Sunday, October 25, 2015

Sejarah Gerakan Selempang Merah Di Sungai Manik, Perak


TERJEMAHAN KISAH BENAR “Sg Manik Bermandi Darah” DARI BAHASA BANJAR KE BAHASA MELAYU:

Gambar Hiasan: Contoh Parang Bungkol

Badan Ismail Rudo yang sudah tidak berkaki dan bertangan menggelupur di atas titi, sedang menunggu masa untuk nyawa berpisah dengan badan. Kedua-dua belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak parang ‘bungkol’ Utoh Putih. Air jernih yang mengalir deras di bawah titi bertukar merah disirami darah. Maka tertawa besarlah ‘sangkala’ mendapat habuan petang darah dalam jantung adalah makanannya.
Begitulah adat orang berkelahi, salah seorang pasti kecundang.
Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang diri menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya. Sepucuk pistol 38 tanpa peluru masih berada di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa.
Ramai penduduk Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik terdiri daripada keluarga Banjar. Kehidupan mereka begitu daif dan dihimpit oleh gerombolan komunis yang bermarkas di Sungai Tungko diketuai oleh Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang.
Pembunuh Mail Rudo iaitu orang kuat Parti Komunis Malaya (PKM) mesti ditangkap segera.
Utoh Putih, Banjar ‘Alai’ jati beranak dua – anak bongsunya seorang bayi perempuan dan baru pandai berdiri-jatuh. Dia menetap di Pekan Rabu, Parit 6, Sungai Manik. Oleh kerana warna kulitnya yang tersangat cerah maka lekatlah gelaran Utoh Putih.
Arwah datuk (pencerita) dan Utoh Putih adalah rakan karib yang sama hebat ilmu zahir dan batin.
Mail Rudo, Banjar Sungai Tungko, Sungai Manik sudah lama menyertai PKM dalam bahagian risik. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, Mail Rudo ditugaskan mencari ahli baru dalam daerah Sungai Manik. Disebabkan tidak ramai keluarga Banjar yang sudi menyertai perjuangan komunis, maka akhirnya Mail Rudo terpaksa menggunakan kekerasan. Mereka yang enggan akan menerima padah.
Saban hari ada saja penduduk kampung yang ditangkap, tak kira muda ataupun tua. Diseksa, disembelih, disumbat di dalam guni hidup-hidup dan dibuang ke Sungai Perak, ditembak, disula, dan bermacam-macam lagi hukuman. Begitulah gerangan bila manusia (Mail Rudo) sudah ada kedudukan – mudah lupa diri, hingga hilang rasa kemanusiaan.
Pada masa itu bukan sedikit orang Banjar dan orang Melayu yang menyokong perjuangan komunis. Malah ada juga orang Banjar yang hebat ilmunya turut menjadi tali barut. Orang seperti itulah yang menjadi duri dalam daging penduduk setempat. Oleh kerana terlau mengejar pangkat mereka sanggup membunuh, membakar rumah dan memusnahkan harta benda bangsa sendiri. Penduduk kampung yang takut menyertai perjuangan komunis secara aktif dipaksa pula membayar yuran sebagai ahli PKM.
Kehidupan keluarga Banjar di Sungai Manik semakin terhimpit. Ramai yang terpaksa berpindah ke penempatan Banjar di seberang Sungai Kinta ke Kampung Balun Bidai dan Kampung Gajah.
Waktu Zohor baru saja masuk. Alun air bendang dihembus bayu membuat hati terasa rawan. Sambil memikul guni berisi ubi, Utoh Putih melangkah cermat menuju titi untuk kembali ke rumah di Pekan Rabu. Sebaik sampai di pangkal titi, “Dari mana gerangan ni Toh? Akhirnya bertemu juga kita di sini ya?” Entah dari mana munculnya si Mail Rudo, tiba-tiba saja tercegat di tengah titi berpakaian seragam komunis, pistol dan bayonet terselit di pinggang. Di wajahnya terpancar rasa kepuasan kerana dapat bertemu dengan Utoh Putih yang sudah sekian lama dipujuknya supaya menyertai PKM.
“Baru balik dari Cikus mencari ubi, maafkan saya tuan, tumpang lalu,” Utoh Putih menyahut penuh hormat.
“Kalau ia pun letaklah dulu guni ubi tu, tak usah bergegas, apa yang nak dikejar, tak ke mana perginya rumah tu,” garau bunyi suara Mail Rudo. Antara rela dan terpaksa, Utoh Putih mematuhi perintah ‘tuan besar’ dan meletakkan guni ubi di atas titi. Begitu gah susuk tubuh dua orang anak Banjar yang berdiri di atas titi menghadap satu sama lain, cumanya seorang berkulit cerah manakala seorang lagi kelihatan gelap.
“Mungkin petang ini pertemuan kita yang terakhir, agaknya,” si Mail Rudo menyambung bicara.
“Apa hajat, kenapa lain benar kata-kata tuan besar?” Si Utoh Putih yang menyambut bicara merasakan ada sesuatu yang tak kena.
“Tak usah pura-pura tak tau, bagaimana dengan janji kau dulu? Sampai hari ini aku masih menunggu kata putus,” rungut orang kuat PKM menempelak.
“Taklah Mail, aku tak nak ikut perjuangan yang membinasakan bangsa, sedangkan perjuangan untuk mengisi perut sendiri dan anak bini rasa dah tak tertanggung. Tidak… tidak sekali-kali,” si Utoh Putih menjawab tegas.
“Mak oi, keras benar hati kau ni Toh… apa nak buat… kalau itulah pendirian kau, bersiap sedialah,” merah padam muka Mail Rudo kerana marah. Spontan tangan kanannya mencapai pistol di pinggang dan mengacukan ke dada si Utoh Putih.
“Jangan, senjata jangan dibuat main Mail. Kita kan serumpun, tak kanlah kau tak ada belas kasihan. Ditakdirkan aku tak ada, siapa yang nak menyara anak isteriku nanti… ampun tuan besar,” si Utoh Putih merayu minta simpati.
“Dam!!!” Bunyi pistol memuntahkan peluru sulung. Berasap baju buruk si Utoh Putih dihinggapi peluru, namun dia masih tak berganjak, masih tegak berdiri. Keluarga Banjar berhampiran yang terkejut melihat kejadian tak berani mendekati, masing-masing masuk ke rumah.
“Dam… dammmm!” Sudah tiga das tembakan dilepaskan oleh Mail Rudo namun peluru masih tak mampu menembusi kulit si Utoh Putih.
“Bangsat betul, kebal rupanya kau ya… tahani lagi nah,” tengking orang kuat PKM. Tanpa disedari sudah enam das tembakan dilepaskan dan pistolnya sudah kehabisan peluru. Sedang dia terkial-kial, “Labukkk….” Ayunan parang bungkol yang bergelar si Kandal Larap hinggap di pergelangan tangan kanan Mail Rudo. Tangannya putus serta merta.
“Labukkk….” Giliran tangan kiri si Mail Rudo ditetak dan jatuh ke tanah. Utoh Putih meneruskan ayunan. Kali ini lutut kanan Mail Rudo pula jadi mangsa parang bungkol Kandal Larap. Setelah putus kaki kanan, maka terdamparlah Mail Rudo di atas titi. Si Utoh Putih semakin geram. Tetakan terakhirnya membuat kaki kiri Mail Rudo bercerai dengan badan.
Guni yang berisi ubi diletakkan semual ke bahu, dan Utoh Putih terus balik ke rumah meninggalkan Mail Rudo mengerang kesakitan.
Markas PKM di Sungai Tungko gempar mendapat berita tentang pembunuhan Mail Rudo. Dengan bersenjatakan raifel MK5, berduyun-duyun gerombolan komunis yang diketuai orang kanan mereka si Ah Pau bergegas menghala ke Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik.
“Ai yaa…kaki tangan semua kasi potong habit ka…manyak cilaka itu olang.” Bebel si Ah Pau apabila terpandang mayat Mail Rudo yang masih terkangkang (tabirangkang) di atas titi. Tak seorang pun keluarga Banjar di Bendang DO yang berani tampil menunjukkan muka. Mereka hanya menyaksikan dari jendela rumah masing-masing.
Hari semakin larut petang, gerombolan komunis masih riuh berbincang sesama sendiri. Entah apa yang mereka bincangkan tak seorang pun penduduk kampung yang mengerti. Sejurus kemudian, kumpulan komunis itu pergi dari rumah ke rumah mengetuk kuat (manggandah) dinding mengarahkan orang kampung, tua dan muda, berkumpul di hadapan Pekan Rabu.
Seorang demi seorang disoal siasat termasuklah Utoh Putih.
Namun, keluarga Banjar sepakat berpura-pura tak kenal siapa yang membunuh Mail Rudo. Akhirnya kepala komunis, si Ah Pau memberi kata dua: Kalau pembunuh Mail Rudo tidak ditangkap, Bendang DO akan jadi padang jarak padang tekukur.
Mayat Mail Rudo diikat (ditayut) dengan tali dan dikandar (galas) dengan kayu panjang untuk dibawa pergi. Rasa kesian (maras) pun ada melihat cara mayat diperlakukan – tak ubah seperti mengandar hasil buruan babi hutan. Tak siapa yang tau ke mana mayat itu dibawa, ditanam atau dibuang ke Sungai Perak. Kalau dibuang ke sungai pastinya ternganga luas mulut sang buaya (kuradal) mendapat habuan petang.
Warga Banjar sepakat meminta Utoh Putih membawa isteri dan anak-anak meninggalkan Bendang DO dengan segera. Maklum sajalah, mulut tempayan (muntung guri) boleh ditutup rapat (dipisiti), mulut manusia siapalah tau. Tapi apa pula kata empunya diri!
“Tidak (cakada) saudaraku. Untuk apa kalau aku seorang saja yang menjaga (maharagu) anak dan isteri sedangkan kalian semua (sabarataan) terpaksa menanggung derita. Aku tak akan meninggalkan kampung ini. Tidak, tidak sekali-kali, apa nak jadi, jadilah.” Jenuh penduduk kampung memujuk namun Utoh Putih tetap dengan pendiriannya.
