk kanjinya makan sekeluarga


SESUDAH

Kekuasaan negara berteriak mencari
"Mana dia kambing hitam
kambing hitam"
Pemabuk politik-ganja ramai menjawab:
"Kambing hitam di sini
Kambing hitam"
Namanya perkauman
Namanya komunis
Namanya ultra
Namanya Gangster
Ahli fikir negara merumuskan penyelesaian
Jamuan teh makan durian
Makanlah buah tempatan
di meja muhibbah di kerusi muhibbah
Sesama mereka beri tanya besar di akhbar mereka


KINI

Betapa larisnya buku 13 Mei
Ilham dan mimpinya seorang wali
Terkutuklah barangsiapa mengutuknya
Si perkauman si komunis si ultra si gangster
Rakyat si buruh si miskin gali kubur sendiri
di gua bimbang di penjara takut
Saling mencurigai
Kesan politik-ganja
Sebelum dan sesudah 13 Mei

BY: USMAN AWANG
IBU KOTA 69


Penuh maksud & sindiran. BACA & FAHAMKAN!!!



Tuesday, November 29, 2011

PANTANG LARANG: LAMBANG KEHALUSAN ORANG MELAYU


Pantang larang??? Pernahkah kalian ditegah untuk membuat sesuatu perkara atas alasan ia adalah pantang larang orang Melayu dahulukala??? Sudah tentu ada diantara kalian acap kali didendangkan dengan pantang larang-pantang larang yang sudah sinonim dengan masyarakat melayu tidak kira dahulu mahupun sekarang. Pelbagai pendapat diberikan oleh mereka yang pernah ditegah atau mendengar pantang larang ini. Antaranya ada melabelkannya sebagai tahyul, kolot dan sebagainya tetapi ada juga yang menerima baik pantang larang tersebut. Tetapi, tahukah kalian kenapa orang Melayu dahulukala mempunyai banyak pantang dan larangnya???

Bukan tahyul mahupun kolot, tetapi itulah lambang kebijaksanaan orang Melayu pada zaman dahulukala. Bagi mereka yang melabelkan bentuk pantang larang Melayu seperti ini, sesungguhnya mereka sebenarnya tidak tahu atau jahil dalam hal tersebut. Seharusnya pantang larang Melayu harus dikaji dengan lebih mendalam agar kita ketahui maksud yang tersirat disebaliknya. Sememangnya, Melayu itu merupakan sebuah bangsa yang penuh kesopanan, kehalusan dan kelembutan. Tidak kira dari tutur katanya, gerak laku perbuatannya mahupun tegurannya tetap menampakkan kehalusan dan kesantunannya. Sifat orang Melayu ini begitu terserlah di dalam pantang larang yang sebelum ini dilabelkan sebagai kolot dan tahyul.

Secara umumnya, pantang larang merupakan satu bentuk teguran orang Melayu dahulukala yang begitu mendalam maksudnya. Berdasarkan pantang larang wujudnya teguran, nasihat mahupun sindiran. Begitulah halus dan sopannya bangsa Melayu yang mana setiap tutur katanya penuh dengan kiasan yang mempunyai maksud disebaliknya. Mungkin boleh dikatakan bahawa pantang larang dicipta adalah bertujuan untuk menegur tingkah laku seseorang tanpa menyakitkan hati dan perasaannya. Jadi adalah wajar kita bangga dengan warisan nenek moyang kita dan menolak pandangan yang negatif terhadapnya.

CONTOH PANTANG LARANG!!! (HIJAU adalah PANTANG LARANG & MERAH adalah SEBAB KEWUJUDANNYA)

Ibu hamil dilarang melintas dibawah ampaian, nanti anak gagap
Bertujuan menjaga keselamatan kandungan kerana dikhuatiri ibu hamil tersebut akan terjatuh ketika melintasi ampaian yang kebiasaanya adalah rendah

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh terkena bisul

Bertujuan menegur bahawa perbuatan tersebut tidak sopan kerana bantal adalah digunakan di kepala

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang

Mengelakkan keadaan bising di rumah dan bagi mengelakkan barang yang tergantung di dinding jatuh dan pecah (rumah yang diperbuat daripada papan)

