Saturday, October 15, 2011

KEBESARAN KALIMAH ALLAH S.W.T




LIHAT TIGA TITIK DI TENGAH-TENGAH KALIMAH SELAMA 10 SAAT. KEMUDIAN LIHAT KE DINDING KOSONG YANG BERHAMPIRAN ANDA. SUBHANALLAH.


HURUF BA






HURUF BA


Kalian tahu apa itu huruf BA??? Bagi mereka yang beragama Islam sudah tentu tahu tentang huruf ini. Tapi tahukah kalian huruf ini mempunyai 1001 rahsia yang tidak pernah kalian bayangkan. Sewaktu majlis pertunangan sepupu aku, ayah aku ada cerita tentang huruf BA ini tetapi aku tidak dapat menangkap maksud perbualan yang ingin disampaikan. Cuma yang selalu dikatakan:

RAHSIA AL-QURAN ADA PADA YASIN
RAHSIA YASIN ADA PADA SURAH AL-FATIHAH
RAHSIA SURAH Al-FATIHAH ADA PADA BISMILLAH
&
RAHSIA BISMILLAH ADA PADA HURUF BA

Jadi jika ada sesiapa yang tahu bolehlah berkongsi serba sedikit pengetahuan tersebut. Sekian.

PANTUN SEMASA MAHU MEMINANG



SaLaM. HaRi iNi AkU iNgiN BeRkOnGsi DeNgAn KaLiAn BeRkEnAaN PaNtUn YaNg DiGuNaKaN oLeH OrAnG MELAYU sEwAkTu iNgiN MeMiNaNg. SO SAKSIKAN!!!




Kebiasaannya pantun-pantun yang dilafaz sewaktu acara meminang adalah lebih tersusun dan formal sesuai dengan majlis yang berlangsung. Secara umumnya, dalam pantun peminangan, maksud yang disampaikan terarah kepada hajat yang dibawa dan sebab-sebab sesuatu rombongan (rombongan peminangan) datang bertandang. Sewaktu acara peminangan berlangsung, kedua-dua pihak biasanya akan mencari keserasian untuk mendapatkan satu permuafakatan dan persetujuan. Secara zahirnya, kedua-dua belah pihak akan menjaga tutur kata masing-masing bagi mengelak sesuatu pihak tersinggung. Sebagai contoh, jika rombongan peminangan itu ditolak maka ianya akan ditolak dengan penuh adab dan kelembutan. Hal ini bersesuaian dengan sikap bangsa Melayu itu yang sememangnya lembut dan penuh kesopanan. Oleh itu, tidak hairanlah jika dalam acara peminangan itu digunakan pantun. Walau bagaimanapun, harus diingat, setiap lafaz pantun tersebut haruslah tersusun serta membawa maksud yang ingin disampaikan. Antara contoh jenis pantun sewaktu peminangan ialah:


Berkokok ayam dari hulu,
Ditangkap budak sedang berlari,
Angin memukul gelombang memalu,
Sebab berhajat kita ke mari.

Jika tidak kerana bulan,
Bilakan air pasang pagi,
Jika tidak kerana tuan,
Masakan kami datang ke mari.

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang mengikat jantung hati.

Pagi-pagi pergi ke ladang,
Hendak menyemai benih padi,
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi hajat di hati.

Asap api di Tanjung Tuan,
Kuala Linggi bakaunya rendah,
Harap hati kepada tuan,
Langit tinggi kupandang rendah.

Begitulah contoh pantun peminangan yang digunakan oleh orang Melayu dari dahulu sehingga kini. Jadi bolehlah kalian cuba menggunakan pantun ini sewaktu ingin meminang. TAPI INGAT!!! Bukan senang untuk pergi melafazkan hajat atau tujuan untuk meminang. Cubalah sendiri baru tahu. SEKIAN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...