Sudah tiga hari berlalu, Emoh, sahabat karib Utoh Putih yang baru dapat berita segera menonong (mangunyur) meninggalkan Balun Bidai menyeberang Sungai Kinta menuju ke Bendang DO untuk menemui sahabat karibnya, kawan sehati, seperguruan dan sama jaguh (juhara). Persahabatan mereka lebih akrab dari hubungan adik-beradik, dan tentunya Emoh tak akan membiarkan (mahijaakan) sahabatnya keseorangan dalam keadaan sedemikian.
“Pariannya diako madam maninggalakan Bandang DO nih …….. Tia mati jua magun Moh ai……….ajal wan maut bacara hudah di tantuakan, siapang nang kawa mahalang.” surung pandiran Utoh Putih nang hanyar haja imbah bamakanan di rumah hidin malam tutih.
“Andainya (pariannya) aku berhijrah (madam) meninggalkan Bendang DO, mati juga akhirnya, ajal maut sudah ditentukan, tak siapa boleh (kawa) menghalang.” Utoh Putih memulakan perbualan setelah selesai makan malam itu.
“Ai, jangan begitu, apa resa (pangrasa) kau ‘Toh?” tanya Emoh yang mula rasa tak sedap hati.
“Kada ah….. kaluko ai,” jawab hidin handap.
“Tak lah, manalah tau,” jawabnya ringkas.
Walau bagaimanapun, Emoh masih rasa gelisah kerana lain benar kelakuan sahabatnya yang semakin pendiam (ambak), lebih bersikap mengiakan dari merancakkan perbualan. Selalunya kalau lama tak berjumpa, tak kering gusi mereka berbual.
Malam semakin larut namun dua orang sahabat karib itu masih lagi belum tidur, masih ‘garunuman’ berbual.
“Moh, andainya ajalku sampai, jangan bersusah payah membawa mayatku ke Balun Bidai, kebumikan saja di sini. Tapi, jangan kau lupa membawa anak isteriku dan serahkan kepada keluarganya di sana. Sepanjang kita bersahabat, kalau ada terlebih terkurang, aku minta halal dunia akhirat. Engkau pula Moh, biarlah disederhanakan kejaguhan (manjuhara). Berhati-hatilah memilih kawan. Satu lagi, tapi jangan pula kau anggap aku menghalau. Esok sebelum Zohor, aku minta kau segera beredar dari rumahku, ke mana yang kau nak tuju, aku tak melarang (batangatan). Tak ada apa-apalah, cuma aku rasa lebih selesa kalau bersendirian!”
Berderau (marigap) rasa si Emoh mendengar kata-kata sahabatnya, lantas bangun mendakap Utoh Putih. Tak sepatah kata pun yang terucap (muntung bungkam) antara mereka kecuali deraian (barubuian) air mata mengenangkan nasib yang bakal menimpa. “Mungkin sudah sampai janji (ajal) saudaraku ini,” bisik hati kecil Emoh.
Mereka terus berbual sampai ke subuh.
Dalam remang (tatarauan) subuh, kedua sahabat sudah tercegat (tacugut) di tepi telaga mandi.
“Marilah, duduklah Toh….. Bismillahirahmanirahim…..” Emoh membaca ayat mandi suci sambil menyiram (mangubuiakan) air memandikan sahabatnya si Utoh Putih hingga selesai.
Api di dapur marak (barau) dengan isteri Utoh Putih sibuk menyediakan sarapan pagi. Kesian si isteri kerana tak tahu kisah dan hujung pangkal cerita. Pada pengamatannya, bermandi-mandian di subuh hari sudah jadi kelaziman dua orang pendekar tersebut.
Panas semakin terik di Bendang DO sebagai tanda pagi sudah beralih (baugah) ke tengahari. Maka tibalah saatnya untuk kedua sahabat itu berpisah. Salah seorang terpaksa memegang (mamingkuti) janji.
“Jangan lupa pesan guru kita wahai saudaraku, walau nyawa sudah berada di hujung, jangan sekali-kali kau lupa…,” pesan Emoh kepada Utoh Putih. Kedua sahabat berpelukan untuk kali terakhir.
“(Barilaan) kita dunia akhirat.” dengan kata-kata itu, Emoh terus menonong meninggalkan sahabatnya si Utoh Putih tanpa menoleh lagi ke belakang. Ke mana gerangan tujuannya, tak siapa pun tahu.
Selepas solat Zohor tengahari itu, kelopak mata Utoh Putih terasa berat kerana tak tidur semalaman. Anak bongsunya sudah marinuk (merengkok) terlena di tepi lulungkang (jendela) anjung rumah. Hembusan bayu Bendang DO terasa dingin. Tak lama setelah Utoh Putih merebahkan badan di sebelah anaknya, dia pun turut terlena.
Hari semakin menghampiri petang. Entah kenapa gerangan hari ini Bendang DO sunyi sepi. Tak seorang pun yang kelihatan gagaliwalak (mundar mandir) di luar rumah seperti hari-hari biasa. Agaknya mereka sengaja mendiamkan diri dalam rumah, masih terkejut dengan kematian Mail Rudo dan kata-dua komunis, atau sedang menghitung hari kerana tempoh seminggu yang diberikan PKM semakin hampir.
Tanpa disedari enam ikung (orang) komunis sedang karayapan (merayap) mamaraki (menghampiri) rumah Utoh Putih. Kabujuran (kebetulan) pula, isteri dan anak sulungnya tidak ada di rumah kerana pergi maunjun (mengail) ikan puyu bersama kawan-kawan. Dengan menatang raifel MK5, gerombolan komunis terjingkit-jingkit menjenguk setiap jendela rumah. Sebaik terpandang Utoh Putih yang sedang lena, tanpa membuang masa palumpongan (muncung) MK5 diacukan ke kepala dari luar jendela.
“Dahui…dahui…dahui!” Tiga kali muncung raifel memuntahkan pilur (peluru). Kerana sudah sampai waktunya – sampai ajal – kekebalan Utoh Putih berakhir. Tak sedikit pun yang tinggal. Mangarabuak (menggelegak) darah dalam jantung keluar menerusi ruang-ruang terbuka di kepala. Mujur juga anak kecilnya tidak diapa-apakan. Kuciak papar (menjerit sakan) si anak yangt terkejut, bakayukut (merangkak) mendakap bapanya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Galahakan (berdekah-dekah) ketawa gerombolan komunis kerana puas dapat membalas kematian Mail Rudo. Selepas itu mereka terus balik meninggalkan Pekan Rabu, Bendang DO menghala ke Sungai Tungko.
Si Emoh yang sedang dalam perjalanan menghala ke Bendang DO manggisit (hampir) terserempak dengan kumpulan PKM yang masih terbahak-bahak kegembiraan. Mujur juga dia ternampak mereka lebih dahulu, lantas melompat manyungkupakan (menyembunyikan) diri ke padang tagah (dalam semak). Parang bungkol yang bergelar “si Buruk” sedia tergenggam di tangan. Andai ketemuan, tak tahulah apa yang akan terjadi. Mujur juga dia masih lagi dilindungi Allah, dan tak seorang pun ahli komunis tersebut dapat melihatnya.
Barubuian (bercucuran) air mata Emoh terkenang sahabatnya si Utoh Putih. “Mungkin dah tak ada lagi saudaraku ini,” bisik hati kecilnya. Belum pun jauh kumpulan komunis itu berlalu, Emoh bingkas dan bukah mancicing (pantas berlari) maranduk (meredah) pinggir bendang menghala ke rumah Utoh Putih yang sudah mula barumbung (ramai) orang.
“Ayuha, pergilah dulu wahai saudaraku kerana bila sudah sampai masanya, tidak siapa dapat menghalang,” bisik Emoh ketika terpandang jenazah si Utoh Putih. Barataan (semuanya) warga Banjar di Bendang DO batarukuian (sepakat) untuk menyempurnakan jenazah petang itu juga. Dalam keadaan serba kekurangan kerana darurat, pengkebumian berlarutan sampai ke malam.
Betapa benarnya kata-kata “kalau mulut tempayan pekasam boleh disumpali (disumbat) dipisiti (ketat), mulut manusia siapa yang dapat menduga”. Tentu ada yang anju ataran (celupar) kalau tidak masakan PKM tahu Utoh Putih yang empunya angkara.
Mangkining (mengerlit) kilauan parang bungkol si Kandal Larap yang sudah tidak bapagustian (bertuan) tersangkut di tawing (dinding). Sambil mengusap mata parang bungkol peninggalan sahabat karibnya, hati Emoh berkata, “Satu ketika nanti akan kumandikan si Kandal Larap dengan darah seteru haram jadah.”
Sudah seminggu berlalu, mujurlah tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku di Bendang DO. Pun begitu, keluarga Banjar yang berada di situ masih curiga kerana maklum sajalah janji komunis tak boleh dipercaya. Dalam diam, kerabat PKM sudah membina sebuah markas kecil kira-kira satu kilometer dari Bendang DO dengan tujuan mengawasi dan berkempen kononya tak siapa pun yang boleh memerdekakan Tanah Melayu selain dari PKM.
Ramai jugalah orang Melayu dan Banjar yang mula terpengaruh diresapi dakyah komunis hingga ada yang sanggup menyertai kumpulan bersenjata, manakala yang penakut atau berani-berani lalat pula memadailah sekadar menjadi mata dan telinga mereka.
Markas PKM di Bendang DO tak mendapat sambutan langsung. Perjuangan apa gerangan kalau caranya lebih teruk dari pemerintahan Jepun. Begitulah agaknya tanggapan warga Banjar seluruh Bendang DO – geram benar gamaknya.
Ketua komunis di markas besar Sungai Tungko mula gelisah kerana kempen mereka dipahawai (dipandang sepi) oleh warga Banjar di Bendang DO yang masih keras hati. Akhirnya gerombolan PKM terpaksa membuat percaturan lain dengan menimbulkan masalah saban hari; tak cukup dengan makanan, harta benda orang kampung dirampas, tanaman takundangsai (musnah) diinjak dilenyek. Namun tidak juga membawa hasil yang diharapkan malah semakin menambah barau (marak) api kemarahan warga Banjar.
Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang orang kuat komunis mengeluarkan perintah dan amaran terakhir; kalau tak sanggup melihat Bendang DO menjadi padang halilintar, dalam masa seminggu warga Banjar diarah mengumpulkan kaum perempuan yang masih muda, tak kiralah anak dara atau isteri orang. Sudah lama benar gerangan si kulup ini menagih kaum perempuan, dan kalau itulah caranya, bagaimana gerangan dapat menentang British kelak!
Begitulah, satu perintah, satu tagihan yang menyusahkan warga Banjar Bendang DO. Ke mana hendak mengadu kerana dalam keadaan darurat begini? Penghulu tak ada, Ketua Kampung pun tak ada. Bagaimana ya!
Haji Bakri, Banjar dari suku kaum Rantau baandah berhijrah dari Kalimantan ke Sapat, Sumatera. Dari Sapat berhijrah pula ke Batu Pahat, Johor, dan bertemu jodoh di sana.
Isteri tua bangaran (bernama) Patmah binti Hj Hassan dan dikurniakan dua orang anak – Zainab dan Abdul Majid. Isteri muda bernama Samiah binti Hj Abdul Jalil dan dikurniakan tiga orang anak – Abdul Kadir, Abdul Hamid dan Siti Sarah.
(Hj Abdul Kadir, anak lelaki Hj Bakri dengan isteri muda memakai menggayakan jubah peninggalan arwah bapanya - diletakkan gambar dalam kisah asal)
Haji Bakri lemah lembut orangnya, sentiasa merendah diri matan (hinggakan) tak ramai yang tahu tentang ketinggian ilmunya – dunia dan akhirat. Setelah mendengar khabar tentang warga Banjar ramai menetap di Sungai Manik, beliau berhijrah ke sana sebelum Jepun memerintah Malaya. Beliaulah yang banyak mengajar agama dan membetulkan akidah warga Banjar di Sungai Manik. Lantaran itu beliau diberi gelaran Patuan Guru (Tuan Guru).
“Amun sawat batagihan ka bibinian pulang matan talalo-lalo banar am bubuhan si haram jadah nia,” ujar hidin hudah bamula pina garigitan.
“Kalau sampai menagih perempuan, itu sudah benar-benar melampau,” ujar Tuan Guru yang sudah mula rasa garigitan (geram).
“Cakada lain parang bungkol pang satronya si haram jadah ai”. Garunum hidin pina habang miar hudah muha tanda barau.
“Tak ada lain melainkan parang bungkol lawannya si haram jadah ni,” bebel Tuan Guru yang sudah habang miar (merah padam) muka kerana marah.
Tuan Guru Haji Bakri membuat pakatan sulit dengan warga Banjar Bendang DO yang bersetuju untuk menentang komunis.
Sebagai permulaan, lapan orang bibinian (perempuan) berjaya dikumpulkan, tapi kemudiannya hanya lima orang yang setuju, itu pun setelah jenuh memujuk. Memang benar pun, siapa yang rigi (sudi) dijadikan hulun (hamba) seks kepada pengganas komunis yang tak tahu bahasa itu.
“Bukan kami bodoh manjulung (menghulur) budas (bulat-bulat) warga yang masih sunti melainkan ada helah untuk dibuat umpan sementara,” Tuan Guru manahapi (memberi kepastian).
Tempoh yang diberikan PKM hanya tinggal tiga hari saja lagi. Warga Banjar papasingnya (masing-masing) sibuk mangilir (mengasah) parang bungkol yang beranika gelaran. Tajamnya si Kandal Larap boleh dijadikan pisau cukur untuk membotakkan kepala. Ketika itulah dapat dilihat pelbagai ilmu dan amalan orang Banjar. Ada yang berendam semalaman dalam perigi buruk, ada yang berwirid siang malam tanpa henti, mandi buluh dan bermacam lagi petua. Betapa tidak, perjuangan antara hidup dan mati bukan boleh diambil mudah.
Rumah Tuan Guru Hj Bakri bersebelahan surau Parit 8, malaran (boleh tahan) juga ganalnya (besarnya). Diperbuat dari kayu harat (baik) zaman British – kukuh dan padu. Dalam rumah itulah warga Banjar mengatur strategi untuk berdepan dengan pengganas komunis. Carirapan (berkilau-kilauan) mata parang bungkol pesaka padatuan (moyang) yang dibawa dari kampung halaman di negeri Banjar, dan kebanyakannya sudah pernah dibasahi darah tentera Belanda. Memang sudah terbukti kehebatan parang-parang tersebut ketika digunakan memerangi penjajah di Kalimantan dulu. Pada masa itulah taungkai (terkeluar) nama atau gelaran yang tak pernah didengar sebelumnya.
Ketika itu, Tuan Guru Haji Bakri tiada ada anak lelaki dewasa di Sungai Manik, yang ada hanya seorang cucu lelaki yang masih remaja berusia awal 20an. Acil, nama cucu kesayangannya. Macalnya (nakalnya) boleh tahan juga, tak jauh bezanya dengan anak-anak hari ini. Marga (disebabkan) kenakalan itulah, Tuan Guru Haji Bakri segera menurunkan ilmu kepada cucunya. Maka semakin bertambahlah kejaguhan si teruna ini.
“Nah, buat genggamanmu,” Tuan Guru Haji Bakri menghulur parang bungkol si “Mandam Layu” kepada cucunya. Fuh, cantik sungguh; hulunya diukir dari akar haur (buluh) betung, rumbai perca kain merah di hujung menambah keampuhann bila dipandang. Apa lagi, lihum bapair (senyum meleret) si Utoh Acil menerimanya.
Ranai guraknyap (sunyi sepi) seluruh Bendang DO kerana setiap buah rumah telah dikosongkan, penghuninya berpindah ke ruamah Tuan Guru – markas warga Banjar di Parit 8.
“Mudahanai kita barataan dilindungi Allah ……..Allahuakbar,” ujar Patuan Guru Hj.Bakri wayah malapasakan bubuhan Banjar nang mamulae bagarak tangah malam cagar mamaraki markas PKM di muhara Bandang DO.
“Mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah… Allahuakbar,” ujar Tuan Guru Haji Bakri ketika melepaskan warga Banjar bagi memulakan gerakan menghampiri markas PKM di muara Bendang DO tengah malam itu.
Mereka bergerak persis Ninja. Yang masih tinggal bersama Tuan Guru ialah Emoh, Acil, Sukri, Sabran, Ali dan Amat Tuban. Tak ikut serta bukan bererti penakut tapi ada rencana dan perkiraan tersendiri.
Pagi Sanayan (Isnin), dengan terbitnya matahari di ufuk timur, maka sampailah sudah saat dan ketikanya warga Banjar di Bendang DO membuat perhitungan dengan gerombolan haram jadah - tentera PKM.
Sasain (semakin) cariningan (bercahaya) wajah 8 orang perempuan Banjar yang sudah ditatapi (disolek) dan dibingkingi (didandan). Fuh rasa tak dapat lagi mamadahakan (menceritakan), rambang mata sekiranya disuruh memilih tunggal ikungan (satu persatu).
Wajah perempuan yang mulanya takurisit katakutanan (kecut ketakutan) mula nampak habang (merah), dan juga garang! Membara sungguh nampaknya kerana baru saja diminumkan air garangsang (jampi) Tuan Guru. Mudahlah nanti kalau tak ada yang lemah semangat atau lamah buluan (gementar) bila berdepan musuh. Atau kalau ada yang tak tahan melihat darah mangarabuak (membuak-buak) di medan pertempuran.
Mak ooii, kabubungasan (cantik sungguh) tiga orang anak dara ini, milik siapalah gerangan!
Emoh, Acil dan Sabran baru saja didandan manyalumur (menyamar) jadi bibinian (perempuan). Hebat juga hasil tatapan (solekan) warga perempuan Banjar di Bendang DO, mungkin juga boleh mengalahkan ‘mak nyah’ yang terkedek-kedek. Tapi mereka perlu berhati-hati jangan sampai terselak landau (betis), nanti kelihatan pula bulu kaki hirang (hitam) lebat…pecahlah tembelang.
Kira-kira jam 9.00 pagi, bajurut (berduyun-duyun) ‘perempuan’ Banjar tersebut berjalan sebaris menghala ke markas PKM di muara Bendang DO, didahului oleh Ali dan Amat Tuban sebagai wakil penyerahan. Mereka berdua ditangati (dilarang) membawa sebarang senjata. Tapi, orang Banjar tak akan sanggup meninggalkan senjata apatah lagi bila menghala ke medan juang. Lading balati (pisau belati) setajam pisau cukur sudah lama tersisip di pinggang masing-masing. Cuma baju saja yang membuatnya tak dapat dilihat dengan mata kasar.
Gerombolan komunis di markas Bendang DO terbahak-bahak ketawa, macam tak sabar lagi mahadangi (menanti) lebih-lebih lagi tiga orang kepala komunis bernama Ah Boon, Ah Pau dan Ah Jang “Syok mau mali hooo….”
Asa lilihan (rasa gelihati) pun ada melihat tiga orang “anak dara” yang berjalan paling belakang kerana masing-masing bakalumbunan (berselubung) dengan tapih (kain). Umai (mak oi) panyupannya (pemalunya). Malu apa gerangan kalau tangan menggenggam erat hulu parang bungkol si “Kandal Larap”, si “Mandam Layu” dan si “Tungkih Kiwang”. Rasa kekok melangkah kerana tak biasa berjalan memakai kain bairitan (meleret labuh) begitu. Kesiannya.
Tuan Guru Hj Bakri yang tinggal seorang diri tidak bersuara lagi, tasbih di tangan langsung tak dilepaskan, berwirid kada sing mandakan (tanpa henti) di dalam surau. Kanak-kanak yang masih kecil pun tak berani menghampiri.
Jam 10, deretan “perempuan” tiba di hadapan markas PKM di muara Bendang DO. Lantas si Amat Tuban dan Ali menyerahkan mereka kepada ketua komunis.
Semakin kuat gelak ketawa mereka, gembira tak terperi ibarat bulan jatuh kaasuhan (ke riba). Tak disangka warga Banjar seluruh Bendang DO yang kononnya berani menentang Bintang Tiga hanya omong kosong. Riuh rendah markas dengan dialog Cina, mengumpat agaknya. Benar-benar celaka 13!