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata akan buta
Bertujuan untuk menjaga kesihatan mata agar tidak rosak atau rabun di samping bagi mengelakkan jarum
tercucuk tangan

Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua
Bertujuan untuk mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi

Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
Bagi menjaga ketenteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak

Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat
Bertujuan menjaga pertuturan agar
tidak melukakan hati orang lain

Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu tidak baik
Bertujuan untuk menjaga nama baik keluarga kerana dikhuatiri berlakunya perkara yang tidak diingini


SeBeNarNyA aDa TeRLaLu BaNyaK PanTaNg LaRaNg dALaM KeHiDuPaN MaSyArAKaT MELAYU, tEtApi iNi sAhAjA yAnG dApAT aKu KoNgSiKaN. SaMpAi DiSiNi SaHaJa PoSt KaLi iNi. HaRaP MaAf JiKa aDa TeRsiLaP & MoHoN TaMbAh. SeKiAn.


Saturday, October 15, 2011

KEBESARAN KALIMAH ALLAH S.W.T




LIHAT TIGA TITIK DI TENGAH-TENGAH KALIMAH SELAMA 10 SAAT. KEMUDIAN LIHAT KE DINDING KOSONG YANG BERHAMPIRAN ANDA. SUBHANALLAH.


HURUF BA






HURUF BA


Kalian tahu apa itu huruf BA??? Bagi mereka yang beragama Islam sudah tentu tahu tentang huruf ini. Tapi tahukah kalian huruf ini mempunyai 1001 rahsia yang tidak pernah kalian bayangkan. Sewaktu majlis pertunangan sepupu aku, ayah aku ada cerita tentang huruf BA ini tetapi aku tidak dapat menangkap maksud perbualan yang ingin disampaikan. Cuma yang selalu dikatakan:

RAHSIA AL-QURAN ADA PADA YASIN
RAHSIA YASIN ADA PADA SURAH AL-FATIHAH
RAHSIA SURAH Al-FATIHAH ADA PADA BISMILLAH
&
RAHSIA BISMILLAH ADA PADA HURUF BA

Jadi jika ada sesiapa yang tahu bolehlah berkongsi serba sedikit pengetahuan tersebut. Sekian.

PANTUN SEMASA MAHU MEMINANG



SaLaM. HaRi iNi AkU iNgiN BeRkOnGsi DeNgAn KaLiAn BeRkEnAaN PaNtUn YaNg DiGuNaKaN oLeH OrAnG MELAYU sEwAkTu iNgiN MeMiNaNg. SO SAKSIKAN!!!




Kebiasaannya pantun-pantun yang dilafaz sewaktu acara meminang adalah lebih tersusun dan formal sesuai dengan majlis yang berlangsung. Secara umumnya, dalam pantun peminangan, maksud yang disampaikan terarah kepada hajat yang dibawa dan sebab-sebab sesuatu rombongan (rombongan peminangan) datang bertandang. Sewaktu acara peminangan berlangsung, kedua-dua pihak biasanya akan mencari keserasian untuk mendapatkan satu permuafakatan dan persetujuan. Secara zahirnya, kedua-dua belah pihak akan menjaga tutur kata masing-masing bagi mengelak sesuatu pihak tersinggung. Sebagai contoh, jika rombongan peminangan itu ditolak maka ianya akan ditolak dengan penuh adab dan kelembutan. Hal ini bersesuaian dengan sikap bangsa Melayu itu yang sememangnya lembut dan penuh kesopanan. Oleh itu, tidak hairanlah jika dalam acara peminangan itu digunakan pantun. Walau bagaimanapun, harus diingat, setiap lafaz pantun tersebut haruslah tersusun serta membawa maksud yang ingin disampaikan. Antara contoh jenis pantun sewaktu peminangan ialah:


Berkokok ayam dari hulu,
Ditangkap budak sedang berlari,
Angin memukul gelombang memalu,
Sebab berhajat kita ke mari.

Jika tidak kerana bulan,
Bilakan air pasang pagi,
Jika tidak kerana tuan,
Masakan kami datang ke mari.

