Tuesday, May 10, 2011

TaNgAn MELAYU: 1001 RaHsiA & MaKSuD Di SeBaLiKnYa


SaLaM. ArY NiE aK nAk BeRkOnGsi MakLuMat dGn KorG mEnGeNai sAtU aRtiKeL yG aMaT MeNaRiK uTk di KoNgSiKaN. ArTiKeL iNi tElAh Di TuLiS oLeH AZLAN GHANIE yG mErUpAkAn pEnGaSaS KePaDa SILAT MELAYU KERIS LOK 9. DaLaM aRtiKeL yG bErTaJuK TANGAN MELAYU: maksud, niat & hajat nie, bELiAu teLaH meNguPaS mEnGeNai rAhsiA yG tErSinGkAp Di dAlAm pErkAtAaN tErSeBut.

Secara umumnya, Melayu merupakan satu bangsa yang halus tidak kira daripada perlakuan sehingga kepada percakapannya. Setiap tingkah laku dan percakapan orang Melayu adalah halus dan sopan. Namun harus diingat bahawa bangsa Melayu itu apabila meluahkan kata-kata penuh dengan kiasan yang mempunyai maksud yang amat tersirat disebaliknya. Setiap kata-kata tersebut mempunyai maksud tersendiri yang hanya mampu difahami oleh bangsa Melayu itu sendiri. Hal ini telah menunjukkan kehalusan bahasa dan budi pekerti yang wujud dalam diri masyarakat Melayu itu sendiri. Kemungkinan kata-kata yang dilafazkan secara berkias ini adalah bertujuan untuk menegur, menyindir, memberi amaran, memberi nasihat dan sebagainya. Walau bagaimanapun, isu yang akan dikupaskan pada hari ini bukan mengenai kehalusan bahasa Melayu itu, tetapi mengenai maksud disebalik tangan Melayu itu.

Sebelum isu ini dikupaskan dengan lebih lanjut, maka adalah lebih baik diwujudkan persoalan mengenai tangan Melayu ini. Pernahkah kalian mendengar ungkapan "aku tangan nanti". Mungkin ada segelintir daripada kalian yang pernah mendengar tentang ungkapan ini. Sebenarnya ungkapan ini hanya diungkap oleh orang Melayu sahaja. Kebiasaanya ungkapan ini akan dilafazkan ketika marah. Selain itu, ungkapan ini adalah bertujuan untuk memberi amaran keras kepada anak-anak yang nakal. Kehebatan ungkapan ini dapat dilihat apabila ianya dilafazkan. Apabila ungkapan ini dilafazkan sudah tentu akan menyebabkan orang yang mendengarnya terdiam dan melupakan hasrat atau hajat yang ingin dilaksanakannya.

Namun demikian, ungkapan tangan Melayu ini sudah jarang dilafazkan oleh masyarakat Melayu hari ini. Menurut Azlan Ghanie, jika ungkapan ini dilafazkan ianya akan menjadi "umum tetapi tetap sulit". Sungguhpun demikian, jika ungkapan ini dijelaskan dengan tepat dan terperinci, ianya mungkin akan menggerunkan orang yang mendengarnya. Hal ini kerana, kata-kata tersebut dilafazkan sebagai satu amaran kepada si pendengar bahawa tangan mereka akan menyinggah jika sudah hilang sabar. Begitulah sikap dan tabiat Melayu yang gentleman iaitu memberitahu sebelum melakukan sesuatu. Sikap gentleman ini menunjukkan kewibawaan bangsa Melayu itu sendiri yang berani dan bukan 'bacul' atau penakut yang melakukan 'pukul curi'. Sikap inilah yang membezakan bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa lain.

Kenapa ungkapan ini hanya dilafazkan sebegitu iaitu "aku tangan nanti". Sebenarnya apabila ianya dilafazkan sedemikian, maka si pendengar atau si penerima sudah tentu tidak mengetahui bentuk habuan yang akan sampai atau diterimanya. Seperti yang dikatakan ia berbeza dengan bangsa-bangsa lain, setiap cara sampainya tangan memukul ada namanya. Selain itu, bezanya juga dapat dilihat apabila setiap nama pukulan tersebut ada peringkat atau tahapnya. Sebagai contoh, jika seorang ayah memarahi anak yang nakal maka akan disebut "aku sepak nanti". Rupa sepak adalah tapak tangan dan jari tidak lurus manakala jari-jari tidak rapat. Cara ini juga dipanggil sebagai "pukul anak"atau "pukul sayang". Selain sepak, terdapat juga pukulan tangan lain seperti tumbuk, hentak, tampar, parang, tempeleng, tonyoh, sekeh, pulas, dan sebagainya. Seperti yang dikatakan oleh Azlan Ghanie, setiap perbuatan ini mempunyai nama dan orang Melayu tahu rupa datangnya.

Bagi mereka yang tahu mengenai ungkapan ini, ianya sudah tentu bakal menjadi masalah kepada yang ditujukan. Mengapa? Hal ini kerana, bila disebut "Tangan Melayu", ianya boleh mewujudkan 1001 pergerakan dari segerak fizikal itu. Ini dapat dibuktikan sendiri melalui seni beladiri Melayu yang bernama Silat, setiap pergerakan tangan memberikan maksud apabila memulakan atau sesudah melangkah dalam tari silat. Di samping itu, tangan juga merupakan antara anggota badan yang penting dalam setiap beladiri, selain untuk melakukan serangan, ianya digunakan untuk menangkis, menepis dan melakukan penyudah. Oleh itu, harus diingat bahawa Tangan Melayu itu mempunyai 1001 rahsia dan maksud disebaliknya. Seharusnya orang yang mendengar ungkapan ini haruslah berwaspada dan membatalkan hasrat atau hajatnya.

oK r, sEkiAn sAmPai SiNi sAjALaH yG aK dPt KoNgSi sErTa KuPaSkAn. KrEdiT kPd AZLAN GHANIE kErAnA bErJaYa mEnGhAsiLkAn sAtU aRtIkEL yG aMaT mEnAriK. SeMoGa aNaK MELAYU yG mEmbAcA bLoG NiE aKaN mULa mEngHarGai wAriSaN MELAYU yG bErNaMa SiLaT iNi. MoHoN mAaF JiKa aDa KeSiLaPan KuPaSaN & MoHoN Di PeRbAiKi sErtA DiTaMbAh.

4 comments:

  1. nice entry....dh follow dh...ada masa follow nadia blk ye..
    p/s:ooo..ptut la nasi lmbt msk,duk main bnde ni...(^_^)

    ReplyDelete
  2. nice bro..azlan ghani tu editor mjalah seni beladiri kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...