“Hei tepilah… lu sana,” salah seorang kepala komunis mahingkau (menengking) sambil menolak kasar si Ali dan Amat Tuban. Tiga orang kepala komunis terus memeriksa dari depan ke belakang, menyelak salungkui (selubung) satu persatu. Rambang mata. Yang lainnya turut sama barumbung (berkerumun) tak ubah seperti macan (harimau) yang laparkan daging manusia. Akhirnya nyanyat (gian) hingga tak terjaga lagi markas taktikal.
Sampai kegiliran diyang (gelaran anak dara Banjar) bungas (cantik) yang kelima, si Ah Boon kepala komunis.
“Ai yaaa…manyak cantik lo ha…” Jarigi bamula pina marayap kapingin manjapaie pangawak urang. Babaya maragap handak mancium…
“Ai yaaa, manyak cantik lo ha…,” jarigi (jari) mula hendak merayap kerana kapingin (teringin) benar manjapaie (menyentuh). Babaya (baru) hendak maragap (memeluk) untuk mencium…
“Bangsat, seteru babi haram jadahhh… Allahuakbarrr!!!” Hingkau (tengking) si Emoh sing hangkuian (dengan kuat).
“Nah ambil habuan engkau sangkala.”
Labukkk…. si Kandal Larap hinggap ke sasaran tanda patuh kepada tuannya. Mandabuk kepala si haram jadah jatuh ke tanah bercerai dengan badan, manggalaguak (membuak) darah dalam jantung membasahi bumi Sungai Manik. Acil menerkam si Ah Jang yang sedang tergamam.
Labukkk… mata parang si Mandam Layu hinggap, layu dan longlai leher si Ah Jang terkena libasan parang bungkol si Mandam Layu. Sebiji lagi kepala ketua komunis gugur ke bumi.
Bukkk… timpasan (tetakan) diayun oleh Sabran. Ternyata benar si Tungkih Kiwang tak pernah ingkar kepada tuannya – putus dua badan si Ah Pau. Tungkih Kiwang magun (masih) belum puas – memenggal puluhan gulo (leher) musuh. Pagat basadinan (putus serta merta), humbalingan (bergelimpangan) kepala komunis di halaman markas PKM Bintang Tiga.
Bubuhan (warga) Banjar Bendang DO yang sudah setengah malam basungkup (bersembunyi) dalam parit tak berair bingkas bak cendawan busut, manyasah (mengejar) anak buah Bintang Tiga yang sedang dalam kapipiyangan (kebingungan).
“Allahuakbarrr!!!” Babaya (sebaik saja) taparak (menghampiri) musuh yang rahat (sedang) bakatumbahan (lintang pukang), mereka terus melibaskan parang. Belum sempat mengangkat senapang, tubuh mereka sudah dihinggapi parang bungkol. Fuh, macam menebang gadang (batang) pisang!
34 orang orang anggota PKM taampar (terdampar) di tangan Banjar Bendang DO. Darah merah membasahi bumi, mayat galing-galingan (bergelimpangan), senjata musuh humbalingan (bertaburan). Mandakannya (mujurlah) tak seorang pun warga Banjar yang terkorban atau tercedera, cuma baju dan seluar mereka saja yang merah kacuratan (terkena percikan) darah musuh.
Bangsal komunis diselongkar. Ceh, yang ada cuma seguni beras dan perkakas memasak! Tanpa banyak bicara, Acil memikul guni beras untuk dibawa balik.
Namun, tiada sepucuk pun senjata raifel MK5 yang hambur tauran (bertaburan) diambil. Tak teringin langsung, tak berkenan atau tak tahu menggunakan makanya dibiarkan begitu saja. Mangararau (merah menyala) mandah (terbakar) markas kecil PKM di muara Bendang DO disalukut (dibakar). Dengan itu berbalaslah sudah kematian arwah si Utoh Putih.
Berkubang sakan warga Banjar membersihkan awak (badan) dalam parit besar di hadapan rumah Tuan Guru Hj Bakri. “Sudahlah!” Hahalulung (terpekik terlolong) Pakcik Sukri – tak turut serta dalam pertarungan – memanggil mereka naik.
Azan di surau menandakan masuknya waktu Zohor. Selepas menunaikan solat dan makan tengahari, para pejuang Banjar merebahkan badan kepenatan, memenuhi anjung, pelantar, serambi dan surau kecuali Acil, Emoh dan Sabran. Mereka bertiga menceritakan perlaksanaan rancangan yang sarabanya (serba serbinya) berjalan lancar.
Lihum bapair (meleret senyuman) Tuan Guru Haji Bakri mendengarnya.
Markas besar PKM di Sungai Tungko gempar (gigir) seperti (ilah) anak ayam kehilangan ibu. Kekalahan yang tidak diduga – tiga orang pegawai mereka terkorban – bak tikaman duri berbisa dalam sejarah perjuangan PKM di Hilir Perak. Sementara menanti (pahadangan) ketibaan pegawai lain, tak seorang pun anggota komunis yang berani menunjukkan muka di Bendang DO.
Lain pula kisahnya dengan warga Banjar yang berhimpun di rumah Tuan Guru. Lelaki dan perempuan sibuk (auran) menggunting kain bakal dibuat wafak Selindang Merah.
Tuan Guru Hj Bakri sudah mendapat firasat: pertumpahan darah di muara Bendang DO tak kan berakhir (tuntung) begitu saja.
Warga Banjar seluruh Sungai Manik harus membuat persediaan awal untuk menghadapai peperangan terbuka, dan mungkin berpanjangan. Peperangan seterusnya bukan saja tertumpu kepada penentangan terhadap PKM, tapi melibatkan sengketa kaum dan agama. Kalau sudah begitu kehendaknya, terpaksalah diteruskan juga. Alang-alang bermandi darah biarlah sampai ketitisan terakhir.
Mentang-mentang (mantangan) sudah dapat (taulihi) ketua baru yang datang dari pangkalan PKM di Sungai Galah, Tanjung Tualang, pengganas komunis di Sungai Tungko makin mengganas (mambala-bala) membalas dendam gamaknya. Setiap kampung berhampiran (bapaparakan) Sungai Tungko habis diganggu (diudaki), harta benda di ambil, anak dara dan isteri orang sudah tak berkira lagi. Siapa yang berani melawan alamat tersungkur (tajalungkup) jadi sasaran peluru raifel MK5. Anak kecil yang masih dalam buaian (dipukongan) pun turut jadi korban, tanpa rasa belas kasihan. Tak cukup dengan perlakuan begitu, surau pula hangus dibakar. Pejuang kemerdekaan tahi palat lah kalau begini!
“Sampailah sudah saat dan ketikanya wahai wargaku semua, demi Allah dan Rasulnya, aku isytiharkan Fisabilullah… Allahuakbar!” Suara Tuan Guru Haji Bakri bertakbir dengan lantang.
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!” Warga Banjar menyahut seruan.
Setelah mendengar berita tentang tertewasnya gerombolan komunis di muara Bendang DO, keluarga Melayu yang menghuni perkampungan di pinggir Sungai Perak pula yang dijadikan mangsa PKM. Puluhan warga Melayu datang menemui Tuan Guru Hj Bakri meminta ilmu peperangan. Walaupun hanya diberi minum air jampi, itupun sudah cukup untuk meyakinkan orang Melayu yang berjanji untuk sama-sama menyerang PKM di Sungai Tungko.
Sementara itu, warga Banjar pula sebulat suara melantik Acil, cucu Tuan Guru sebagai Khalifah Fisabilullah – walaupun masih muda tapi ilmu sudah penuh di dada.
“Dangar, dangar barataan……….isuk imbah subuh kita bagarak manyarang markas si haram jadah di Sungai Tungko…….Allahuakbar!!!,” ujar si Acil mahabarakan.
“Dengar, dengar semuanya, esok selepas Subuh kita bergerak menyerang markas si haram jadah di Sungai Tungko. Allahuakbar!!!” Ujar si Acil memberi taklimat.
Hari masih lagi (magunai) kelam (tatarauan), selepas solat Subuh dan bersarapan (makan pupuluran) seadanya, warga Banjar yang bakal pergi menyerang markas PKM masing-masing menyarung pakaian serba putih, selindang merah melilit badan, tanjak (laung) di kepala juga berwarna merah, parang bungkol bergemerlapan. Waduh, melihat pakaian begitu pun sudah boleh menimbulkan kegerunan, itu belum lagi berhadapan – meremang (mamburinjing) bulu roma. Sebaik saja selesai bacaan doa oleh Tuan Guru, mereka terus menuju Sungai Tungko.
Tak siapa dapat menduga, rupanya gerombolan PKM sudah sedia menanti ketibaan warga Banjar – seperti sudah dijanjikan. Laras raifel MK5 sedia tertatang, jari melekat di pemetik senapang, dan sebentar lagi bakal berterbanganlah peluru.
Di surau Parit 8, Tuan Guru Haji Bakri terus berzikir tanpa henti. Hanya Pakcik Sukri yang ulang alik ke rumah mengawasi anak isteri warga Banjar yang ditinggalkan demi Fisabilullah.
“Fisabilullah… Lailahaillallah… !!!” Jerit si Acil sebagai Khalifah perang memberi isyarat bermulanya peperangan.
“Lailahaillallah…!” Bergema suara warga Banjar berkalimah tanpa henti.
Selepas itu, kalingungan (bunyi peluru berterbangan), macam air hujan rancaknya peluru meninggalkan muncung (palumpong) senapang. Gerombolan PKM tercengang kahairanan kerana tak seorang pun warga Banjar yang dihinggapi peluru. Tanpa disedari, pejuang Banjar hanya sedepa (sajangkauan) di depan mata. Galabukan (ekspresi bunyi) mata parang bungkol menetak (manimpas) pantas (ancap), menghayun sekehendak hati. Senjata api yang dimegahkan (diungahakan) oleh komunis nyata tidak bermakna lagi. Akhirnya dibuat penangkis tetakan pejuang Banjar.
Si Kandal Larap dan adik beradik parang bungkol lainnya ketawa riang bermandikan darah. Cair (lanah) markas besar PKM Sungai Tungko dihancurkan (diaburakan) warga Banjar Bendang DO. Baju dan seluar masing-masing basah kuyup, hinggakan boleh diperah kerana dibasahi darah pengganas komunis.