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang mengikat jantung hati.

Pagi-pagi pergi ke ladang,
Hendak menyemai benih padi,
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi hajat di hati.

Asap api di Tanjung Tuan,
Kuala Linggi bakaunya rendah,
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.

Begitulah contoh pantun peminangan yang digunakan oleh orang Melayu dari dahulu sehingga kini. Jadi bolehlah kalian cuba menggunakan pantun ini sewaktu ingin meminang. TAPI INGAT!!! Bukan senang untuk pergi melafazkan hajat atau tujuan untuk meminang. Cubalah sendiri baru tahu. SEKIAN.

Tuesday, September 20, 2011

MANTERA ULIT MAYANG



SaLaM. ArY NiE aKu iNgIn BeRkOnGsi DgN KaLiAn TeNtaNg SaLaH sAtU mAnTeRa yAnG DiGuNaKaN oLeH MaSyArAkAt MELAYU DaHuLu iAiTu MANTERA ULIT MAYANG. So SaKsiKaN!!!

ULIT MAYANG

Aku tahu asal usulmu
Seri bersila nama asalmu
Seri berdiri nama batangmu
Seri hidup asal usulmu
Seri menempak nama daunmu
Seri guntir nama bungamu
Seri guntir nama buahmu
Aku tahu asal usulmu
Umbut mayang diumbut
Umbut dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan tuan puteri
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning

Umbut mayang diumbut
Umbut dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggul sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning

Umbut mayang diumbut
Umbut dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggul sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning

Umbut mayang diumbut
Umbut dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan puterinye tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggul sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning

Ulit mayang diulit
Ulit dengan jala jemala
Ulit mayang diulit
Ulit dengan tuan puteri
Kutahu asal usulmu
Yang laut pulang ke laut
Yang darat pulang ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan

Umbut mayang diumbut
Umbut dengan jala jemala
Pulih mayang kupulih
Pulih balik sedia kala.

Sememangnya mantera yang diamalkan ini adalah amat bercanggah dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, seperti yang kalian sedia maklum bahawa masyarakat Melayu dahulukala masih terikat dengan kepercayaan Animisme dan Hindu-Buddha. Oleh itu, tidak mustahil jika penggunaan mantera-mantera seperti ini amat berkait rapat dengan kehidupan dan kepercayaan masyarakat Melayu zaman dahulukala. Bahkan, sehingga kini pun masih wujud segelintir masyarakat Melayu yang masih mengamalkannya.

Walau bagaimanapun, tujuan saya memaparkan isu tentang mantera ini bukanlah untuk menceritakan tentang percanggahannya dari sudut agama tetapi hanya ingin berkongsi pengetahuan saya tentang mantera tersebut. Sebenarnya penggunaan mantera dalam masyarakat Melayu dahulukala ini telah menunjukkan identiti masyarakat Melayu itu sendiri. Daripada mantera-mantera seperti ini jelas dilihat bahawa orang Melayu itu merupakan satu suku bangsa yang halus, sopan dan mempunyai kelembutan dalam berbahasa. Berdasarkan mantera ini juga dapat membolehkan kita mengesan betapa halus dan mendalamnya orang Melayu dahulukala berfikir.

Sebagai contoh, Mantera Ulit Mayang yang dipaparkan diatas sebenarnya adalah digunakan untuk mengembalikan semangat manusia yang hilang. Kebiasaanya mantera ini dilakukan oleh dukun, bomoh atau pawang yang diakui mempunyai kemahiran dan hubungan tertentu dengan alam ghaib atau kesaktian. Dalam mantera ulit mayang, pawang atau bomoh tersebut akan menyeru semangat pesakit dengan melambangkannya sebagai mayang pinang. Kebiasaannya semangat yang diibaratkan seperti mayang pinang ini akan diberi sifat-sifat yang baik dan dimanjakan dengan pujukan yang lemah lembut sebelum diajukan permintaan atau perintah bagi mengembalikan semula semangat seseorang pesakit. Sebagai contohnya, penggunaan nama puteri-puteri seperti puteri dua, empat, enam dan tujuh membayangkan bahawa seolah-olah semangat itu ditemani atau diulit oleh puteri-puteri cantik sehingga menimbulkan keinginan semangat itu untuk kembali ke badan tuannya. Wallahua'lam.

