Tuesday, November 29, 2011

PANTANG LARANG: LAMBANG KEHALUSAN ORANG MELAYU


Pantang larang??? Pernahkah kalian ditegah untuk membuat sesuatu perkara atas alasan ia adalah pantang larang orang Melayu dahulukala??? Sudah tentu ada diantara kalian acap kali didendangkan dengan pantang larang-pantang larang yang sudah sinonim dengan masyarakat melayu tidak kira dahulu mahupun sekarang. Pelbagai pendapat diberikan oleh mereka yang pernah ditegah atau mendengar pantang larang ini. Antaranya ada melabelkannya sebagai tahyul, kolot dan sebagainya tetapi ada juga yang menerima baik pantang larang tersebut. Tetapi, tahukah kalian kenapa orang Melayu dahulukala mempunyai banyak pantang dan larangnya???

Bukan tahyul mahupun kolot, tetapi itulah lambang kebijaksanaan orang Melayu pada zaman dahulukala. Bagi mereka yang melabelkan bentuk pantang larang Melayu seperti ini, sesungguhnya mereka sebenarnya tidak tahu atau jahil dalam hal tersebut. Seharusnya pantang larang Melayu harus dikaji dengan lebih mendalam agar kita ketahui maksud yang tersirat disebaliknya. Sememangnya, Melayu itu merupakan sebuah bangsa yang penuh kesopanan, kehalusan dan kelembutan. Tidak kira dari tutur katanya, gerak laku perbuatannya mahupun tegurannya tetap menampakkan kehalusan dan kesantunannya. Sifat orang Melayu ini begitu terserlah di dalam pantang larang yang sebelum ini dilabelkan sebagai kolot dan tahyul.

Secara umumnya, pantang larang merupakan satu bentuk teguran orang Melayu dahulukala yang begitu mendalam maksudnya. Berdasarkan pantang larang wujudnya teguran, nasihat mahupun sindiran. Begitulah halus dan sopannya bangsa Melayu yang mana setiap tutur katanya penuh dengan kiasan yang mempunyai maksud disebaliknya. Mungkin boleh dikatakan bahawa pantang larang dicipta adalah bertujuan untuk menegur tingkah laku seseorang tanpa menyakitkan hati dan perasaannya. Jadi adalah wajar kita bangga dengan warisan nenek moyang kita dan menolak pandangan yang negatif terhadapnya.

CONTOH PANTANG LARANG!!! (HIJAU adalah PANTANG LARANG & MERAH adalah SEBAB KEWUJUDANNYA)

Ibu hamil dilarang melintas dibawah ampaian, nanti anak gagap
Bertujuan menjaga keselamatan kandungan kerana dikhuatiri ibu hamil tersebut akan terjatuh ketika melintasi ampaian yang kebiasaanya adalah rendah

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh terkena bisul

Bertujuan menegur bahawa perbuatan tersebut tidak sopan kerana bantal adalah digunakan di kepala

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang

Mengelakkan keadaan bising di rumah dan bagi mengelakkan barang yang tergantung di dinding jatuh dan pecah (rumah yang diperbuat daripada papan)

Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata akan buta
Bertujuan untuk menjaga kesihatan mata agar tidak rosak atau rabun di samping bagi mengelakkan jarum
tercucuk tangan

Anak dara jangan menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua
Bertujuan untuk mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi

Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak
Bagi menjaga ketenteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak

Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat
Bertujuan menjaga pertuturan agar
tidak melukakan hati orang lain

Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu tidak baik
Bertujuan untuk menjaga nama baik keluarga kerana dikhuatiri berlakunya perkara yang tidak diingini


SeBeNarNyA aDa TeRLaLu BaNyaK PanTaNg LaRaNg dALaM KeHiDuPaN MaSyArAKaT MELAYU, tEtApi iNi sAhAjA yAnG dApAT aKu KoNgSiKaN. SaMpAi DiSiNi SaHaJa PoSt KaLi iNi. HaRaP MaAf JiKa aDa TeRsiLaP & MoHoN TaMbAh. SeKiAn.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...