“Allahuakbarrrr!” Takbir Si Acil khalifah parang bungkol meminta warga Banjar berhenti (bamandak). Bergelimpangan mayat, merah bumi Sungai Tungko dibasahi darah. Namun, lima orang ketua PKM terlepas lari (talapas bukahan) meninggalkan medan peperangan.
Lari (bukah) bukan sebarang lari. PKM yang pendendam dan kental (kandal) dalam perjuangan tak akan membiarkan begitu saja.
Belum sampai seminggu selepas pertempuran di Sungai Tungko, berduyun-duyun (barara) ahli PKM datang dari setiap penjuru (pinjung) pos PKM di daerah Hilir Perak menghala ke Sungai Manik.
Pertemuan kali kedua lebih hebat lagi. Bukan setakat raifel MK5 saja yang mereka gunakan, bertimbun (batuyuk) Bren Gun dan berpeti-peti banyaknya bom tangan yang seperti buah jambu batu (karatukul). Namun, tak sedikit pun dapat melunturkan (manuhurakan) semangat juang warga Banjar Sungai Manik. Selain parang bungkol, kalimah “Lailahaillallah… Allahuakbar!” Itulah yang dipegang (dipingkuti) sebagai senjata utama warga kita.
Peperangan seterusnya tak dapat ditamatkan (dituntungakan) dalam sehari seperti sebelumnya. Sudah jadi syarat ilmu Tuan Guru Haji Bakri, walau musuh sedang mengamuk sekalipun, bila sampai masanya untuk berhenti, maka terpaksalah dihentikan. Siapa yang berani melanggar syarat akan menerima padah.
Acil, khalifah parang bungkol Sungai Manik baru saja melaungkan kalimah “Allahuakbar” sebagai isyarat menghentikan peperangan untuk hari itu. Seperti biasa, para pejuang Sabilullah berkumpul untuk mengira dan mengenal-pasti setiap orang, manalah tahu kalau-kalau ada yang gugur, atau ada lagi yang masih meneruskan pertempuran.
Pernah terjadi seorang warga Banjar tiada dalam perhimpunan. Melihat ketiadaan adiknya, si abang melanggar pantang larang dengan berpatah balik mengejar musuh dengan geram. Akhirnya abang dan adik hilang dan tak muncul lagi.
Sudah genap sebulan perang Sabil di Sungai Manik, tapi masih belum menampakkan tanda akan berakhir. Bertimbun, bergelimpangan mayat komunis namun mereka masih belum serik, malah semakin cekal. Kekuatan mereka bertambah saban hari, entah dari mana datangnya tak pula diketahui.
Dalam pada itu, gerombolan komunis di Seberang Sungai Perak makin mengganas, menyeksa dan membunuh orang Banjar dan Melayu di Kampung Gajah dan Balun Bidai. Orang Cina tidak pula diapa-apakan malah dijaga dengan baik. Begitu agaknya taktik kotor komunis untuk melemahkan semangat pejuang Sabilullah di Sungai Manik.
Tinjau bilang barucau batuhui kada sing rantian basanjaan di higa rumah Patuan Guru Hj. Bakri.
Sepanjang senja - di tepi rumah Tuan Guru Haji Bakri, riuh rendah murai (tinjau) berkicau tanpa henti.
“Kalau berita baik, bawalah kemari, kalau buruk jauhkanlah,” begitulah selalunya kata-kata orang tua Banjar bila mendengar kicau murai diwaktu senja. Betapa ada kebenarannya. Selepas solat Isyak malam itu, “Assalamualaikum!!!” Kedengaran suara memberi salam di depan surau. Serentak jemaah menyambut salam. Setelah diamati (dijanaki), bergegas (badadas) Tuan Guru turun ke tanah lalu memeluk sambil menepuk belakang orang yang memberi salam.
“Selamat datang adikku,” kata-kata aluan Tuan Guru membuat warga Banjar lainnya terpinga-pinga (tarangakan) kerana tak seorang pun yang kenal (pinandu).
Masmuda, adik (ading) Tuan Guru Hj Bakri baru saja tiba dari Batu Pahat. Si Acil terus menerkam datuk saudara (paninian mamarina) yang tidak kurang hebatnya. Ialah, kalau sudah sedarah sedaging, ke mana lagi tumpahnya ilmu.
Perang Sungai Manik sedang rancak, keadaan di Balun Bidai dan Kampung Gajah semakin genting. Saban hari gerombolan komunis mencari fasal.
“Tak boleh dibiarkan, semakin menjadi-jadi benar keganasan mereka,” rungut Tuan Guru Hj Bakri bercampur marah.
Para pejuang Sabilullah sepakat melantik Masmuda sebagai Khalifah perang mengganti Acil di Sungai Manik. Tuan Guru Hj Bakri dan Acil pula akan turun ke Balun Bidai secepat mungkin.
Wafak Selindang Merah dibuat khusus untuk warga di seberang Sungai Perak. Salah seorang tukang tulis kalimah Allahuakbar Selindang Merah bernama Asmuni.
(Hj Asmuni, tukang tulis kalimah Allahuakbar di Selendang Merah sedang memegang tongkat peninggalan arwah Tuan Guru Haji Bakri - disertakan gambar dalam kisah asal)
Pertama kali Masmuda memimpin pejuang Sabilullah di Sungai Manik, ketara benar kehebatannya. Musuh melepaskan tembakan ke atas, peluru berterbangan seperti air hujan menerjah angin kosong (puang). Pada pandangan mereka, para pejuang Sabilullah semuanya tinggi, setinggi pohon getah maka itulah mereka asyik menghalakan tembakan ke atas. Ketika itulah para pejuang Sabilullah menyerbu, menebas, menetak dan memancung musuh. Baru sekejap, bersih (lingai) medan pertempuran.
Namun, antara musuh yang gugur di hujung parang bungkol pejuang Banjar, terdapat ramai yang menyebut kalimah Allah. Setelah diamati ternyata mereka adalah orang Melayu dan Banjar yang sudah terpedaya menyertai perjuangan komunis. Dalam pertempuran sukar untuk mengasingkan antara Banjar, Melayu dan Cina kerana mereka semuanya menyarung pakaian seragam Bintang Tiga.
Para pejuang PKM masih lagi berdegil - tidak mengerti makna putus asa. Sambil menanti bantuan dari Sungai Karang seberang Teluk Anson, mereka meneruskan (manyalajurakan) perjuangan.
Mujurlah (madakannya) Allah tidak mengizinkan. Tongkang yang sarat membawa gerombolan PKM karam di tengah Sungai Perak, tak jauh dari Pulau Galagak dekat pelabuhan Teluk Anson.
Melambak gerombolan Cina komunis yang tak pandai berenang (bakunyung) tenggelam batu dan mati lemas. Manakala gerombolan komunis bangsa Melayu dan Banjar yang rata-ratanya pandai berenang terselamat dan sempat berenang ke Pulau Galagak. Kalau tidak, pastinya sesama Islam bakal bertempur di Sungai Manik. Sesungguhnya Allah lagi Maha Mengetahui.
Berita yang melemahkan perjuangan PKM – ranapnya pejuang mereka di Sungai Manik di tangan warga Banjar di bawah pimpinan Masmuda, panglima Selendang Merah Batu Pahat, Johor.
Dalam pada itu, ramai orang Melayu dan Banjar di Balun Bidai, Kampung Gajah dan kampung-kampung berhampiran memilih untuk lari ke dalam hutan meninggalkan rumah masing-masing kerana komunis semakin mengganas, menembak rumah membabi buta. Mengamuk kononya. Untuk apa melepaskan geram terhadap mereka yang tak tahu menahu!
Lain pula ceritanya dengan kaum Cina yang menghuni kawasan sekitar. Hampir semuanya menyokong perjuangan PKM, dan kerana itulah mereka tidak diganggu.
Tuan Guru Haji Bakri, Acil dan Emoh selamat menyeberang Sungai Kinta dan sampai di Kampung Changkat, Bayas, Balun Bidai. Sungguh tak disangka rupanya warga Banjar di situ tak juga kurang keberanian mereka.
Acil pula dilantik sebagai Khalifah surau Changkat Bayas, markas pejuang Sabilullah di Balun Bidai. Selendang dan tanjak merah yang dibawa dari Sungai Manik diagih-agihkan sehelai seorang. Pun begitu, sekiranya ada yang memiliki ‘wafak’ sendiri, mereka dibenarkan memakainya. Begitulah cara orang Banjar – walau setinggi mana pun ilmu sendiri, namun ilmu orang lain tetap dihormati. Mencerca (mawada) menghina (mahapak) kebolehan orang lain bukan Banjar namanya.
Siang malam kedengaran bunyi tembakan di pinggir Balun Bidai, entah apa yang mereka tembak tidak pula diketahui. Membunuh dan menyiksa orang, itu sajalah kerja mereka. Setengahnya bertujuan menakutkan – konon komunis masih lagi kuat walaupun sudah tewas di Sungai Manik. Hii, geram betul.
Pada mulanya hampir tujuh puluh orang warga Banjar yang sanggup turut serta sebagai pejuang Sabilullah. Yang penakut (pamburisit) dibenarkan tinggal mengawasi anak isteri mereka yang bakal pergi menyerang markas PKM di tebing Balun Bidai. Tuan Guru Haji Bakri tetap seperti biasa – bersendirian berzikir dan membaca ayat-ayat di surau. Sampai saat dan ketikanya, pergilah para pejuang menuju sarang komunis di tebing Balun Bidai.
Lailahaillallah… Allahuakbar!!!” Maka bermulalah perang sabil di daerah Kampung Gajah, Perak.
Khalifah Acil yang masih muda sudah berbulan lamanya menentang musuh di Sungai Manik. Boleh dikatakan setiap kali pergi berjuang, darah musuh sampai kering di badan. Medan pertempuran dibuatnya seperti padang permainan. Degil, menari (baigal) menahan tembakan komunis membuat musuh semakin geram. Ditembak tak langsung memberi bekas.
Musuh semakin menghampiri para pejuang Sabilullah.
“Timpasss!!!” (tetak) ujar si Acil berteriak. Apa lagi, parang bungkol terus mandi darah.
Peperangan di Balun Bidai melahirkan seorang lagi wira Banjar bernama Mawi, pemilik parang bungkol bergelar si Kajang Rungkup. Kalau berhadapan musuh, dia tidak teragak-agak untuk menerkam (marungkup) dan menyembelih, seperti menyembelih leher lembu. Yang menghairankan, musuh yang sudah kena terkam langsung jadi lemah tak bermaya untuk melawan. Itulah keajaiban parang bungkol si Kajang Rungkup.