Begitulah pemikiran masyarakat Melayu dahulukala yang begitu halus dan mendalam sehingga sukar untuk ditafsirkan oleh masyarakat hari ini.

So aKu HaRaP KaLiAn TeRhiBuR dEnGaN PoSt aKu KaLi iNi. JiKa aDa KeSiLaPaN MoHoN PeRbAiKi. SeKiAn.



Friday, June 24, 2011

BENARKAH WUJUDNYA ILMU KEBAL???



BENARKAH WUJUD MANUSIA YANG KEBAL???

Saksikan berita yang aku perolehi daripada laman Youtube mengenai kekebalan yang dimiliki oleh seorang penjenayah yang bernama Tarzan. Peristiwa yang berlaku di Gorontalo, Indonesia ini menunjukkan bagaimana anggota polis cuba menumpaskan penjenayah tersebut yang kebal daripada tembakan peluru. Dikatakan anggota-anggota polis tersebut telah melepaskan tembakan sebanyak 107 kali ke atas Tarzan namun tidak berjaya menembusi tubuh badannya. Walau bagaimanapun, Tarzan berjaya ditumpaskan apabila anggota-anggota polis tersebut menembak cincin yang dipakainya. SO SAKSIKAN!!!


Pada pandangan aku, perkara ini tidak mustahil. Setiap yang berlaku adalah izin daripada Allah S.W.T dan bukan cincin yang dipakai oleh penjenayah tersebut menjadikannya kebal. Hal ini kerana hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu menentukan ajal maut seseorang dan bukannya cincin mahupun peluru.

Sebenarnya dalam kehidupan masyarakat Melayu dahulu, terdapat pelbagai ilmu, amalan dan azimat yang mampu menjadikan mereka kebal. Hal ini adalah berkaitan dengan ilmu kebatinan mereka yang amat berkait rapat dengan ilmu ketuhanan. Namun demikian, kita tidak sepatutnya mempercayai bahawa sesuatu azimat atau tangkal itu mampu menjadikan pemakainya kebal. Hal ini kerana perkara tersebut mampu memesongkan akidah seseorang.

Jika kita renungkan memang terdapat pelbagai ilmu dan azimat yang mampu menjadikan seseorang kebal antaranya kulit kerbau landau, pemakaian daun sepulut dan sebagainya. Sememangnya barang-barang seperti ini mempunyai khasiatnya yang tertentu namun harus kalian ingat bahawa ianya adalah datang daripada Allah S.W.T dan keberkesanannya juga adalah ditentukan olehNya.

Seterusnya, jika kita renungkan kembali kepada sejarah kependekaran seorang pahlawan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah yang dikatakan menjadi kebal adalah disebabkan keris Taming Sari yang dimilikinya. Tetapi harus kita ingat bukan keris tersebut yang menjadikan pahlawan Melayu ini kebal tetapi adalah disebabkan izin Allah S.W.T yang mengizinkan perkara tersebut berlaku.



KERIS TAMING SARI YANG MENJADI ALAT KEBESARAN KESULTANAN MELAYU PERAK. WALAU BAGAIMANAPUN, SEHINGGA KINI IANYA MENJADI PERDEBATAN SAMA ADA IANYA ADALAH KERIS TAMING SARI ASLI YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH LAKSAMANA HANG TUAH.

Kesimpulannya, sebagai umat Islam adalah dilarang sama sekali bagi kita untuk mempercayai bahawa sesuatu azimat atau mantera mampu menjadi pelindung atau pendinding kepada kita. Hal ini kerana perkara tersebut tergolong dalam perbuatan syirik atau menyekutukan Allah S.W.T dan ianya merupakan dosa yang terbesar.

Hanya sekadar pendapat daripada aku, harap kalian terhibur dengan post aku pada kali ini. Segala kesilapan harap diperbaiki. Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...