Setelah berakhir perang di Balun Bidai, Acil diberi gelaran “Acil Wani” (Acil Berani). Sebut saja nama Acil, seluruh warga Banjar kenal padanya.
Bela (haragu) bukan sebarang bela, bela ada muslihat (sipatan). Warga Cina yang ramai bermastautin disetiap pelosok Kampung Gajah sudah mula mencebik (kulibian) bila bertemu orang Melayu.
“Wahai kaumku, perang sabil saja diolah (dipiulah) oleh orang Melayu yang banyak menjurus kepada perkauman. Mereka merancang untuk menghapuskan bangsa Cina seluruh Tanah Melayu, itulah tujuan sebenarnya. Tergamakkah (purunkah) tuan-tuan membiarkan bangsa sendiri hancur lebur dipijak-pijak (dilincai) orang Melayu? Tentunya kalian tak sanggup. Nah apa lagi yang ditunggu, jom kita bersatu, kita tentang sampai ketitisan darah terakhir!” begitulah bunyinya kempen PKM setiap kali bertemu orang Cina di Kampung Gajah. Mereka yang sudah rasa terhutang budi kerana selama ini dilindungi, dijaga sebaiknya oleh PKM akhirnya bersetuju berjuang demi bangsa dan agama mereka.
Orang Cina tak dapat melihat muslihat di sebalik kemanisan kata-kata PKM – memperbodoh (mawalohi) orang Cina untuk kepentingan sendiri dengan melagakan (menyaung) Cina dan Melayu. Betapa tidak, sudah banyak pengganas komunis kecundang di tangan pejuang Banjar.
Orang Cina mula menghimpunkan serba serbi (sarabanya) keperluan – parang besar, parang bengkok, kayu pengandar tempinis seadanya dengan tujuan untuk berperang. Sekiranya terserempak dengan orang Melayu, tak kira kecil atau besar bakal habislah mereka kerjakan.
Pertemuan secara berdepan antara pejuang Sabilullah dengan orang Cina dan pengganas komunis di pinggir Kampung Sungai Galah tak kurang jua sengitnya dibandingkan dengan yang sebelumnya. Lenguh (katuran) tangan warga Banjar kerana terlalu pantas (ancap) mengayun (mailai) parang bungkol. Baju dan seluar basah kuyup (jimus) dengan darah. Mayat musuh bergelimpangan di sana sini, namun jumlah mereka masih belum berkurangan (rawak), malah semakin ramai (manjarau).
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!” Jerit si Acil tiga kali sebagai isyarat supaya berundur seketika untuk menghilangkan penat dan membuat strategi lain. Melihat pejuang Sabilullah mula berundur, warga Cina riuh mangajuk (mauyati) zikir Lailahailallah.
“Lailahailalit… Malayu kasi habit!!!” Mereka merasakan sudah beroleh kemenangan.
Mendengar zikir dipermainkan, Mawi si Kajang Rungkup hilang sabar. Serta merta dia berpatah balik mengejar musuh. Sayang, hajatnya untuk menerkam tak kesampaian. Bertalu-talu peluru Bren Gun komunis hinggap ke badan. Huyung hayang (tajumpipir) Mawi lalu rebah.
“Habislah Mawi!!!” Semua warga Banjar yang melihat terasa sedih.
Tak sampai 10 minit berselang, Mawi yang bergolek kesakitan (bapangsar) di atas tanah bingkas bangun.
“Mati aku, mati aku, mati aku!” Ujar Mawi yang berlari anak (bukah maanak) balik ke kumpulan, sambil mengibas (bakipuh) membuang peluru yang sudah leper yang melekat (marikit) penuh (papak) seluruh badan. Mawi yang disangka sudah mati rupanya masih (magunai) hidup.
“Bah rasa berbahang (mambarangat) Cil ai… hampir (manggisit) terbakar (mandah) aku abang (kakak) Emoh ai!” Ujar Mawi mengadu. Khalifah Acil ketawa terbahak-bahak, tak dapat menahan kelucuan teringat karenah Mawi.
Senyum meleret (lihum bapair) si Emoh sambil mengipas Mawi yang sedang kepanasan, tapi masih lagi boleh bergurau (bahuhulut). Begitulah karenah orang Banjar.
Mawi, kalau belum sampai ajal sememangnya kebal. Bukan sekali dua dia bakipuh begini.
Masa bertugas sebagai Home Guard mengiringi tuan lombong orang Inggeris Changkat Tin, dia pernah diserang hendap oleh
Bintang Tiga ketika sedang menaiki Loko (keretapi kecil pengangkut bijih timah). Terpandang tuan orang Inggeris yang sudah mati terkena tembakan, Mawi melepaskan raifel di tangan lalu mengejar komunis dengan parang bungkol. 5 orang pengganas maut (jingkar) ditetak dengan Kajang Rungkup. Entahlah, adakah anak-anaknya yang mewarisi ilmu si bapa!
Hari semakin lewat (landung), para pejuang Sabilullah terpaksa meninggalkan medan perjuangan kerana masa dan ketika untuk berhenti sudah pun tiba. Musuh masih riuh berteriak (karahongan) mengajak berlawan tanda tak puas hati, tapi setelah tak dilayan, mereka pun senyap. Mawi yang masih sakit seluruh badan (ringkutan saawakan) ditandu balik.
Sementara itu, orang Melayu dari Kampung Gajah berduyun-duyun datang menemui Tuan Guru Haji Bakri di surau Changkat Bayas. Tak sampai sepuluh orang yang sempat (sawat) memperoleh selendang merah kerana itu sajalah baki yang ada. Walau bagaimana pun, semuanya diberi minum air perangsang (banyu garangsang) dan diberi amanat – kalau boleh, hapuskan saki baki dan zuriat komunis di Kampung Gajah.
Memang menjadi, tak sia-sia pemberian Tuan Guru. Tak sempat menunggu esok sudah riuh dan gempar orang Melayu menyerang orang Cina di Kampung Gajah. Di mana saja terdapat kediaman mereka, habis dimusnahkan.
Orang Melayu di Kampung Gajah sudah jadi berani setelah menuntut ilmu orang Banjar – angkara Ali Amin yang memperdagangkan ilmu kepada orang Melayu.
Ali Amin - kerana tak mahu bekerja seperti orang lain, bila tak berduit, ilmu dijualnya. Hampir tercetus pergaduhan dimarahi Acil dan Emoh. Oleh kerana malu, akhirnya dia meninggalkan Balun Bidai, dan terus hilang tanpa berita.
Sudah tiga hari para pejuang Sabilullah merehatkan badan. Esok pagi bakal bermula perjuangan baru – menyerang musuh di pinggir Kampung Sungai Galah. Menurut firasat Tuan Guru Hj Bakri, peperangan esok mungkin yang terakhir. Para pejuang memujuk Mawi supaya jangan turut serta kerana masih belum sihat sepenuhnya. Tapi orang yang keras hati sepertinya tak makan pujuk.
“Napa garang pamburisit banar ah diaku nia tih?” ujarnya mamburangsing.
“Kenapa gerangan, penakut benarkah aku ni?” Ujarnya dengan nada marah.
Sepetang suntuk Mawi bersilat memantapkan langkah 12 (seni silat orang Banjar), dengan tujuan untuk menerkam bersungguh-sungguh agaknya. Serba salah (saraba ngalih), kalau ditinggal, mau saja menonong (mangunyur) mengikuti dari belakang (manunti) seorang diri. Selepas dibenarkan (diinggihakan) barulah dia senyap (ranai).
Zikir Lailahaillallah tak berhenti-henti, musuh yang sudah bersedia menanti begitu ramai.
“Fisabilullah Allahuakbar!!!” Laung Khalifah Acil sambil berlari di hadapan menghampiri musuh. Kelentungan (kalintingan) senjata berlaga. Orang Cina pun apa kurangnya – bermacam kebolehan dan kemahiran dipamer dalam perjuangan penentuan antara hidup dan mati.
Sedang rancak bertarung, orang Cina terpinga-pinga kerana dengan tiba-tiba kelibat orang Banjar sudah tidak kelihatan. Pengganas komunis yang bijak bersembunyi di merata penjuru mula keluar dari tempat persembunyian untuk mengejar dan mencari pejuang-pejuang Banjar. Hilai ketawa mereka membayangkan seperti sudah mencapai kemenangan.
Namun, kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak disangka, tiba-tiba parang bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak (manimpas), melibas (merawis) dan menikam (manyuduk) hingga tak dapat dielak. Banjir (baah) Kampung Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas komunis lari menghala ke hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada magan di hadang) lagi kerana ‘lailahailait’ Cina sudah potong habis.
Bagaimana (dimapang) parang boleh terbang sendiri kalau tak ada kudrat dan iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang bersungguh-sungguh (bahimat) menetak (manimpasi), cumanya mereka tidak kelihatan kerana sudah berada di alimul (alam) ghaib.
Keberanian orang Banjar turut menaikkan semangat orang Melayu di merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai Perak dan Chenderong Balai ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah lama menderita ditindas komunis. Selepas itu barulah tentera upahan British bangsa Punjab tiba untuk mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah.
Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di Kampung Gajah. Saki baki pengganas komunis yang masih hidup lari ke dalam hutan.
(Tuan Guru Haji Bakri, 57 tahun kembali ke Rahmatullah di Mekah tanggal 26 September 1950. Jasadnya disemadikan di Perkuburan Ma’ala, Mekah - disertakan gambar dalam kisah asal)
PENTERJEMAH ASAL:
http://utuhlingkun.com/2012/03/04/perang-sungai-manik-8/#comment-226
KISAH ASAL DALAM BAHASA BANJAR:
http://banjarcyber.tripod.com/sgmanik_1.html
Share

Wednesday, June 27, 2012

MACAM MANA MELAYU NAK BERSATU



MACAM MANA MELAYU NAK BERSATU??? Menarik juga pertanyaan seorang sahabat ni. Hari ini penulis terpanggil untuk mengulas serba sedikit mengenai perkara ini. Idea sedemikian terpacul dari kotak pemikiran penulis setelah membaca artikel tentang gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Memang satu gagasan yang amat menarik di mana ianya adalah salah satu cita-cita untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di negara ini. Walau bagaimanapun, perkara yang terlintas jauh di sudut pemikiran penulis setelah membaca artikel tersebut ialah tentang MELAYU. Adakah wujud perpaduan di kalangan orang Melayu sendiri??? Adakah orang Melayu boleh bersatu??? Satu pertanyaan yang sukar untuk dijawab dan diperkatakan. Kadang-kadang terfikir juga, adakah disebabkan perbezaan pegangan politik itu yang memecahbelahkan bangsa Melayu itu sendiri. Mungkin ya atau mungkin juga tidak. Bagi penulis, perbezaan pegangan politik itu wajar tapi tidak perlulah sampai melibat perpecahan bangsa sendiri. Macam mana lah Melayu nak bersatu kalau disebabkan pegangan politik yang berbeza semua nak berpecah. Tapi betul ke disebabkan pandangan politik yang berbeza je yang boleh buat Melayu berpecah belah. Cuba lihat dan buka kotak pemikiran kita dengan seluas-luasnya. Bagaimana pula dengan kewujudan semangat kenegerian di negara ini. Semangat kenegerian itu penting sebab melambangkan identiti sesebuah negeri. Tapi macam mana pula kalau semangat kenegerian itu diagungkan sehingga menjadi satu kebanggaan kepada sesetengah puak. Bukan penulis tidak ada semangat kenegerian tetapi tidaklah pula terlalu taksub sehingga membuatkan orang lain jelik. Macam mana Melayu nak bersatu kalau wujud puak-puak yang begitu taksub dengan perkara sebegitu. Terlalu bangga dengan negeri sendiri sehingga menyebabkan mereka merasakan tiada negeri lain yang setanding dengan rakyat di negeri mereka. Ketaksuban sebegini juga mampu memecahbelahkan Melayu di negara ini. Macam manalah nak satukan masyarakat majmuk di negara ini jika bangsa Melayu sendiri pon tidak bersatu. FIKIRKAN.

Tuesday, June 26, 2012

MAJALAH FAR EASTERN ECONOMIC REVIEW BERKENAAN PERISTIWA 13 MEI 1969 (KELUARAN 7 JUN 1969)

TAJUK: DOWN--BUT NOT OUT
BY: T. G. Mc Gee

MALAYSIA: On the face of it, the results of the recent West Malaysia election should not have provided a catalyst for the communal riots which followed, says T. G. McGee, a well-known authority on urban problems in Asia with a specialised knowledge of Kuala Lumpur and Malaysian politics. In this article he provides a detailed analysis of the West Malaysia Parliamentary Election results -- the backdrop to the disorder which followed.


THE current disastrous sequence of events in West Malaysia -- communal rioting, the imposition of Emergency Regulations, the postponement of scheduled elections in East Malaysia, and the apparent inability of the Alliance Government to hold together the divided ethnic elements of Malaysia's society -- have forced a realistic analysis of the 1969 Parliamentary Election results into the background.



An analysis of this Parliamentary election when compared with the electoral patterns of Alliance and Opposition support in the 1959 and 1964 elections provides considerable insight into the unresolved tensions and problems of West Malaysia. Such tensions also exist in the territories of East Malaysia, but there has not been as much time to undertake remedial policies.



To understand these conflicts as they emerge in the electoral patterns, it is necessary to briefly sketch the demographic, social and economic features of West Malaysia. West Malaysia (and Malaysia as a whole) is unique among Southeast Asian nations in that immigrant groups form almost 50% of its total population. In 1966 the Malays made up 50% of West Malaysia's population, while the remainder was composed of Chinese (37%), Indians (11%) and other racial groups (2%). This almost equal balance between the indigenous and alien communities has been the most important deterrent to extreme measures being taken by the indigenous populations against the minority groups as have occurred in other Southeast Asian countries, notably against the Indians in Burma and the Chinese in Indonesia. Malaysia's unique multi-racial situation has been complicated by the fact that the Malays, traditionally located in rural areas, are poorer and less educated than the predominantly urban Chinese (63%) who are economically better-off.



In an effort to prevent a polarisation between the "have" and "have nots" of the Malaysian society in the form of a communal war, the British were careful to ensure that their political power of the colonial period devolved effectively to the Malays. Thus the formation of the Alliance Party -- comprising the predominant UMNO (United Malay National Organisation) but including also the MCA (Malaysian Chinese Association) and the MIC (Malaysian Indian Congress), which won the 1955 election and every election thereafter -- was looked upon with favour.



Secondly, the distribution and allocation of constituencies ensured a dominance of Malay rural constituencies at the expense of the more heavily-populated Chinese urban constituencies. Since this original constituency demarcation, there have been several changes in parliamentary constituencies boundaries but this basic inequality has not been corrected. For example the urban electorate of Bungsar won by the DAP (Democratic Action Party) in this year's election had a valid vote of 46,698 compared with the Hiler Perak constituency which had a valid vote of 12,221 won by the Alliance.



Since the Independence of Malaya in 1957 several trends have emerged to complicate earlier hopes of maintaining some kind of balance between the Malay indigenous political power and the immigrant economic power. First the growth of towns which had accelerated between 1947 and 1957 has continued.



In particular Kuala Lumpur, the capital, has experienced very rapid growth. In 1967 the Municipal Health Officer for Kuala Lumpur estimated that the city would reach a population of 750,000 by 1968; almost a 100% increase in 10 years. More relevant to current events is the fact that many of those moving to the city have been rural Malays who have not always found employment opportunities. In addition lack of adequate housing has forced them into squatter settlements and the overcrowded Kampong Bahru has been the foci of recent communal clashes.



This Malay movement has not been so marked in other parts of the Malayan Peninsula but the same problems of unemployment exist elsewhere for the Chinese; particularly in George Town (Penang), Malacca, Ipoh (Perak) and Seremban (Negri Sembilan), important centres of Chinese disaffection with the Alliance Government.



To remedy these situations, the Alliance Party has attempted to follow a policy of government investment in the rural sector to uplift the standard of living of the Malay population while providing incentives for private enterprise to invest in the industrial expansion of the cities. It has also attempted to ease Malays into the urban sector by providing government positions and industrial jobs.

Despite considerable success in solving their complex dilemma, the pace has evidently not been sufficient to create sufficient labour opportunities for either the Malays or Chinese, and indeed a growing dissatisfaction in both communities has become apparent.


Among the Chinese, the Alliance Party's policy seems to excessively favour Malays. Among the Malays, the Alliance Party's policies are regarded as not getting results fast enough. In the face of this situation, the PMIP (Pan Malayan Islamic Party), drawing its support largely from the most backward, rural Malay communities through a dual appeal to Malay chauvinism on the basis of their Islamic religion and their inherent rights, has been growing in power.



In the urban areas of the western states several parties, the Democratic Action Party, the Gerakan Ra'ayat Malaysia and the People's Progressive Party, all of them multi-racial in membership but drawing support largely from the Chinese with their promises to improve the community's conditions, have similarly increased their political strength. It is against this background of growing communal polarisations that the results of the 1969 election must be analysed.



The most striking fact emerging from the 1969 Parliamentary election is not the substantial loss in the number of Alliance Party parliamentary seats and in its percentage of the total vote compared to 1964 but that the pattern of Alliance and Opposition support is strikingly reminiscent of the 1959 elections. Looked at in the context of the three elections, the substantial Alliance victory of 1964 could in retrospect be viewed as reflecting the threat of Konfrontasi which encouraged the voters (particularly the Chinese) to put aside their concern for local issues of economic development and social welfare when casting their votes.



In 1959 the Alliance Party was already clearly entrenched in its regional areas of support -- Johore, Pahang, Kedah and the dominantly Malay constituencies of the West Coast states of Penang, Perak, Selangor and Negri Sembilan. The Pan Malayan Islamic Party controlled the states of Kelantan and Trengganu. The Socialist Front and the People's Progressive Party were dominant among a mixture of opposition parties in the urban areas of the West Coast states.



Ten years later, the Alliance Party had gained Trengganu at the expense of the Pan Malayan Islamic Party. The latter party had made substantial gains in Kedah, a dominantly Malay Alliance stronghold. Despite these changes, the pattern of electorate support for these two parties was not radically different. The DAP and the Gerakan had inherited the Socialist Front and other miscellaneous parties' strength in the mixed and dominantly Chinese urban constituencies of Penang, Negri Sembilan and Selangor. The PPP (People's Progressive Party) still retained its position in its urban stronghold of Ipoh and the surrounding areas.



The implications of this regional pattern of electoral support at the parliamentary level can be more fully explored by the investigation of the patterns of communal support and rural-urban support for the principal parties. Earlier elections have revealed strikingly the influence of the communal structure of Malaysian society. The principal Malaysian political parties with the exception of the PMIP have always recognised this fact despite their avowed adherence to a policy of anti-communalism.



For instance the Alliance Party has usually followed a policy of nominating from its threefold party alliance a candidate whose race is that of the dominant race in each constituency. This is one of the principal reasons for the easy recognition of the MCA's bad showing in the 1969 polls since their candidates failed to win many seats in the Chinese constituencies. There have been exceptions -- for instance, V. Manickavasagam in Klang constituency and Tan Siew Sin in Malacca Central -- but these are few, certainly the exceptions rather than the rule.



It should be made clear that the present distribution of the races -- predominantly Malays in rural areas and Chinese in urban areas -- creates a situation in which the Malay vote is more important than its size in the population might lead one to believe because of the heavy concentration in the over-represented rural constituencies. The pattern of communal support in the elections of 1959, 1964 and 1969 indicates that the Alliance has not markedly lost the support of the dominantly Malay constituencies. However, this conclusion must be seen in relation to the pattern of the contested electorates since the PMIP contested far fewer seats than the Alliance.



The PMIP drew practically all its support from the Malay constituencies but also increased its votes in mixed constituencies principally among the Malays in the West Coast states of Selangor and Perak. The growing appeal of the Socialist Front Party in the mixed and Chinese constituencies has been inherited by the DAP and the Gerakan. The other parties appear to have declined in Chinese areas despite the fact that the PPP, the principal party of this group, won four seats in the 1969 election.



In the 1964 election, the PPP, the DAP and the Labour Party were also included in this category. Certainly there has been a decline in the Alliance support in Chinese areas, but it is scarcely as bad as the election results appear to indicate viewed in terms of the total vote of these constituencies. Overall the pattern seems to be very much back to the 1959 pattern of communal support.



While the division into rural and urban constituencies is necessarily crude, the emergent trend resembles that which existed in 1959. This is particularly true of the Alliance Party. The most marked change has occurred in the urban constituencies where the combined vote of the PAP and the Gerakan has taken almost 50% of the vote. If the PPP is added to this, then over two-thirds of the urban vote went to the opposition parties. The other marked change is in the considerable increase in PMIP's share of the rural vote. Thus the ethnic division between rural and urban populations is amply supported by these data.



The implications of this analysis of regional, communal and rural-urban suport for the various parties point to a growing polarisation which indicates that the policies of the Alliance Party have not succeeded in convincing the majority of the West Malaysian population of the need for continuing to support the ruling party's policies.



On the face of it, the results of the 1969 election should not have provided a catalyst for the communal rioting which ensued. True, the MCA has lost the support of the majority of Chinese. True the UMNO has lost some support among the Malays. But these trends should serve as indicators to the Alliance Party of the inadequacy of its policies for building a multi-racial society. They need not be interpreted as an irrevocable disenchantment with the Alliance Party or the successful manoeuvring of another party or parties to overthrow the existing Government.

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH






Khutbah terakhir Rasulullah S.A.W 
Disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah



WAHAI manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.  Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.


SELAWAT & SALAM KEPADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. SEKIAN

Monday, June 25, 2012

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN ORANG MELAYU (MERASI)



MERASI??? Pernah dengar perkataan ini??? Mungkin generasi muda zaman sekarang tidak pernah mendengar perkataan ini. Merasi secara umumnya adalah salah satu cabang menilik nasib yang digunakan oleh orang MELAYU dahulukala dan mungkin masih ada yang mengamalkannya sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang MELAYU sudah hampir melupakan adat ini. Keadaan ini bukanlah disebabkan kerana ianya ditegah oleh Islam ataupun akibat tentangan atau protes yang lahir dari golongan alim ulama, sebaliknya ianya dilupakan disebabkan orang MELAYU itu sendiri yag tidak memerlukannya. Adat MERASI ini biasanya dilakukan untuk bakal pasangan yang belum saling mengenal dan sukar untuk mengenal hati kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun, dalam keadaan masyarakat sekarang yang boleh dikatakan agak bebas, seseorang itu boleh mengetahui perwatakan pasangan masing-masing melalui pertemuan-pertemuan secara langsung dan tidak langsung. Keadaan ini secara tidak langsung membantu pasangan untuk mengetahui tentang keserasian di antara satu sama lain. Justeru, keperluan untuk MERASI tidak timbul pada masyarakat zaman sekarang.

Perlakuan adat MERASI ini secara umumnya boleh dikatakan tidak bertalian dengan darjat  atau martabat seseorang atau satu-satu keluarga. Adakalanya orang kaya, golongan bangsawan dan ternama masih mengamalkannya sedangkan golongan biasa terus mengabaikannya. Keadaan ini terjadi mungkin kerana orang yang mengamalkannya hidup dalam satu kelompok manusia yang eksklusif, yang dilingkungi oleh adat istiadat kelompoknya sendiri dan adat tersebut dijaga dengan kukuh agar tidak lapuk ditelan zaman. Kebiasaannya golongan seperti ini mempunyai bomoh, pawang atau dukun yang menjalankan adat MERASI serta adat istiadat lain. 


Umumnya, terlalu banyak cara-cara untuk MERASI. Ada yang mudah dan ada yang sukar dan disokong dengan petua-petua tertentu. Antara contoh teknik MERASI ialah dengan menghitung nilai nama pasangan yang hendak dijodohkan. Umumnya, hitungan tersebut dilakukan berdasarkan ejaan huruf-huruf Arab di mana setiap huruf itu mempunyai nilainya yang tersendiri. Di bawah diperturunkan nilai tersebut:



(Panduan: Lihat ejaan huruf Arab di atas)



Ambil satu contoh. Misalnya SALIM dengan FATIMAH, beri nilai bagi setiap huruf:

SALIM: SIIN (60), ALIF (1), LAAM (30), YAA (10), MIIM (40) = 141
FATIMAH: FAA (80), ALIF (1), TAA (HURUF 16) (9), MIIM (40), HAA (8) = 138

Jumlah dari tiap huruf tadi dicampurkan (141+138=279). Seterusnya angka ini ditolak dengan angka 9 dan bakinya ditolak lagi dengan dengan 9. Begitulah seterusnya sehingga tinggal satu angka sahaja (dari 1-9). Baki angka terakhir inilah yang dijadikan penentu untuk mendapat kepastian tentang rasi pasangan tadi. 

Rumusan ramalan angka-angka tersebut adalah seperti berikut:

1-Jodoh tidak sesuai
2-Sesuai
3-Permulaan jodoh tidak menggalakkan dan akhirnya akan menjadi lebih buruk tetapi kadangkala ada juga persesuaian.
4-Pertemuan jodoh pasangan baik, jalinan kasih sayang semakin lama semakin erat
5-Jodoh baik, rumah tangga aman dan makmur
6-Pertemuan jodoh baik pada permulaannya tetapi akhirnya sering terjadi selisih faham
7-Jodoh baik, keadaaan rumah tangga aman dan mulia dipandang orang
8-Pertemuan jodoh tidak baik yang mungkin berakhir dengan penceraian
9-Pertemuan jodoh yang sederhana rasinya, selalu pindah rumah

Kaedah lain ialah dengan menjumlahkan nilai nama tiap seorang secara berasingan tetapi tidak dijumlahkan kedua-duanya seperti di atas tadi. Contoh SALIM=141 & FATIMAH 138. Nama kedua-dua ini ditolak secara berasingan. Contoh: angka 141 ditolak dengan angka 9 sehingga mendapat satu angka sahaja (1-9) iaitu baki terakhir angka bagi setiap nama pasangan. Dari angka inilah ramalan dilakukan, iaitu dengan mempertemukan angka lelaki dan perempuan. Rumusan ramalan ini adalah seperti berikut:

1-1=Jodoh pertemuan diramalkan baik dan hidup pasangan itu bahagia
1-2=Jodoh pertemuan diramalkan serasi, mendapat rezeki halal, mendapat anak baik dan ada persefahaman antara suami isteri
1-3=Jodoh tidak serasi dan sering berselisih faham
1-4=Ada persefahaman antara pasangan tetapi akhirnya akan bercerai, tetapi jika mempunyai anak maka jodoh akan kekal
1-5=Tidak serasi dan akhirnya akan bercerai
1-6= Serasi dan bahagia hidup mereka
1-7=Pasangan ini tidak serasi, sentiasa bersengketa dan saling mencari kesalahan pihak lain
1-8=Hidup mereka sering muram dan dalam keadaan miskin. Anak adalah faktor berkekalannya jodoh mereka
1-9=Jodoh mereka kekal tetapi hidup mereka sering huru-hara

2-2=Jodoh kekal, sayangnya tidak ada kasih sayang. Hati pasangan ini tidak sehaluan
2-3=Tidak ada persefahaman dan berakhir dengan penceraian
2-4=Jodoh ini tidak kekal
2-5=Jodoh ini kekal tetapi hidup mereka dalam keadaan miskin
2-6=Jodoh ini hidup dalam keadaan miskin, jika beranak, anak menjadi punca masalah
2-7=Saling faham memahami
2-8=Tidak persefahaman. Si perempuan keras hatinya
2-9=Jodoh ini saling bersefahaman murah rezeki dan mendapat kurnia nikmat Allah S.W.T

3-4=Jodoh ini akan berakhir dengan penceraian
3-5=Jodoh ini ada persesuaiannya. Sayangnya mereka akan berakhir dengan penceraian
3-6=Jodoh ini sesuai dan kekal
3-7=Sesuai dan berkekalan
3-8=Sesuai dan berkekalan
3-9=Kurang sesuai, selalu berselisih faham tetapi bila terjadi perselisihan salah satu pihak akan mengalah

4-4=Tidak sesuai dan mungkin berakhir dengan penceraian
4-5=Ada persefahaman di antara pasangan tetapi mungkin akan berakhir dengan penceraian
4-6=Hidup pasangan ini dalam kesukaran dan tidak bersefahaman. Rumah tangga sering menjadi punca masalah
4-7=Tiada persefahaman antara pasangan ini
4-8=Saling bersefahaman. Rumahtangga aman
4-9=Tidak serasi

5-5=Tidak bersesuaian, sering berselisih faham dan akan berakhir dengan penceraian
5-6=Saling bersefahaman. Rumahtangga aman
5-7=Saling bersefahaman tetapi kadang-kadang timbul masalah
5-8=Hidup pasangan ini saling bersefahaman dan bahagia tetapi akhirnya mereka menghadapi masalah
5-9=Tiap pihak dari pasangan ini mempunyai sifat-sifat kebaikan dan kejahatan

6-6=Jodoh ini serasi, berkekalan dan murah rezeki. Mereka berdua baik hati
6-7=Jodoh ini tidak sehaluan hati tetapi kekal
6-8=Jodoh ini serasi, saling bersefahaman dan berkasih sayang
6-9=Jodoh ini serasi, kekal tetapi kadang-kadang menghadapi masalah dan pertelingkahan

7-7=Tidak sesuai dan sering bersengketa
7-8=Tidak sesuai dan mungkin berakhir dengan penceraian
7-9=Pertemuan antara jodoh ini akan membawa kebaikan, tetapi sifat kebaikan dan keburukan wujud pada kedua-dua pihak

8-8=Jodoh ini sesuai, mendapat rezeki dan nikmat Allah S.W.T
8-9=Jodoh ini saling bersefahaman, berkasih sayang dan bahagia

9-9=Jodoh dari pasangan ini kuat dan kekal biarpun terdapat sedikit persengketaan dalam masa-masa tertentu

Cubalah kalian cuba melihat jodoh masing-masing sama ada serasi atau tidak. Walau bagaimanapun, janganlah kalian percaya dengan sepenuhnya kerana jodoh itu rahsia ALLAH S.W.T. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu menentukan jodoh sesebuah hubungan kita sebagai manusia hanya mampu berusaha. SEKIAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...